Sunday, July 25, 2010

Hafal Al-Quran Dalam Sebulan..part 2 SALAM RAMADHAN

Seperti yang dijanjikan berikut saya paparkan pengalaman mengkhatamkan hafalan dalam waktu singkat sepertimana yang dinyatakan di dalam buku..


Saya hanya akan mencatatkan pengalaman ukthi Iman dan Ukhti Ummu Zayid.. Kali pertama saya membaca kisah ukhti Ummu Zayid saya terpaku sebentar kerana doa yang dipanjatkan oleh ukhti Ummu Zayid adalah doa yang sama saya panjatkan pada Allah SWT selepas menerima ujian yang paling hebat 2 tahun yang lalu.. Yang pasti inilah hikmah kebesaran Allah (SWT) di sebalik ujian tersebut .. Saya amat mengkagumi pengalaman Ummu Zayid yang sangat menyentuh hati saya dan berharap agar dikurniakan kelebihan sepertinya..


'Pengalaman Ukhti Iman'


Suatu ketika aku duduk sendirian. Aku katakan pada diriku sendiri, " Apa yang akan engkau lakukan esok hari? Apakah engkau hanya menunggu sampai orang lain mendahuluimu mendapatkan keridhaan Allah ?"


Kemudian aku tatap diriku sendiri (di hadapan cermin). Padahal, sebelumnya aku tidak pernah memperhatikannya, dan tidak pernah pula merenung firman Allah SWT yang bermaksud:


'Dan juga pada dirimu sendiri. Maka, apakah kamu tidak memperhatikan?' (Adz-Dzariyat [51]:21)


Nikmat apakah ini, yang tidak ppernah kita sedari bahawa kita memilikinya? Dan tidak pernah ketahui akan kewujudannya? Semua potensi dan bakat besar itu telah diberikan oleh Dzat yang Maha Memberi kepada kita. Tetapi sayang semua itu tidak kita manfaatkan sebaiknya. Dan mengapa tidak kita renungi firman Allah(SWT) yang bermaksud:


'Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda) seluruhnya...' (Al-Baqarah [2]:31)


Maka segeralah manfaatkannya... Apabila bapak kita Adam (a.s) memiliki kemampuan untuk menghafal nama2 benda, maka kita sebagai anak keturunannya pun dapat melakukan hal yang sama. Tetapi sayang, unsur2 yang ada telah berkarat dan berdebu. Jika dibiarkan, maka perkara2 negatif akan memenuhi kepala kita, dan membuat pandangan kita terhalang. Sehingga, kita tidak dapat melihat kecuali dgn kemampuan yang amat terbatas. Setelah itu, kita pun akan merasakan betapa menderitanya menjadi orang yang lemah dalam menghafal.


Setelah itu dia pun mula menghafal dgn hafalan yang amat menakjubkan..


Pengalaman Ukhti Ummu Zayid


'Alhamdulillah, sesuai dengan kemuliaan wajah-Nya dan keagungan kuasa-Nya, aku telah khatam menghafal Al-Quran. Berikut ini pengalamanku, dan aku menghadiahkannya untuk kalian.

Segala puji bagi Allah, pujian yang sebanyak-banyak, sesuai dengan kemuliaan wajahnya dan keagungan kuasanya.. Wa ba'd.


Ini adalah masa2 indah yang berlalu dengan segala kisah yang ada di dalamnya. Inilah mimpi yang menjadi kenyataan serta memori kenangan yang selalu menghampiriku..


Tujuan terbesar dalam hidupku pada asalnya hanya untuk menghafal Surah Al-Baqarah dan Ali 'Imran. Demi Allah, sekali2 kalian tidak akan percaya bahawa sebenarnya aku adalah orang yang tidak memiliki kesabaran untuk menghafal Al-Quran secara keseluruhan. Ini kerana aku menganggap hal tersebut sebagai sesuatu yang mustahil dan sgt susah. Saat itu aku masih dgn tujuanku untuk menghafal Surah Al-Baqarah dan Ali 'Imran.


Aku beranggapan kedua2 surah itu adalah yang paling susah untuk dihafal. Aku juga beranggapan bahawa sukar sekali untuk mempertahankan hafalan tersebut dalam waktu yang lama. Subhanallah.. Tak terasa sudah 7 tahun aku mempertahankan hafalan kedua2 surah tersebut.


Ketika tiba bulan Ramadhan, tiba2 suamiku mengejutkanku bahawa dia akan beri'ktikaf selama 15 hari terakhir Ramadhan di Masjidil Haram..Tentu kalian mengerti akan kesulitan yang aku hadapi, kerana aku ditinggalkan sendirian bersama anak-anakku.


Kami tinggal di daerah yang jauh dari keluarga dan jiran tetangga di sini tidak peduli dengan urusan sesama tetangga. Di sudut lain,aku juga merasa gembira kerana suamiku akan ber'iktikaf.. Tetapi manfaat apa yang akan aku lakukan ketika sendirian nanti..?


