Wednesday, August 18, 2010

Menghafaz Cara Mudah Menggunakan Kaedah Al-Huffaz..


Ini adalah buku yang saya ceritakan pada entry yang lalu.. baru sekarang dapat upload. Boleh didapati di WISMA YAKIN (kalau tak silap saya) di kawasan Masjid Jamek.

Ada sebuah lagi buku berjudul "Cara Mudah Mengajar Anak Menghafal Al-Quran" yang ingin saya kongsikan nanti di entry2 akan datang Insya-ALLAH. Sebuah lagi buku yang diperkenalkan oleh Kak Ina..


Ini adalah buku kaedah Al-Huffaz untuk menghafal Juzuk Amma

Buku-buku ini juga digunapakai oleh Kelab Tahfiz Sek Al-Amin.

Ketika En. Akasyah serta para AJK mencari2 kaedah terbaik yang boleh diguna pakai oleh anak2 Kelab Tahfiz Al-Amin yang menghafal Al-Quran secara sampingan (part time) dan bukannya secara sepenuh masa sepertimana Maahad Tahfiz di mana anak2 terpaksa tinggal di asrama, beliau telah mengikuti Kursus Menghafal Kaedah Al-Huffaz serta Kursus Menghafal Kaedah Jibril dan mungkin ada yang lain saya kurang pasti. Didapati Kaedah Al-Huffaz lebih menepati kehendak anak2 Kelab Tahfiz Al-Amin..

Pada ketika itu anak2 serta ibu-bapa diberikan peluang untuk mengikuti kursus Menghafal Cara Mudah Kaedah Al-Huffaz ini. Saya menghadiri kursus ini yang dijalankan selama sehari di Masjid Negara dengan dikendalikan oleh Prof Syafie sendiri yang merupakan pengasas kepada Kaedah ini..

Berikut adalah kisah Prof Syafie yang diceritakan oleh beliau (jika terdapat kesilapan fakta mohon maaf kerana saya menghadiri kursus ini 2 tahun yang lalu)..

Prof Syafie telah melanjutkan pelajaran ke UK dalam jurusan kejuruteraan. Pada suatu ketika (mungkin di bulan Ramadhan) beliau dan rakan2nya ingin mengadakan tadarus Al-Quran.. Pada ketika itu beliau agak gementar kerana beliau tidak mahir membaca Al-Quran. Ada di antara kalangan rakan-rakannya yang telah memberikan teguran yang agak mengguris hatinya dan sejak itu beliau bertekad untuk belajar membaca Al-Quran agar bacaannya menjadi lebih baik.. Dengan izin Allah (SWT) beliau bukan sahaja lancar membaca Al-Quran malah diberikan kelebihan oleh Allah (SWT) untuk menghafal Al-Quran.. Subhannallah..

Setelah itu beliau menjalankan kajian ke atas otak manusia tentang memori jangka pendek dan memori jangka panjang hingga terhasilnya buku kaedah Menghafal Al-Quran Cara Mudah Al-Huffaz seperti di dalam gambar di atas..

Berkaitan kajian beliau, beliau mendapati pengulangan satu2 ayat sebanyak 60 kali dengan cara membuka dan menutup Al-Quran atau buku di atas (iaitu 5 kali melihat ayat, 5 kali tidak melihat ayat secara berulang2 hingga cukup 60 kali) akan menyebabkan otak kita dapat mengingati sesuatu ayat dan akhirnya sesuatu surah jika dilakukan secara istiqamah di mana setelah mengingati ayat pertama kemudian cuba menghafal ayat kedua, kemudian diulangi dengan menghafal ayat 1-2 dan seterusnya.. Ia juga dikenali dengan kaedah gundal di tadika2 tahfiz seperti PUSPETA.

Saya telah mencubanya dan Alhamdulillah ianya ternyata benar..

Kerana itu amat penting untuk anak2 dapat membaca Al-Quran di usia awal agar dapat memudahkannya untuk menghafal surah2 yang lebih panjang dengan lebih cepat dan mudah..

