Tuesday, July 20, 2010

Hafal Al-Quran Dalam Sebulan..part 1

Seperti yang saya janjikan..tajuknya menakjubkan bukan?? Ini adalah judul sebuah buku kesayangan saya. Diperkenalkan oleh suami Kak Ina (En. Akasyah) yang sepanjang mengenali pasangan ini merupakan antara pasangan yang sangat mencintai Al-Quran..

Sejarahnya, di sekolah Al-Amin Kuala Lumpur kumpulan ibu bapa yang sangat inginkan anak2 mereka menghafaz lebih daripada apa yang telah diwajibkan sekolah telah menubuhkan Kelab Tahfiz bermula tahun 2008.. Along merupakan antara kumpulan perintis yang termuda ketika itu (darjah 3)..hanya pelajar2 yang terpilih sahaja yang dapat masuk ke Kelab Tahfiz ini.


Kelab ini digerakkan oleh ibu-bapa sendiri sbg pengerusi serta AJK bersekali dengan Ustaz Syed sebagai antara pengggerak utama..Namun, tahun ini Along tidak dapat turut serta kerana pelajar darjah 6 diwajibkan untuk menumpukan kepada peperiksaan PEKERTI dan UPSR.. dan saya harus memantau bacaan Along dari semasa ke semasa bagi memastikan dia tidak lupa.. Angah juga merupakan antara ahli Kelab Tahfiz yang berjaya memasuki Kelab Tahfiz ini semenjak tahun lepas(darjah 2).. Apa yang membanggakan saya ialah Angah telah habis menghafaz semua surah2 yang diwajibkan oleh pelajar darjah 6 dan sekarang sedang mendahului Along.. Saya berharap Angah dapat mencapai sebanyak mungkin hafazan sebelum tamat darjah 6.



Berbalik kepada buku yang ingin saya kongsikan di sini..yang ditulis oleh Ir. Amjad Qosim dan dikeluarkan oleh Qiblat Press (dari Indonesia)..


Pada asalnya, cita2 saya hanya ingin melihat semua anak2 saya berjaya menjadi hafiz dan hafizah yang berkualiti.. Kenapa berkualiti?? Kerana ada juga yang menghafaz tapi diri dan keluarganya tidak langsung berubah ke arah yang lebih baik... Tapi bila membaca buku ini saya teruja untuk menguji kemampuan saya untuk sama2 menghafaz Al-Quran walaupun tidak secepat anak2 saya...

Sebelum ini bila tasmikkan(mendengar bacaan) anak2 secara tidak langsung saya sendiri dapat menghafaz surah2 tersebut.. Walaubagaimanapun tidak mencapai sebanyak surah2 yang dihafaz along dan angah.. Saya berharap kali ini agar saya dpt sentiasa terkehadapan berbanding Abg Chik dan baby... Semoga dengan apa yang dikongsikan di sini dapat membakar semangat para sahabat/ibu2 di luar sana dalam memperbaiki diri ke arah yang lebih baik..Insya-ALLAH..
Antara yang menarik ditulis dalam buku ini yang membakar semangat saya:(saya ubah sedikit bahasanya kerana agak keindonesiaan)

"Bukankah ketika anda sedang menghadapi peperiksaan (ketika di sekolah/universiti), anda melupakan tidur dan makan; meninggalkan semua kesenangan/hobi dan perhatian anda hanya tertumpu kepada mengulang-ulang pelajaran? Terkadang hingga tak tidur malam agar anda dapat manfaatkan setiap minit untuk mengulang-ulang pelajaran sehingga anda lulus dengan markah tertinggi.


Jika demikian, apakah peperiksaan itu lebih penting daripada kedudukan anda di hadapan Allah (SWT)? Apakah anda tidak ingin mendapatkan kedudukan tertinggi di sisi Allah? Apakah anda tidak ingin menjadi salah seorang yang dikatakan kepadanya, 'bacalah dan naiklah (menuju tingkatan-tingkatan syurga)!'? Sebagaimana sabda Rasulullah SAW di dalam hadisnya:

"(Pada hari kiamat) akan dikatakan kepada ahli Al-Quran, 'bacalah dan naiklah (menuju tingkatan-tingkatan syurga)! Bacalah dengan tartil, sebagaimana engkau membacanya ketika di dunia! Kerana sesungguhnya tempat kedudukanmu berada pada akhir ayat yang kau baca'" (Hadis sahih Riwayat Tirmidzhi dan Abu Dawud)

Di dalam buku ini disenaraikan faktor2 yang dapat meningkatkan kesungguhan kita:-

1. Keinginan untuk mendapatkan kehidupan akhirat dan menjadikannya sebagai satu2nya tujuan.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat; dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik." (al-isra'[17]:19)

Bersabda Rasulullah (SAW)
"Barangsiapa yang akhirat menjadi tujuannya, maka Allah akan menjadikan hatinya selalu merasa puas (dengan apa yang diperolehinya). Dan Allah akan mengumpulkan segala urusannya yang tercerai-berai , hingga ia pun memandang hina segala keduniaan yang dimilikinya. Adapun siapa saja yang dunia menjadi tujuannya, maka Allah akan menjadikan keperluannya tidak pernah cukup. Dan Allah akan mencerai-beraikan urusannya, sedang ia tidak akan mendapatkan keduniaan melainkan apa yang telah ditakdirkan baginya." (Hadis sahih Riwayat Tirmidzhi)

