Balik dari Johor biasanya kami akan berziarah ke rumah2 jiran..Sudah menjadi kelaziman sejak bermastautatin di sini sejak 9 tahun yang lalu.. Antara rumah yang wajib kami ziarah adalah rumah Pakcik Ghazali dan isteri..iaitu jiran sebelah rumah. Kami melawat makcik dan pakcik hari Ahad malam.. Kata Pakcik esoknya nak bertolak ke Kedah nak beraya dengan saudara mara di sana... Pesan makcik tolong tengok2 kan rumah.. Tak tahu lagi bila kami nak balik sini.. Tiba2 hari Selasa Cikgu Saleh jiran depan rumah telefon hubby cakap makcik dah meninggal.. Innalillah hi wainna ilaihi raji'un.. Terkejut dan sedih betul sebab baru je peluk makcik dan bergelak-ketawa kat rumah makcik..
Anak2 pun terkejut dan sedih..Moga roh makcik di tempatkan dalam golongan org2 yg soleh.. Arwah makcik penghidap diabetis dan mengalami diabetik retinopati..Mata arwah makcik tak nampak kira-kira 4 tahun yang lalu.. Namun sepanjang mengenali arwah makcik dan pakcik, mereka amat baik sekali. Pakcik menjaga arwah makcik bagai menatang minyak yang penuh.. Tak dapat aku bayangkan pakcik yang tinggal keseorangan sekarang. Walaupun ada anak2 namun pakcik lebih suka tinggal sendirian.. Aku anggap arwah mak cik macam ibu sendiri.. Bila ada juadah2 tertentu yang aku masak aku akan titipkan sedikit buat arwah makcik dan pakcik.. Ianya kerana aku teringatkan mummy dan tak dapat menyampaikan juadah itu pada mummy.. Teringat ketika di bulan puasa.. Hampir setiap hari aku arahkan along dan angah menghantar juadah pada arwah makcik dan pakcik..
Menurut pakcik arwah selalu menyebut ingin meninggal di Kedah tempat kelahirannya.. Alhamdulillah termakbul jua doa arwah makcik.. Arwah makcik meninggal di atas ribaan pakcik sendiri.. Betapa sedih bila mendengar cerita pakcik..
Memandangkan arwah makcik kurang sihat, kami tidak mengharapkan balasan daripada mereka. Namun arwah makcik dan pakcik sgt rajin ke dapur. Pakcik akan memasak mengikut apa yang diarahkan oleh arwah makcik.. Aku pasti akan merindui suara makcik yg riuh rendah di dapur.. Teringat satu ketika pada bulan puasa yg baru berlalu.. Bekalan air tidak ada, hujan pula lebat.. hubby biasanya balik lebih kurang pukul 7 malam.. Sedang aku termangu-mangu memikirkan bagaimana nak keluar membeli juadah dengan membawa baby dalam hujan sebegitu serta kereta yang banyak, tiba2 pakcik menghantar semangkuk nasi ayam.. Masya-ALLAH moga Allah SWT membalas segala budi baik arwah makcik dan pakcik.. Siapa sangka itulah Ramadhan dan Aidilfitri terakhir buat arwah makcik.. Al-Fatihah
No comments:
Post a Comment