Kini, Prof Syafie mempunyai 13 orang anak (seorang meninggal dunia) yang semuanya menghafal Al-Quran menggunakan kaedah di atas. Beliau juga telah menubuhkan sekolah Tadika Tahfiz, sekolah rendah dan sekolah menengah yang memberikan tumpuan kepada hafazan Al-Quran serta bidang akademik yang di namakan

Maahad Tahfiz Al-Itqaan, No 20, Jalan Nirwana 12, Taman Nirwana, 68000, Ampang, Selangor . No. Tel : 03-9282 1445

Kak Norbaini telah mendaftarkan anak ketiganya (Umar) yang sekarang berada dalam darjah 1.. dan beliau telah memberikan feedback yang cukup positif.. Saya berkira2 untuk memasukkan Bang Chik ke sini namun saya juga punya pilihan sekolah yang lain (Dar Al-Hikmah) yang menggunakan konsep yang sama memandangkan Kelab Tahfiz Al-Amin mula mengambil pelajar seawal darjah dua sahaja.. moga Allah melorongkan yang terbaik untuk kebaikan Bang Chik..

Semoga perkongsian kali ini dapat digunapakai untuk meningkatkan hafalan kita.. Sahabat saya Ella telah memberikan kaedah yang lain untuk menghafal iaitu dengan memegang kertas bertulis/bercetak surah yang ingin dihafal dan membacanya ketika solat sunat. Juga dilakukan secara istiqamah (setiap hari).. Lama-kelamaan kita akan dapat menghafal surah tersebut sepertimana kita dapat menghafal Surah Yaasin yang sering kita baca hingga dapat menghafalnya.. Terpulang kepada diri masing2 mana yang lebih sesuai..

Selamat menempuh Ramadhan Fasa Kedua (Fasa Pengampunan..)

56 comments:

  1. salam..
    Maaf saya ingin bertanya..di mana boleh dptkan buku2 cara mudah menghafal juz'amma tu?
    Insya-Allah thn 2011 anak saya akan bersekolah darjah 1 di SRIAAKl

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam.. Yuzie boleh cuba hubungi 03-9282 1445/ 03-9281 2430 (Al-huffaz consulting). e-mail:huffaz@al-huffaz.com.my
    sebaiknya Yuzie ikuti kursus sekali. Kalau berminat utk hantar anak menghafal pada waktu pagi sebelum mula sekolah dimana ustaz akan hantar anak Yuzie ke sekolah al-amin sila hubungi Ustaz ismail 019-220 5003 atau ust noraini 019-221 5003 atau ust atiqah 019-552 5003. Mereka antara guru anak2 saya. bila tahun 2 masukkan ke Kelab Tahfiz Al-Amin. Selamat berjaya

    ReplyDelete
  3. dar al hikmah di mana yer.. try search takde... anak saya sekarang sulung berumur 5 tahun yang ke dua berumur 3 tahun.. plan nal hantarkan sekolah yang baik,,,sekarang ni di little caliph tmn kosas.. al amin dgn dar al hikmah which one better.. start dari darjah 1 juga ker?

    shanorita_h@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum Dar Hikmah ni dekat kawasan perumahan opposite Ampang Point. Cuba puan baca entry saya tentang pemilihan sekolah.Susah saya nak cakap sekolah mana lebih baik. Affiliate tadika untuk Dar Hikmah adalah ICDC. Alamat ada saya tulis dalam entry terbaru saya tentang jumble sale ICDC. Anak saya (6 tahun) ada di situ sekarang. Harap masih ada kekosongan, jika puan berminat boleh hubungi 03-2021 6743/ 012-925 3041(tcr junaidah).

    ReplyDelete
  5. Maaf shanorita,lupa nak jawab. Ya. dar Hikmah start dari darjah 1 hingga tingkatan 5. Tak ada UPSR dan PMR terus SPM dan merupakan sek Maahad Integrasi. Al-Amin pula bukan sekolah Maahad. Jadi bergantung pada puan dan suami nak anak menghafal Al-Quran atau sekadar sek ugama, sbb tu susah saya nak jawab :)

