Saturday, December 19, 2009

Berkelah @ Sg. Sendat Ulu Yam

Dah lama tak tulis blog.. Entry ni sepatutnya ditulis pada bulan Dec tahun lepas tapi dek kerana terlalu sebok menyiapkan kelengkapan persekolahan dan sebagainya.. baru hari ni dapat kutulis.. Pada masa ni Along masih dalam darjah 5. Dari awal tahun lagi ibu-bapa pelajar darjah 5 telah menubuhkan Kelab Kelas Tahun 5 dengan dipengerusikan oleh en Khuzairy yang sgt aktif dan berjiwa besar. Tujuan utama utk mengeratkan silaturrahim antara ibu-bapa dan guru bagi membantu para pelajar dari segi memperbaiki akhlak terutamanya dan akademik.. Kelab Kelas thn 5 yang telah julung2 kali ditubuhkan ini terkenal dgn keaktifannya.. Aku berbangga menjadi sebahagian dari mereka.... Lihat saja gambar2 di bawah..Gambar2 ini diambil ketika program berkelah di Sg Sendat, Ulu Yam diadakan selepas peperiksaan akhir tahun, pertandingan Futsal serta bola jaring, program motivasi dan juga kelas2 tambahan bagi pelajar yg lemah diadakan...

Berdasarkan pengalamanku yg pernah bersekolah biasa serta SBT, kemanisan ukhuwah sekolah Al-Amin lebih terasa. Biarpun ada yg pincang di sini-sana namun di sini tiada anak saya-anak saya, anak awak-anak awak.. Kami menganggap semua pelajar spt anak kami sendiri. Malah hubungan yg erat antara para ibu-bapa dan guru menjadikan fenomena ini lebih istimewa.. Walaupun dgn jadual yg padat namun dibawah asuhan para ustaz dan ustazah secara santai mereka girang bermain.. Mungkin atas sebab keberkatan ilmu atau kesucian hati disebabkan mereka menghafal surah2 pilihan anak2 ini begitu pintar walaupun mereka bermain tanpa kesudahan..

Pada permulaan mengenali ibu-bapa sahabat2 Along antara yg menjadi kekagumanku ketika menjemput Along dari rumah salah seorang rakannya adalah kata2 "Mardhiah dah solat Asar kat rumah tadi bila masuk waktu".. Itulah perkataan pertama yg keluar daripada mulut K. Latifah.. Tergamam aku dibuatnya kerana keadaan ini tidak pernah aku rasakan ketika bersekolah biasa (bukan aliran ugama) dahulu..

Antara lain kata2 ustaz Syed (guru bahasa Arab) kepada Mardhiah dan rakan2nya, " Enta semua kalau sukar nak faham ilmu balik minta ampun dan maaf daripada ibu-bapa enta.. Mungkin ada buat salah dgn mereka".. "Kalau ada cita2 jangan sahaja ada cita2 untuk kerja itu kerja ini sahaja (akademik sahaja) tapi bercita2lah juga untuk masuk syurga serta mati syahid atau mati dalam keadaan yg baik"... Setiap masa tarbiah yg diberikan kepada anak2ku sedikit sebanyak menjadi tarbiah buat diriku dan hubby.. Apatah lagi mengenali insan2 yang soleh/solehah dikalangan ibu-bapa sendiri yang menyebabkan aku merasa betapa kerdilnya aku disisi mereka..Antaranya, En Zaid yg sentiasa bertungkus-lumus mendapatkan dana utk kebajikan sekolah Al-Amin serta Kelab Tahfiz Sekolah tanpa sebarang upah. Walaupun bekerja sebagai pensyarah di UTM jalan Semarak namun hampir setiap waktu solat beliau berada di masjid untuk berjemaah. Pada malam harinya beliau akan ke dewan di mana pelajar tahfiz menghafaz Al-Quran pada sebelah siangnya untuk menyapu sampah dan menyusun kerusi.. Menitis airmataku apabila Ustaz Syed memberitahu tentang apa yang En. Zaid lakukan selama ini...

Kisah En. Akasyah dan Kak Ina suami isteri yg telah berjaya mentarbiah anaknya yg sulung sebagai hafizah dalam usia 15 tahun.. Adik2nya yang lain juga bakal mengikuti jejak kakak mereka.. dan banyak lagi kisah2 yang tak dapat kita hayati di luar sana ada tersimpan di sini.. Kisah pelajar yg kematian ayah dan ditanggung pembelajarannya dlm bidang tahfiz oleh ustaz di sini kerana ibunya hanya mampu beroleh rezeki RM5 sehari...

Aku ingin terus berdamping dengan mereka dan menjadi sebahagian daripada mereka.. Betapa sifat mereka yg benar2 menghayati perjuangan di bumi sebagai khalifah Allah ini dapat mencairkan hati dan mendidik aku dan hubby..