2. Banyak mengingat kematian
Ini adalah nota tambahan saya daripada kuliah Ustaz Kazim baru2 ini ttg kematian: Bilamana manusia mati, tiada apa yang akan kekal menemaninya di dalam kubur.. melainkan amalnya, sedekah jariah serta doa anak2 yang soleh. Sepanjang kita hidup berapa byk sangat sedekah yang dapat kita infakkan serta amalan yang kita perbaiki/lakukan?? Anak2 setakat mana pengorbanan kita selama ini utk menjadikan/memastikan mereka tergolong dalam golongan anak2 yang soleh?? Dengan adanya Al-Quran di dada walaupun sedikit demi sedikit usaha kita itulah yang akan kekal menemani kita dunia dan akhirat...

3. Berdoa
Doa adalah sunnah para nabi dan penyebab datangnya berbagai kebaikan. Sabda Rasulululllah SAW yang bermaksud:
" Manusia yang paling lemah adalah orang yang paling sedikit berdoa." (hadis sahih riwayat Ibnu Hibban)

Maka dari itu, perbanyakkanlah doa kpd Allah agar Dia berkenan meningkatkan kesungguhan anda; menjadikan anda tidak menyimpang dari tujuan anda selama-lamanya serta meneguhkan langkah kaki anda.

4. Berusaha memusatkan fikiran pada hal2 yang penting (PRIORITI)
Al-Hasan Al-Bashri (rah) pernah berkata "Apabila Dirimu Tidak Disibukkan Dengan Kebenaran, Maka Kebatilan Akan Menyibukkanmu".

Maka dari itu sibukkanlah diri anda dengan menghafal Al-Quran. Serta fokuskanlah diri bahawa jika anda membulatkan tekad, maka anda akan dapat selesai menghafalnya. Setelah itu, kesungguhan anda akan meningkat. Dan anda sekali2 tidak akan berhenti, sampai anda selesai menghafalnya (secara sempurna) dengan izin Allah Ta'ala.

Percayalah, bila anda telah berusaha dengan sungguh2, maka Allah akan memberikan jalan keluar; kemudian menunjukkan hal2 yang bisa membantu anda mewujudkan apa yang anda cita2kan.

5. Berpindah dari lingkungan yang dapat melemahkan semangat (tidak kondusif)
Apabila permata terjatuh ke dalam tempat yang bernajis, maka kita memerlukan byk air utk membersihkannya jika kita menyiramkan air di atasnya sedangkan permata itu masih tetap berada di tempat yang bernajis. Namun, jika kita mengeluarkannya terlebih dahulu dari tempat bernajis itu maka lebih mudah untuk kita membersihkannya dgn sedikit air.

Oleh itu jauhkanlah diri anda dari segala hal yang dapat melemahkan tekad anda. Samaada teman atau sesuatu yang dapat menyibukkan anda daripada menumpukan perhatian kepada Al-Quran.

6. Berteman dengan orang yang memiliki kesungguhan tinggi, serta menimba ilmu dari pengalaman mereka.

7. Meminta nasihat daripada org2 soleh.
Maka, janganlah anda menolak siapapun yang menasihati anda dengan penuh kejujuran.Dan semaklah hal2 yang bermanfaat dari nasihat yang diberikan oleh mereka kepada anda.

8. Bersungguh2, tekun dan gigih dalam setiap keadaan
Allah (SWT) berfirman yang bermaksud:
"Dan orang2 yang berjihad untuk ( mencari keredhaan) kami, benar2 akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan2 kami. Dan sesungguhnya Allah benar2 beserta org2 yang berbuat baik." (Al-ankabut[29]:69)

Di lain entri saya akan menyambung tulisan buku ini tentang pengalaman2 menakjubkan mereka2 yang berusaha dan mendapat bantuan Allah SWT.. Rata2 kita menganggap hanya bila kita menjadi ustazah sahaja baru kita dapat melakukan kebaikan ini termasuklah dalam mendidik anak2 menjadi para hafiz/hafizah sepertimana komen yang diterima oleh ibu Darwish Darwisya.. Namun, yakinlah dengan kasih-sayang dan rahmat dari-Nya..

6 comments:

  1. salam achik... thanks 4 sharing. doakan along dpt ikut jejak langkahmu

    ReplyDelete
  2. Insya-ALLAH sama-sama kita doakan dan tiupkan semangat antara kita moga mendapat hidayah dan bantuan ALLAH (SWT)..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum puan.saya terjumpa link puan dlm blog darwisydarwisya. TQ atas perkongsian ilmu yg sangat berguna ini.minta izin utk quote ckit info2 dlm entry ini yer..TQ

    ReplyDelete
  4. Waalaikumsalam mummy alia. Semoga mendapat manfaat Insya-ALLAH :)

    ReplyDelete
  5. Salam, kak..kat mana boleh saya dptkan buku hafal Al-Quran dalam sebulan tu? di kedai2 buku ada ke..? tq..

    ReplyDelete
  6. Kurnia boleh cuba hubungi 03-9282 1445/ 03-9281 2430 (Al-huffaz consulting). e-mail:huffaz@al-huffaz.com.my
    Takde di kedai buku rasanya.

    ReplyDelete