    ReplyDelete
  6. salam...saya tinggal di muar memang mustahil agaknya nak menghantar anak2 ke sekolah maahad integrasi mcm dar hikmah kan? Sedih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Puan, posting puan ini pada tahun 2011, tapi baru sekarang saya menemui dan membacanya. Jika masih releven, saya ingin berkongsi tentang tahfiz Darul Tuba di Tangkak, Johor, tak begitu jauh dari Muar. Untuk pelajar perempuan sahaja. DT menggunakan sistem hafalan kaedah Turki. Anak saya berumur 9 tahun ketika dihantar hujung tahun lepas. Dalam masa 1 bulan dia dapat menguasai tajwid & makhraj dgn baik. Dia diberi latihan kelancaran membaca dgn tajwid yg betul 2min 1 mukasurat selama 4 bln sambil menghafal surah-surah lazin dan juzuk am'ma. selepas mencapai kelancaran sedemikian, baru dia mula menghafal dari surat albaqarah. Skrg dia dah hafal 5 juz. Syarat kemasukan tak kira brp umur, asal boleh mengurus diri. Yuran RM350 sebulan. balik rumah 1 bln sekali, tapi kalau dpt tasmik penuh setiap hari continuously selama 2 minggu, boleh balik rumah 2 minggu sekali. Tasmik penuh bererti 1 hari hafal 1 mukasurat. Yuran termasuk dobi. jadi pelajar tak perlu cuci pakaian. Bangunannya sangat sederhana, cuma sebuah rumah banglo dengan kapasiti 40 org pelajar, ratio guru:pelajar 1 guru utk 10 org murid.Di samping hafalan, belajar semua subjek diniah, 4 subjek akademik (BM, BI, Sains & Maths). Aktiviti seperti nasyid, pidato, belajar masak diadakan occasionally from time to time. On average, from statistic of those who have completed, pelajar tamat hafal 30 juz dlm masa 2.5 thn.Namun ada juga yang hingga 5-6 thaun, But this is "outliers," kes terpencil. Kemampuan anak-anak berbeza-beza.

      Delete
    2. Assalamualaikum Pn Hamidah. Syukran diatas info ini. Boleh email saya email id puan pada saya, azlina.amran@gmail.com. Syukran

      Delete
    3. Waalaikum salam Pn Azlina. Maaf byk2, dah lama saya tak buka blog ni, jadi tak baca entri Puan. Saya boleh dihubungi di hamidah.musa@gmail.com. Tahfiz al quran darul tuba, Tangkak boleh dihubungi di 019-660 2316 (Ustazah Kasmah).

      Saya juga nak berkongsi dengan semua, yang anak lelaki saya berumur 13 dan 9 tahun belajar di Akademi Tahfiz al Quran Al Fawwaz, Sekseyn 3, BBB, Bangi. Boleh hubungi mudirnya Ustaz Wan Khairul 013-956 7104. Dulu Ustaz Wan Khairul mengajar di Darul Tuba Tangkak. Setelah berkahwin dan berpindah ke Bangi, beliau membuka tahfiz yang menggunakan sistem yang lebih kurang sama dengan Darul Tuba tangkak, tapi utk pelajar lelaki sahaja. Bagi saya, tahfiz ini sangat sesuai untuk pelajar usia muda sebab pelajar nya tak ramai (sekarang baru ada 20 org, maksimum capacity 40 org),ratio guru-pelajar 1:10, Ustaz Wan amat mengambil berat setiap individu pelajar. Jadi untuk anak-anak yang usia muda dan belum begitu pandai mengurus diri seperti anak-anak belasan tahun, tak susah sangat untuk mereka "survive" ditempat yang tak ramai pelajar, teratur dan sangat bersih. Al Fawwaz juga amat mementingkan tajwid dan makhraj bacaan.

      Delete
  7. Assalammualaikum puan..

    Insya-ALLAH jika puan punya cita2 dan kemahuan di kawasan Muar juga pasti ada maahad yang baik.. Cuma kita perlu mencarinya.. Bertanyalah dan teruskan pencarian. Saya juga bermula dari minat dan bertanya dan terus bertanya sebelum bertemu dengan sekolah Dar Hikmah. Moga Allah memudahkan usaha puan. Wassalam

    ReplyDelete
  8. assalammualaikum kak...

    syukur sgt... baca semua pengalaman n nasihat berguna dari akan saban hari.. allah permudahkan banyak jalan... anak saya pun insya Allah akan masuk icdc tahun depan 6 tahun.. kuasa allah.. sedang sebenarnya dah penuh dari first time kami tanya bulan 6 yang lepas...

    allah gerakkan baca blog akak.. allah gerakkan buka hati pn jumaidah..segala yang mustahil.. boleh jadi kenyataan... moga allah permurahkan rezeki kami sekeluarga.. amin..

    thanks bebyk kak...
    shano-012-2261266

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah... Moga ketemu nanti bila dah jadi parents kat dar hikmah... Moga kita dipermudahkan Allah dalam mendidik anak di akhir zaman yg penuh fitnah ini... amiin

    ReplyDelete
  10. salam.. kak.. akak ada tau mana2 perkhidmatan bas or van ke icdc tak? saya duk taman kosas.. nak cari transport ke sana... kalau akak tau tolong maklumkan ye... plz... tq

    shano 012-2261266

    ReplyDelete
  11. Waalaikumsalam...