En Khuzairy sedang memanggang kambing.. Sedap betul...


Wasilah, Along dan Najihah sedang seronok bermain air..

Ni tempat budak2 lelaki bermain air, angah 2 dari kanan..

Hubby dan Bang Chik


Ni acara permainan lari dalam guni. Angah sebelah kanan sekali


Acara tiup dan pecah belon..

Along dalam acara isi air dalam botol menggunakan span..

Tarik jangan tak tarik..He..He..He

Along in action

Angah seronok dapat main sukaneka


Kaum ibu dan AJK hadiah


Ni acara apa pulak nih.. Masuk benang dalam manik kot..

Control ngah control kang tergolek lak bola ping pong tu..

Abg Chik jadi pemerhati saja..

Ni lah kumpulan bagi acara sukaneka tu, sepatutnya semua pelajar djh 5 yg involve tapi ada yg tak hadir jadi terpaksalah ambik pemain2 import daripada kalangan adik2 budak djh 5 ni termasuklah Angah.. Seronok tul angah dapat jadi pemain import.

Ada lak pemain import yg cenonit pkai baju belang he..he..

Ni acara senamrobik sebelum acara sukaneka bermula.. Bang Chik tgh duduk tengok abahnya bersenam..

Pelajar2 lelaki ...

Kaum bapa sebok set-upkan hidangan makan tengahari he..he..
Tahun ni adalah tahun terakhir Along di Al-Amin.. Sudah pasti Along akan sentiasa menyimpan segala memori suka-dukanya di sana.. Semoga gambar2 ini dapat mengubat kerinduan Along pada kenangan lalu yg tak akan berulang lagi.. Aku dan hubby berbangga mempunyai anak2 yg hebat keluaran Al-Amin.. Alhamdulillah juga tahun ini Along dapat masuk kelas 6 Abu Bakar iaitu kelas pertama selepas 4 tahun (daripada djh 2 hingga 5) ditempatkan dalam kelas kedua..
Along juga telah meminta aku membuang semua gambar2nya yg tidak bertudung dalam blog ini.. Namun belum berkesempatan lagi.. Walaupun gambar2 itu diambil pada ketika Along belum wajib bertudung namun syukur ke hadrat ilahi kerana ia datang dari kesedaran dan sifat malu yang tinggi yang terpahat dalam dada puteriku yg sulung ini..
Bak kata Raihan.. "Iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertakwa. Ia tak dapat dijual-beli.. Ia tiada ditepian pantai......" Bukan mudah sebenarnya untuk mendidik seorang anak.. Terima kasih kepada warga guru di Sekolah Al-Amin yg byk membantu kami dalam pentarbiahan anak2 kami..

Friday, December 18, 2009

Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 1431.

Tahun baru telah menjelma.. Tahun 1430 H berakhir dengan berita pemergian 'mama', salah seorang ibu angkatku yang kukenali ketika menunaikan haji pada tahun 2004.. Masih teringat-ingat mama yang penyayang, yang saban waktu ke kedai runcit membeli timun Jepun, cili serta kicap utk dibuat ulam.. Masih terbayang mama ketika kami menelusuri Terowong Al-Muaisim ketika di Mina untuk melontar Jamrah.. Malah ketika melahirkan Muhammad di GHKL, mama dan Pakdin(suami Mama) adalah orang yang pertama datang untuk melawat.. Kali terakhir aku bertemu mama ialah ketika mama dan Pak Din datang ke rumah pada hari akikah Baby Mawaddah bulan April yang lalu.. Sememangnya mama telah diuji Allah dengan kehadiran kanser yang mula menyerang limpanya pada tahun sebelumnya.. Namun, mama masih ceria seperti dulu.. Masih penuh dengan gelak-tawa dan kasih-sayang yang tidak bertepi.. Sungguh aku menghargai kasih-sayang mama.. Mama pergi 2 hari sebelum kita menginjak ke tahun baru..

Moga Allah cucuri rahmat ke atas roh mama.. Al-Fatihah..

Pada pagi2 Awal Muharam aku terdengar bicara seorang Sheikh yang hebat dari Madinah di radio IKIM ketika menghantar Along ke program cuti sekolah -Program memasak pizza.. Beliau bercakap dalam Bahasa Arab tapi diterjemahkan dengan baik oleh seorang yang lain. Kata2 Syeikh tersebut amat mengesankan ..

