Saturday, January 12, 2013

5 Bekalan Hidup Di Zaman Fitnah..


Antara maksud hadis tentang pemilihan kawan atau bijak memilih kawan adalah

" Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Seseorang itu menurut cara hidup kawannya. Maka hendaklah kamu memilih sesiapa yang hendak kamu jadikan kawan." (Riwayat Ahmad)

Saya mula merasainya bila anak-anak mula meningkat remaja.. Saya mencari-cari salinan buku yang saya pernah pinjam daripada K. Ina yang bertajuk 'Agar Anak Mudah Menghafal Al-Quran'.. Dulu saya pernah berkongsi di blog ini dan terhenti pada tajuk pengaruh kawan pada anak2 dalam menghafal Al-Quran.. Pada ketika itu saya merasa ianya tidak begitu penting, mungkin kerana anak2 masih kecil.. Tapi bila mereka meningkat remaja rupanya ianya merupakan isu yang sangat besar.. Dikatakan bahawa anak2 itu  akan teracu mengikut persekitarannya sekitar usia 11 - 15 tahun. Dari segi akhlak rakan-rakan juga akhlak guru yang mendidik selain dari akhlak ibu-bapa..  Jika saya bertemu dengan buku itu Insya-ALLAH akan saya kongsikan kelak..

Hari ini saya kongsikan satu artikel yang sangat bermakna dipetik daripada blog Pandangan Seorang Ustaz  :-

Kehidupan di zaman fitnah amat dahsyat apabila maksiat sukar dielakkan dan dosa wujud di mana-mana. Diriwayatkan oleh sahabat bernama Abu Tsalabah Al-Kushani RA bahawa Nabi Salallahualaihiwassalam bersabda : إِنَّ مِنْ وَرَائِكُمْ أَيَّامَ الصَّبْرِ الصَّبْرُ فِيهِ مِثْلُ قَبْضٍ عَلَى الْجَمْرِ لِلْعَامِلِ فِيهِمْ مِثْلُ أَجْرِ خَمْسِينَ رَجُلا يَعْمَلُونَ مِثْلَ عَمَلِهِ قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَجْرُ خَمْسِينَ مِنْهُمْ قَالَ أَجْرُ خَمْسِينَ مِنْكُمْ
Sesungguhnya selepas kamu akan datang hari-hari yang sabar (waktu sukar) apabila sabar diwaktu itu adalah seperti memegang arang api yang terbakar, beramal pada hari2 itu mendapat pahala seperti 50 orang lelaki yang melakukannya. sahabat bertanya, apakah 50 orang lelaki dikalangan mereka? Baginda menjawab, 'Pahala 50 orang dikalangan kamu (sahabat)'. [riwayat Abu Daud]

Fitnah akhir zaman menimpa akidah, ibadah, masyarakat dan akhlak umat Islam, anak-anak muda menjadi rosak, zina berleluasa, rumahtangga berantakan, ahli agama menyesatkan, pemerintah zalim dan menindas manakala umat Islam berpecah belah dan orang kafir mengambil kesempatan. Maka untuk keselamatan kita, ada 5 bekalan yang perlu diperolehi untuk menyelamatkan diri daripada fitnah !

1. Bekalan ilmu yang sahih dari al-Quran dan sunnah. Memiliki ilmu yang sahih menjadi kewajipan untuk kita selamat dizaman fitnah ini. Tanpa ilmu maka akan sesatlah kita daripada pertunjuk dan hidayah Allah. Nabi Salallahualaihiwassalam bersabda : مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ Barangsiapa yang Allah mengehendaki kebaikan baginya maka dia akan difaqihkan dalam urusan agama. [riwayat al-Bukhari]

2. Bekalan mendampingi guru dan ulama' yang mampu membimbing. Disaat manusia rosak dan masyarakat dalam keadaan jahil maka segeralah mencari guru atau pendakwah yang boleh membimbing atau menjadi pembimbing. Kata Imam Ibn Sirrin ra, إن هذا العلم دين فانظروا عمن تأخذونه Sesungguhnya ilmu ini sebahagian dari agama maka lihatlah dari siapa kamu mengambilnya. Hendaklah mencari guru yang diakui dan dipercayai berpegang teguh atas al-Quran dan as-sunnah.

3. Bekalan kawan-kawan yang soleh. Teman rapat dan sahabat yang bertaqwa ialah harta yang berharga dizaman fitnah. Amat sukar memelihara diri dari fitnah tanpa sahabat atau teman yang mampu menjadi penolong. Diriwayatkan Nabi SAW bersabda : المرء على دين خليله ، فلينظر أحدكم من يخالل Seseorang itu beragama mengikut kawannya maka lihatlah dengan siapa kamu berkawan. [riwayat Ahmad]

4. Bekalan isteri dan pasangan yang beragama. Seburuk-buruk fitnah yang menimpa seseorang ialah daripada pasangannya sendiri maka hendaklah berhati-hati memilih pasangan. Diriwayatkan dalam sebuah hadith yg panjang bahawa punca kebinasaan seseorang ialah kerana ahli keluarganya كان هلاك الرجل على يدي أبويه ، فإن لم يكن له أبوان فعلى يدي زوجته وولده ، فإن لم يكن له زوجة ولا ولد فعلى يدي قرابته . قالوا : وكيف ذاك يا رسول الله ؟ قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : يَعَيِّرونه بضيق المعيشة ، فيتكلف ما لا يطيق حتى يورده موارد Sesungguhnya kebinasaan seseorang berpunca daripada ibubapanya jika bukan dari ibubapanya maka berlaku kerana isterinya atau anak-anaknya dan jika bukan kerana isteri atau anak-anaknya maka ianya berpunca dari kaum kerabatnya. Para sahabat bertanya kenapa jadi begitu? Baginda menjawab, mereka akan mencelanya dan mendesaknya atas kesempitan hidupnya dan membebankan dia dengan apa yg dia tidak mampu sehingga dia terjebak dlm perkara yg membinasakannya. [riwayat Al-Baihaqi, hadith dhaif]

5. Bekalan pekerjaan dan harta yang halal, sebaik-baik hasil usaha ialah apa yang dikerjakan oleh tangan kita sendiri agar jauh dari riba dan sumber yang haram. Sabda Rasul SAW, مَا أَكَلَ أَحَدٌ طَعَامًا قَطُّ خَيْرًا مِنْ أَنْ يَأْكُلَ مِنْ عَمَلِ يَدِهِ Tidaklah seseorang itu memakan sesuatu yang lebih baik melainkan apa yg diusahakan oleh tangannya sendiri. [riwayat al-Bukhari] Maka pada zaman fitnah ini carilah pekerjaan yang baik dan halal agar selamat dari tekanan dan penindasan dosa.



No comments:

Post a Comment