    Ada akak nampak van dtg ambil budak kat ICDC tapi tak sure boleh ke Taman Kosas atau tak. Insya-ALLAH kalau akak terserempak dgn pemandu van tu akak tanyakan dan sms pada Shano..

    ReplyDelete
  12. dapat lagi satu ilmu hari ini. alhamdulillah...

    ReplyDelete
  13. Assalammualaikum Najah.. Alhamdulillah..Moga memberi manfaat

    ReplyDelete
  14. boleh bantu awok utk beli secara on9...dah search tp x jumpa2.hehe :))

    ReplyDelete
  15. Assalammualaikum astalavista,

    Cuba call direct saya pun beli melalui guru tahfiz anak saya. No contact dan alamat tu saya tulis berdasarkan apa yang tertulis pada buku tu.. Maaf ya...

    ReplyDelete
  16. Salam....
    boleh saya tanya fees Darul Hikmah...bulanan dan pendaftaran

    ReplyDelete
  17. Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh..

    Fees DH sekarang dibayar selama 10 bulan (Jan-Oct) pro rate berjumlah RM480 utk sek rendah, RM540 utk sek men. Jadi w/pun kelas pd bulan 11 dan 12 berjalan dah tak perlu bayar apa2. Sekolah ini hanya bercuti 3 minggu shj pada cuti hujung tahun. Secara purata yuran asal DH RM400/month utk rendah dan RM450/month utk menengah.. Tentang pendaftaran saya tak ingat. Sila telefon pengetua Ustazah Syikin 019-218 5560.. Harap menjawab soalan puan/tuan

    ReplyDelete
  18. Salam kak rozana..

    Sy amat berminat utk hantar anak sy utk drjh 1 next year ke DH. Sy
    dah pergi sendiri ke DH dan ambil borang pendaftaran. Skrg anak sy
    umur 6thn tadika di PASTI. Insyllh akan dipanggil interview dlm bln ogos.
    Mslh utamanya sy tinggal di cheras. Nak minta jasa baik kak rozana boleh
    tak bg contact no. Van sekolah yg ada hantar pelajar ke area cheras..

    Terima kasih byk,
    Ummu Aisyah.
    Alam Damai Cheras.

    ReplyDelete
  19. Waalaikumsalam..

    Selamat berjaya :) akak kurang pasti van yang akak sesekali nampak di hadapan Dar Hikmah ada menghantar pelajar ke Cheras atau tidak. Kalau ada terserempak lagi akak tolong tanyakan. Nanti akak tanya dalam e-group Dar Hikmah kalau-kalau ada parents yang tinggal di Cheras. Harap Ummu Aisyah dapat berikan hp no atau e-mail address untuk akak maklumkan sekiranya ada.

    ReplyDelete
  20. salam kak rozana.. bersyukur saya jumpa page akak ni.. nak tanya macam mana dengan waktu persekolah.. dari pukul berapa ke pukul berapa? harap akak membantu.. masih sempat ke kalau saya daftar anak sekarang.. anak saya sekarang 6 tahun dan amsih belajar di Pasti Taman Melur.. saya berhasrat nak hantar ke tahfiz berdekatan dan daripada maklum balas orang ramai tahfiz di taman nirwana antara yang terbaik selain daripada al-amin gombak.. -salina

    ReplyDelete
  21. waalaikumsalam wbt
    Anak2 akak bersekolah di Maahad Tahfiz Integrasi Dar Hikmah. Masa persekolahan 7.45 - 3.30ptg. Sila telefon pengetua Ustazah Syikin 019-218 5560 jika berminat. Kalau Maahad Tahfiz Itqaan di Taman Nirwana dan Al-Amin akak kurang pasti masa persekolahannya

    ReplyDelete
  22. salam,
    Saya ingin bertanya. Saya mempunyai anak lelaki yg kini berusia 8 bulan. Niat dan azam saya adalah untuk membolehkan beliau dapat membaca serta menghafaz quran dengan lancar pada ketika usianya mencecah 5/6 tahun sebagaimana kanak2 yang lain yg pernah saya dengari terutamanya di timur tengah.