Antaranya "Kita selalu menyalahkan persekitaran/ environment sebagai punca kegagalan kita, anak2 dan keluarga untuk menjadi seoang yang lebih baik/lebih berilmu namun kita sepatutnya menyedari bahawa musuh utama kita yang paling utama ialah diri/nafsu kita sendiri.. Kita perlu menyalahkan diri/nafsu kita sendiri serta berusaha untuk mendidik diri kita agar tidak tunduk kepada apa sahaja yang mendorong ke arah kemaksiatan/lagha dsb.. Terutamanya darihal akhlak diri kita.. Kita harus memperbaikinya selari dengan apa yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW barulah kita dapat memperbaiki anak2, keluarga serta masyarakat"...

Kata2 itu bagaikan satu peringatan yang besar untuk aku di tahun baru ini.. Semoga aku dan keluarga serta semuanya mendapat kefahaman yang besar dari kata2 daripada seorang Syeikh yang hebat ini..

Sama2 kita berusaha untuk menjadi manusia yang lebih bermakna kehidupannya dengan menghadiri majlis2 ilmu bukan majlis2 yang lagha yang penuh dengan pembaziran..pembaziran dari segi wang, tenaga, usia dsb InsyaALLAH

Saturday, December 5, 2009

Ihtifal Tadika Amal 2009

Tadika Bang Chik adakan Ihtifal pada bulan Oct baru ni.. Combine 3 Tadika Amal dan buat kat Masjid Wilayah. Bang Chik yang baru umur 4 tahun cuma masuk 1 acara sbb cikgu2 yang mengajar bebudak 4 tahun ni nak pengsan tertibkan diorang utk duduk diam masa menyanyi, hari-hari berlatih kat sekolah.. Sampai menangis Bang Chik sebab dia cakap dia letih nyanyi .. Alahai.. Kesian Bang Chik he..he..


Masa persembahan Bang Chik semua orang gelak besar sebab kelakar sangat.. Ada yang menangis, main songkok kawan, lompat turun dari kerusi, menjerit kat mikrofon.. Apa nak buat dah namanya budak2 kecik he..he..he.. Ihtifal ni adalah sempena untuk meraikan anak2 6 tahun yang dapat sijil tamat tadika... Bang Chik bangga sangat dapat menyanyi atas pentas.. hari2 cerita tentang persembahan



Ni masa acara persembahan Bang Chik. Bang Chik 2 dari kanan tengah betulkan seluar. Budak kat sebelah dah campak songkok kat bawah he..he..



Teacher Aisyah tengah pakaikan kawan Bang Chik songkok yang telah dicampak tadi.. He..He.. Pening kepala teacher


Anak2 yang bakal dapat sijil tamat tadika.. Cam nak tunggu scroll ijazah je he..he..


Angah jumpa bestfriend (Haqif). Haqif pun ada adik di tadika yang sama dengan Bang Chik

Persembahan menarik anak2 Tadika 6 tahun - Kisah Nabi Nuh..dan umatnya serta binatang yang terselamat dari banjir besar..

Along pun jumpa kawan sekolah (dari kanan: Aina, baby dan Along, Athirah).. Along seronok bawak baby main dengan kawan2

Persembahan boria

Happy baby


Ni baby Sarah Raihanah jiran kami.. Sebaya baby. Abang baby Sarah pun satu tadika dengan Bang Chik.. "Nape awak nangis" Itulah agaknya yang baby cakap dalam hati.. He..He.. Baby Sarah ni pun takut dengan orang

Baby posing dengan kawan.. Baby Sarah masih nangis.. Cian dia he..he..


Bang Chik dan guru kelas Teacher Aisyah
Tahun depan Bang Chik akan masuk kelas 5 tahun. Harapnya Bang Chik akan pandai membaca buku Bahasa Malaysia (Bacalah Anakku). Setakat ni Bang Chik lebih advance dalam membaca IQRAQ ( dah buku 2). Buku 'Peter And Jane' pun Bang Chik pandai baca, dah masuk buku 2b. Hafazan baru pandai baca surah Al-Fatihah, Al-Ikhlas dan An-Nas...Alhamdulillah.. Semoga anakanda terus maju.


Abg Chik tekun baca buku Peter and Jane kat rumah
Hadis yang dipetik dari buku aturcara majlis hari Ihtifal Bang Chik
Sabda Rasulullah s.a.w..

