Malam ini saya sangat gembira.. Note.. Penggunaan kata2 "saya" adalah kerana saya ditegur oleh Along kerana banyak menggunakan perkataan "aku" dalam blog.. Terimakasih sayang..
Hmm.. Nampaknya bermula hari ini saya akan mula menggunakan "saya" di dalam blog saya..
Ohh.. Kembali kepada kegembiraan saya ialah ketika melayari blog Along Noraini saya tiba2 terpandang blog DarwishDarwisya.. Subhanallah.. Saya memang antara peminat setia yang selalu berkunjung ke ceramah Ustaz Kazim di Masjid Ar-Ridhuan Hulu Klang, Surau Mustaqim mahupun Masjid As-Sobirin.. Syukur pada Allah dan Terima kasih yang tak terhingga buat Along Noraini.. Mulanya saya tertarik dgn blog UmmuAbdillah di mana sebelumnya saya menjumpai blog2 menarik UmmuHusna (isteri kepada Ustaz Zaharuddin) dan UmmuAmmar...
Keterujaan saya adalah kerana doa yang sering saya panjatkan iaitu moga Allah mengurniakan kepada saya sahabat2 yang ikhlas dan dapat mendidik saya ke jalan yang lebih baik.. Amiin
Ketika Darwisya memperdengarkan bacaannya di Masjid Ridhuan saya juga ada di situ.. antara ratusan jemaah yang mengkaguminya.. Saya sangat gembira kerana bertemu dgn sahabat2 yang mempunyai kehendak dan cita2 yang sama iaitu inginkan anak2 dan generasi yang menghafaz Al-Quran.. Saya sering terfikir mengapakah kehidupan manusia kini sangat teruk (kembali ke zaman jahiliah) semuanya terjawab bilamana saya mula meminati bidang2 tahfiz.. Jawapannya ialah ketika Islam dibawa oleh Rasulullah(SAW) dahulu hampir kesemua umat Islam pada ketika itu menghafal Al-Quran hinggalah pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab di mana lebih 70 orang hafiz dibunuh ketika menyebarkan Islam.. dan bermulalah era membukukan Al-Quran agar tidak hilang begitu sahaja.. Ini semua adalah rahmat daripada Allah SWT yang memelihara mukjizat yang dikurniakan kepada kekasihNya agar kekal hingga ke akhir zaman...
Kerana itu Islam hebat!!!
Dan baru2 ini ketika mendengar ceramah 'Air mata Palestin' antara yang disebutkan "mengapa Gaza dan orang Palestin patut dibantu? Kenapa ketika usaha org2 yahudi cuba menghapuskan 50% umat Islam berjumlah lebih 1 juta di Gaza gagal dan yang syahid cuma 1700 orang dan dalam ketika 23 hari diserang Yahudi itu bayi2 seramai lebih 3000 orang lahir..." Jawapannya.. ialah ketika komando2 Yahudi mengasak masuk ke Gaza yang dijaga lebih 20 000 orang tentera Islam (semua nya hafiz) tiba2 mereka (komando2 Yahudi) ini terlihat sepasukan tentera berbaju putih yang tidak lut dek senjata bahkan bergerak pantas ke depan menaburkan pasir ke mata2 mereka dan mengakibatkan semuanya buta dan terpaksa berundur.. Masya-ALLAH begitu hebatnya tentera2 bantuan Allah kepada para ahli Al-Quran...
Malahan orang2 Islam di Palestin khususnya Gaza merasa aib sekiranya tiada seorang pun dalam rumah2 mereka menghafaz Al-Quran..
Saya sangat teruja bila membaca blog DarwishDarwisya terutamanya ttg cara pemakanan dan didikan oleh ibu anak2 ini yang semoga saya diberikan Allah SWT kekuatan untuk memperbaiki cara didikan kepada anak2 saya.. Insya-ALLAH
Kerana itu tidak lain dan tidak bukan kejayaan kita ada pada mukjizat yang Allah SWT pelihara ini.. Mari kita sama2 mengajak diri kita dan anak2 menjadi penghafaz Al-Quran..
Saya bersyukur kerana ketika ini Along dan Angah sudah hampir mencapai hafazan berjumlah 3 juzuk, manakala Bang Chik sudah menghafaz hampir 11 surah.. walaupun agak ketinggalan berbanding Along dan Angah dahulu kerana Bang Chik tidak ke mana2 tadika kini hingga tahun hadapan hanya berada dibawah didikan saya sepenuhnya, saya yakin Bang Chik akan dapat menghafaz keseluruhan Juzuk Amma sebelum akhir tahun depan Insya-ALLAH.. Bagi baby pula saya ingin mencari buku Al-Furqan yang dimaksudkan oleh ibu Darwish dan Darwisya di dalam blognya..Semoga baby dapat mengikut jejak langkah Darwisya. Saya juga ingin berkongsi sebuah buku yang menarik bertajuk "Hafal Al-Quran Dalam Masa Sebulan" di lain entry..
dah boleh komen ye ^_^. alhamdulillah, achik. i'm happy for u. insya allah... jika niat kita baik ia akan dipermudahkan ;)
ReplyDeleteUdah.. Along. Achik dah bukak balik.. Thanks again.. for being a good friend to me..:D
ReplyDelete