Tahun baru telah menjelma.. Tahun 1430 H berakhir dengan berita pemergian 'mama', salah seorang ibu angkatku yang kukenali ketika menunaikan haji pada tahun 2004.. Masih teringat-ingat mama yang penyayang, yang saban waktu ke kedai runcit membeli timun Jepun, cili serta kicap utk dibuat ulam.. Masih terbayang mama ketika kami menelusuri Terowong Al-Muaisim ketika di Mina untuk melontar Jamrah.. Malah ketika melahirkan Muhammad di GHKL, mama dan Pakdin(suami Mama) adalah orang yang pertama datang untuk melawat.. Kali terakhir aku bertemu mama ialah ketika mama dan Pak Din datang ke rumah pada hari akikah Baby Mawaddah bulan April yang lalu.. Sememangnya mama telah diuji Allah dengan kehadiran kanser yang mula menyerang limpanya pada tahun sebelumnya.. Namun, mama masih ceria seperti dulu.. Masih penuh dengan gelak-tawa dan kasih-sayang yang tidak bertepi.. Sungguh aku menghargai kasih-sayang mama.. Mama pergi 2 hari sebelum kita menginjak ke tahun baru..
Moga Allah cucuri rahmat ke atas roh mama.. Al-Fatihah..
Pada pagi2 Awal Muharam aku terdengar bicara seorang Sheikh yang hebat dari Madinah di radio IKIM ketika menghantar Along ke program cuti sekolah -Program memasak pizza.. Beliau bercakap dalam Bahasa Arab tapi diterjemahkan dengan baik oleh seorang yang lain. Kata2 Syeikh tersebut amat mengesankan ..
Antaranya "Kita selalu menyalahkan persekitaran/ environment sebagai punca kegagalan kita, anak2 dan keluarga untuk menjadi seoang yang lebih baik/lebih berilmu namun kita sepatutnya menyedari bahawa musuh utama kita yang paling utama ialah diri/nafsu kita sendiri.. Kita perlu menyalahkan diri/nafsu kita sendiri serta berusaha untuk mendidik diri kita agar tidak tunduk kepada apa sahaja yang mendorong ke arah kemaksiatan/lagha dsb.. Terutamanya darihal akhlak diri kita.. Kita harus memperbaikinya selari dengan apa yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW barulah kita dapat memperbaiki anak2, keluarga serta masyarakat"...
Kata2 itu bagaikan satu peringatan yang besar untuk aku di tahun baru ini.. Semoga aku dan keluarga serta semuanya mendapat kefahaman yang besar dari kata2 daripada seorang Syeikh yang hebat ini..
Sama2 kita berusaha untuk menjadi manusia yang lebih bermakna kehidupannya dengan menghadiri majlis2 ilmu bukan majlis2 yang lagha yang penuh dengan pembaziran..pembaziran dari segi wang, tenaga, usia dsb InsyaALLAH
No comments:
Post a Comment