Ketika waktunya telah tiba dan suamiku pergi untuk beri'ktikaf, aku pun merasa pahitnya ditinggalkan bersama anak2. Kemudian aku menadahkan tanganku kepada Dzat yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Lalu aku berdoa kepada-Nya dengan doa orang yang ditimpa kesusahan, sedang airmataku mengalir deras membasahi pipiku,


" Wahai Rabbku, Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Curahkanlah kepadaku rezeki berupa teman-teman yang solehah. Yang lebih baik dariku. Sehingga aku dapat meneladani mereka.Ya Allah, berikanlah aku sebaik2 teman.."


Sungguh dalam waktu yang singkat doaku dikabulkan oleh Rabb yang Maha Pengasih. Sebagaimana yang kita ketahui, bahawa Dia berfirman dalam kitab-Nya yang bermaksud


"Berdoalah kepada-Ku! Nescaya akan Ku perkenankan bagimu.. (Ghafir[40]:60)


Ketika aku duduk di depan komputer sambil mengakses internet mencari informasi tentang Al-Quran al-Karim, tiba2 mataku tertumpu pada akademi penghafal Al-Quran. Sebelumnya, aku tidak tahu bahawa masuknya aku ke komuniti ini adalah petanda terkabulnya doaku. Aku pun mengganggotai komuniti ini dengan rasa terharu..


Demi Allah yang tiada ilah kecuali Dia, keadaan aku ketika sign out forum ini adalah tidak seperti ketika aku sign in sebelumnya. Keadaan ini belum pernah aku impikan sebelumnya. Setelah itu fikiranku tertuju untuk beri'tikaf selama 10 hari terakhir Ramadhan dalam rangka menghafal Al-Quran.


Sungguh, merupakan kurnia dan taufik Allah ke atasku. Aku segera mendaftarkan diri untuk beri'tikaf di akademi penghafal Al-Quran tersebut tanpa keraguan.


'Setelah itu, kerinduanku (untuk menghafal) pun bertambah. Sementara kesedihan dan kesempitanku hilang. Kemudian, Allah mengganti kedua perasaan tersebut dengan ketenangan yang tiada tara.'


Sejak mula beri'ktikaf, aku merasa kagum dengan para akhwat yang turut sama beri'tikaf denganku. Demi Allah mereka adalah sebaik2 sahabat di jalan Allah. Mereka menceritakan pengalaman2 mereka menghafal Al-Quran. Setelah mendengar cerita mereka, kubayangkan seakan2 aku bagaikan makhluk yang berasal dari planet lain (di tengah2 mereka). Masuk akalkah bahawa ada di antara mereka hafal Al-Quran dalam masa 3 hari? Padahal selama 7 tahun aku tidak memiliki hafalan lain melainkan 2 surah.


Aku bertawakal pada Dzat yang hidup kekal lagi terus-menerus mengurusi makhluk-Nya. Aku mengambil keputusan untuk ber'iktikaf dalam menghafal Al-Quran kerana sesungguhnya inilah amalan terbaik di bulan Ramadhan."Sungguh Ramadhan kali ini akan berbeza dari Ramadhan sebelunm ini, dengan izin Allah."


Kuambil sehelai kertas dan kutulis keuntungan2 yang akan aku perolehi dari menghafal Al-Quran. Berupa nikmat dan kebaikan yang besar di dunia mahupun akhirat. Nikmat yang terbesar pula berupa keredhaan Allah terhadapku.


Dengan izin Allah dalam waktu yg singkat aku akan bergabung dgn mereka, sebaik2 umat ini. Sebagaimana sabda Rasulullah (SAW) yang bermaksud:

" Orang yang paling baik di antara kalian adalah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannnya."(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Abu Dawud, At-Tirmidzhi dan Ibnu Majah)

