Dah lama tak update Blog.. Sebab utama adalah Streamyx line semput.. Start dpd Ramadahan lagi.. Lepas Raya balik je dari Kluang terus 'gol'.. Sampailah tadi technician TM datang check rupanya modem rosak.. Alhamdulillah dah boleh sambung kerja2 yg belum terlangsai he..he..
Along dah tak sabar2 nak baca blog tentang hari jualan sekolah bulan 8 hari tu.. Masa tu tengah hangat dengan demam H1N1. Along pergi sekolah cuma hari Jumaat untuk jualan sebab dah janji dengan Najihah rakan berjual.. setelah seminggu bercuti sendiri sebab hubby bimbang kes H1N1 yg semakin menular..
Inilah antara yg bagus tentang Al-Amin.. Darjah 4, 5 dan 6 dikehendaki bergilir2 buka gerai. Barang jualan perlu disediakan sendiri dan para pelajar dikehendaki mengira harga kos, harga jualan serta untung-rugi yang diterima..
Tahun lepas Along agak kecewa sebab ibu dan abah menunaikan umrah dan hanya dapat menjual kacang yang disediakan oleh mamak (nenek sebelah hubby).. Along kecewa sebab gerainya tak ada pengunjung... Along komen Angah pun tak datang ke gerai Along.. Nak tergelak pun ada,, Yelah kalau kacang tu dah mamak buat kat rumah takkan Angah nak pergi beli kacang lagi kat gerai Along..He..He..
Kesian Along. Maka tahun ni ibu dah janji tolong Along untuk jualan gerai.. Menu untuk gerai Along adalah maggi goreng serta keropok roda. Malam tu bertungkus-lumuslah ibu, abah dan angah tolong along pekkan keropok dan pagi2nya ibu buat maggi goreng,, Hasilnya, semua habis dijual dalam masa yang singkat! Terbayang kepuasan dan kegembiraan di wajah Along.. Ibu dan abah pun tumpang gembira..
Angah antara customer pertama
Gerai Along: Cikgu2 dan pelajar shopping pakai mask
Gerai pelajar Aulad (lelaki) -kesian dia terkial2 nak scoop aiskrim he..he..
Along pakai tudung putih coz prefect, bergambar dengan sahabat2 rapat
Berdiri dari kiri: Ainaa, Aiman, Elisha, Afiqah
Duduk dari kiri: Along, Diyana, Najihah
Sekolah Al-Amin
No comments:
Post a Comment