Setelah bertangguh-tangguh sekian lama akhirnya tiba juga kepada bahagian terakhir tajuk ini..
Saya sambung terus kepada Penawar yang ke 7 yang dinyatakan oleh Ustazah dalam kuliah tersebut
7 - Berpuasa pada hari yang panas.. Contohnya nak dekat musim raya Cina ni cuaca agak panas begitu juga ketika menunaikan umrah.. Berpuasalah kerana Allah.. Kalau hati kita keras dan sombong berdoalah agar Allah melembutkan hati kita.. Bila tiba masa untuk berbuka puasa nafsu ketika itu sudah letih. Itulah akhirnya menjadi penawar jiwa dan raga..
8 - Sedekah secara sembunyi :- Adakalanya kita dibebani masalah yang pelbagai, masalah anak-anak yang tidak berakhlak, tidak menunaikan solat dengan betul dan lain-lain lagi.. Ketika ini antara penawarnya ialah melepaskan hajat orang lain.. Insya-ALLAH Allah pasti akan melepaskan hajat kita untuk memperolehi anak yang soleh...
9 - Ringankan beban orang lain - Bila kita menderma pada orang yang susah jangan lihat orang tersebut memerlukan kita tetapi apa yang kita patut rasa ialah kita yang memerlukan mereka untuk melepaskan hak kita pada orang Muslim yang lain agar kita tak dicampakkan ke neraka.. Jangan rasa terbeban untuk menolong adik-beradik/ jiran tetangga atau kawan-kawan........
10 - Berlaku zuhud terhadap sesuatu yang tidak kekal iaitu dengan tidak meletakkan dalam hati kenikmatan dunia.. Contohnya tidak mengutamakan rasa kasih dan cinta pada rumah yang besar, kereta-kereta mewah, harta-harta ....
No comments:
Post a Comment