Saat itu aku berkhayal seakan bersama para Nabi, siddiqin, syuhada' dan orang-orang soleh. Dan mereka itulah teman yang paling baik. Kemudian aku berkhayal lagi seakan-akan aku menyematkan mahkota di atas kepala orang tuaku dgn kedua tgn ku ini. Aku berkhayal bahawa aku dpt melepaskan mereka dari siksa, kemudian aku pun kembali kepada diriku (untuk membebaskan diri sendiri). Aku juga berkhayal mengenai berbagai kenikmatan yg Allah anugerahkan kepadaku.
Aku menulis semua (kelebihan menghafal Al-Quran ini) dan kugantungkan tulisan itu di tempat aku menghafaz. Aku pun membawa musyaf Al-Quran di mana aku bertekad utk tdk meninggalkannya; bahkan aku akan menjadikannya sbg teman setia dlm perjalanan di dunia ini.
Setelah itu aku berwuduk lalu duduk dan membuka Al-Quran. Aku berkata dgn suara yg hanya terdengar oleh diri sendiri, "Sekarang, aku akan menguji kemampuan akalku yg sebenarnya. Dan aku akan memulainya dgn bertawakkal pd Allah'" Aku mengucapkannya seraya mengulang2 firman Allah yg bermaksud:
"Dan sesungguhnya telah kami mudahkan Al-Quran itu utk pelajaran. Maka adakah org yg mengambil pelajaran?" (Al-Qamar[54]:17)
Kemudian kupasang alat pengingat utk mengingatkanku bahawa aku akan hafal 1 lembar dlm 10 minit. Maka aku pun mula menghafal halaman demi halaman. Setiap halaman, kuhafalkan seraya berdoa kepada Allah agar Dia berkenan memantapkannya pada diriku. Doa yang kupanjatkan ialah "Wahai Rabbku, kutitipkan padaMu apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku. Maka jagalah ia untukku."
Aku mula menghafal pada waktu Dhuha sampai Zohor. Lalu, menghafal lagi sampai jam 2:30 petang. Setelah itu aku tidur sebentar dgn memasang alarm. Ketika alarm berbunyi pada jam 3 petang, aku segera bangun utk solat Asar. Kemudian aku mula menghafal sampai waktu Maghrib, dan kulanjutkan hingga menjelang Isya'.
Dari mula menghafal hingga selesai aku tidak berpindah2. Aku hanya duduk pada satu tempat, hingga tak terasa aku sudah hafal 3 juz. Ya Allah, betapa mulianya Engkau dan betapa besarnya nikmatMu. Akan tetapi, mengapa kami tak pernah mensyukuri nikmat ini?
Aku pun melanjutkan hafalanku sampai selesai menghafal 16 juz Al-Quran dalam 6 hari, alhamdulillah. Aku bingung, apakah akan kusempurnakan hafalanku menjadi 30 juz, ataukah mengulang-ulang apa yang kuhafal? Kawan2 baikku menasihatiku agar aku menyempurnakannya, maka kusempurnakanlah hafalanku.
Aku yakin bahawa hafalanku tidak hilang hingga suamiku pulang dan kami berkumpul semula. Kerana itu aku telah menitipkannya pada Rabbku yang Maha Mulia (agar Dia selalu menjaganya).
Subhanallah, tak terasa aku akan meninggalkan tempat di mana aku menghafal Al-Quran dan berkhalwat dengan Rabbku. Setelah itu aku akan meneruskan kehidupan yang melalaikan dan dunia yang fana di mana semuanya sedang memfokuskan perhatiannya pada pertanyaan2 seperti kueh dan manisan apa yang akan disiapkan untuk Hari raya nanti? Pakaian apa yang akan dipakai pada hari raya kali ini? Serta berbagai hal lainnya, sedang aku masih mengasingkan diri untuk menghafal Al-Quran.
Kemudian aku kembali kepada mereka (yg disibukkkan dgn hal2 keduniaan), sedang aku berharap dapat mengkhatamkan hafalanku pada hari terakhir bulan Ramadhan dan mendapat 2 kebahagiaan.
Sampai di sini saya berhenti dahulu dan akan saya sambungkan pada entry yang akan datang.. Saya tega menaip kisah ini sekadar utk berkongsi kegembiraan saya bersama semua pembaca blog ini kerana diketemukan dgn satu kisah pengalaman seorang wanita solehah di abad ini.. sebagai satu motivasi utk diri saya bersama dtgnya Ramadhan pada tahun ini.. Sebagai tanda kesyukuran kerana diizinkan Allah SWT utk mengaut keberkatan dan pahala di bulan yg berkat ini..
Benar apa yg dinyatakan oleh Ummu Zayid.. Saban tahun bila tibanya bulan Ramadhan saya hanya sebok membincangkan ttg lauk apa utk dimasak ketika berbuka seolah2 kita berpuasa hanya utk makan.. Saya bimbang kiranya tergolong dalam golongan yang dikatakan oleh Rasulullah SAW sebagai golongan org yg berpuasa yang tidak mendapat sebarang pahala puasa hanya sekadar mendapat lapar dan dahaga sahaja...
Untuk itu pada tahun ini saya ingin mengajak diri dan keluarga saya membuat satu perubahan iaitu selain dpd hanya bertadarus saya ingin mentadabbur(menghayati maksud dan tafsir) Al-Quran. Dan yang lebih ingin saya lakukan ialah menambah hafalan saya sebanyak yang mungkin.. Walaupun saya tidak mungkin dapat melakukan seperti Ummu Zayyid tetapi saya bermohon agar Allah dapat menetapkan hati saya utk sentiasa beristiqamah utk menghafaz kitab mukjizat Rasululullah SAW ini.. Terima kasih yg tidak terhingga buat insan2 yg membawa saya kepada mengenali dan membaca buku ini serta suami dan anak2 saya yang merupakan pendorong utama saya... Semoga apa yang saya kongsikan di sini dapat memberikan manfaat kepada insan2 yang membaca blog ini.. Salam Ramadhan...

No comments:

Post a Comment