"Setiap kamu adalah pemimpin. Dan setiap pemimpin bertanggungjawab tentang kepimpinannya. Imam itu pemimpin, bertanggungjawab tentang kepimpinannya. Laki-laki itu pemimpin dalam keluarganya, bertanggungjawab tentang kepemimpinannya. Wanita itu pemimpin dalam rumahtangganya, dan bertanggungjawab tentang kepemimpinannya. Khadam itu pemimpin bagi harta majikannya, bertanggungjawab tentang kepemimpinannya.
(Bukhari dan Muslim)

Friday, December 4, 2009

Mee Rebus Jawa resepi tokcik

Ni cerita lama tapi baru nak cerita... Sepanjang bersama mummy selama 3 tahun dulu byk resepi masakan mummy yang jadi kegemaranku.. Walaupun hanya sekali mummy ajar seperti pan cake dan sebagainya sampai sekarang aku masih boleh mengingatinya malahan dah diperturunkan kepada Along... Mungkin berkat keikhlasan hati seorang ibu serta naluri yang kuat antara seorang ibu dan anak. Cuma satu masakan mummy yang menjadi kegemaranku sehingga kekadang rasa nak sangat makan tapi tak tahu mana nak cari resepi tu.. Hinggalah pada satu hari Tok Cik jemput ke rumahnya selepas hari raya puasa.. Kata tok cik dia nak buat mee jawa.. Mula-mula makan Masya-Allah Allah makbulkan doa aku.. Inilah resepi mee mummy yang aku selalu makan masa kecil dulu.. Senang saja rupanya buat mee ni tapi mummy dulu buat pakai ekor lembu.. Tokcik guna tulang.. Rasanya Ina pun boleh try guna khoruf2 kat Sudan he..he.. Balik ke Perlis nanti aku akan buatkan untuk mummy.. Mesti mummy suka.. Aku juga akan bawa balik bahan2 untuk buat Tiramisu resepi Ina untuk mummy..
Bahan2:-
Tulang dan sedikit daging 1kg -direbus hingga empuk
Tomato 3 biji
Keledek 3 biji (sederhana besar)
Kentang 1 biji
Cili kering 2 sudu besar
Bawang besar 2 labu, bawang putih 3 ulas -ditumbuk halus
Sedikit sos tomato dan sedikit kicap
Caranya:-
Mula2 tumiskan cili kering serta masukkan bawang besar dan bawang putih
Tomato dipotong-potong dan dimasukkan
Masukkan tulang beserta air rebusannya
Keledek dan kentang direbus dan dilenyek dan dimasukkan sekali
Masukkan sedikit sos tomato, kicap serta garam dan sesuaikan rasa
Mee dicelur dan bolehlah disediakan bahan2 tambahan seperti telur rebus, daun bawang, bawang goreng, dan lain2
Sedia untuk dimakan.. Mmmm sedapnya..
Mee jawa resepi tok cik yang mengingatkan aku kembali kepada masakan mummy yang amat kurindui
Aku dah cuba membuatnya dan rasanya amat cepat dan mudah untuk memasaknya dengan syarat tulang dah direbus dan bahan2 lain dah siap.
Cuba teka ini air apa? Ni bukan sirap tapi Roselle..
Dibuat daripada bunga Roselle yang tok cik tanam dam pasu rumahnya.. Tokcik banyak mengingatkan aku kepada arwah tok, mummy dan tok Munah yang suka menggunakan pokok/buah secara asli.. Tok Munah duku biasanya akan membuat jem rambutan daripada buah rambutan yang diambil dari pokok dihadapan rumahnya dan macam2 lagi.. Aku memang suka pada ke-klasik-kan ini.. Sungguh mendamaikan..
Tok cik berjanji nak tolong semaikan anak pokok Roselle dan berikan pada aku untuk ditanam dalam pasu2 besar yang ada di rumah.. Terima kasih Tok Cik.. Harapnya aku bakal punya masa untuk itu..
Ini pula jem Roselle yang tok cik buat sendiri
Lepas bunga Roselle tu di blend untuk airnya, hampasnya dibuat jem Roselle. Tok cik berikan sedikit dan rasanya sungguh sedap.. Tak manis macam jem strawberi yang dijual dan punya preservative.. Kagum aku dengan Tok Cik..
Bukan sahaja air dan jem Tok Cik buat sendiri malahan mee juga Tok Cik buat sendiri menggunakan hanya tepung dan kunyit..
Sungguh menyihatkan dan rasanya juga lebih sedap daripada mee yang dibeli.. Biasanya aku hanya akan menggunakan mee cap IBU kerana tiada preservative.. Teringin juga nak beli mesin yang sama dan ikut langkah Tok Cik tapi takut tak berkesempatan nak membuatnya.. Tunggulah baby besar dahulu mungkin boleh beroperasi macam Tok Cik buat mee dan roti sendiri Insya-ALLAH. Menurut Tok Cik Fiza juga ada mesin yang sama dan buat perkara yang sama macam Tok Cik (Air, jem Roselle serta mee).. Masya-ALLAH satu ilmu baru untuk aku.. Ilmu yang sangat2 aku hargai..
Hasil air tangan ibu itulah yang bakal melahirkan anak2 yang soleh/solehah kerana hati kita dibentuk daripada makanan.. Banyak makanan sekarang sukar untuk ditentukan kehalalannya.. Patutlah ramai anak2 akhir zaman tidak tentu arah perangainya.