    Saya yakin, sudah tentu ada cara dah kaedah bagi golongan kanak2 sehingga merekea dapat membaca al quran + menghafaz dengan lancar seawal usia begini. Sekiranya kanak2 di timur tengah boleh menyerap kaedaini, sudah tentu pastinya juga kanak2 di Malaysia boleh menyerap kaedah yg sama.

    Justeru, sekiranya sesiapa disini yang sedia atau sudi berkongsi atau mungkin mempunyai anak yg telah hafiz pada usia 5/6 tahun, diharap dpt berkongsi dengan seikhlasnya dengan saya.

    Saya amat berterima kasih dan semoga Allah membalas kebaikan yg diberikan oleh tuan/puan sekalian serta memberkati niat mulia saya ini. Amin...

    Wssalam..

    ReplyDelete
  23. Assalammualaikum wbt..

    Pn Sharifah Surina,

    Alhamdulillah atas niat yang baik puan, setakat ini saya belum pernah berjumpa dengan anak yang hafiz pada usia 5/6 tahun, cuma adik Muhammad yang hafiz pada usia 10 tahun. Mungkin ada di tempat lain yang saya tidak ketahui.. Sekadar ilmu yang sedikit dalam mempunyai cita-cita mempunyai anak yang hafiz di usia muda, antara kesilapan yang ada pada diri ibu/bapa ialah dalam meletakkan target pada anak-anak kerana Al-Quran ini adalah kurniaan Allah SWT.. Adakalanya kita sangat menginginkan anak-anak kita boleh menghafal dengan segera tetapi tanpa izin daripada Allah SWT ianya tidak akan berlaku.. Kesalahan kedua yang saya pelajari ialah jangan hanya ingin anak menghafal diusia muda tetapi kita juga perlu punya cita2 agar anak2 memahami dan mengamalkan perintah Allah yang terkandung dalam Al-Quran juga.. bagi anak2 di timur tengah mereka punya kelebihan kerana memang menggunakan bahasa arab sebagai bahasa ibunda.. Mungkin puan boleh mula mencari tadika2 playschool tahfiz seperti PUSPETA yang saya ceritakan dlm blog saya dan NURI.. Semoga usaha kita diberkati Allah Insya-ALLAH

    ReplyDelete
  24. Salam, tahniah dengan pencapaian anak2 dan terima kasih sy ucapkan kpd Puan Rozana kerana berkongsi. Sy ingin sangat mendengar pendapat/recommend dari Puan cara dan tempat terbaik untuk bermula bagi anak lelaki saya yang berusia 3tahun++. Kalau tak keberatan, nyatakan sekali kos2 yang perlu untuk sy lenih memahami dan perancangan yang lebih baik. sekian.

    Al-Amin
    Damansara
    amenkawa@gmail.com

    ReplyDelete
  25. Waalaikumsalam wbt

    Saya pulangkan pujian itu pada Allah SWT yang telah mengurniakan taufik dan hidayah serta mempermudahkan segala-galanya..
    Buat masa ini bagi anak-anak berumur 3 tahun(termasuk anak saya sendiri) saya tempatkan di PUSPETA (sila lihat websitenya http://puspeta.wordpress.com/)yang mendidik anak mengaji dan menghafal bermula umur 3 tahun. Bayaran untuk sebulan adalah lebih kurang 390++ selama 10 bulan (bulan nov dan dec tak perlu bayar). Bg bayaran lain2 ketika awal kemasukan saya tak ingat, boleh hubungi PUSPETA untuk keterangan. Daripada catatan harian guru belajarlah untuk mengajar anak di rumah atau ketika cuti, itu yang saya lakukan dahulu hingga saya juga sama-sama belajar menghafal bersama mereka. Agak jauh untuk tuan/puan menghantar anak ke PUSPETA kerana tuan/puan tinggal di Damansara. Mungkin ada tadika2 di sekitar sana yang ada kaedah yang lebih kurang sama. Diharapkan membantu sedikit sebanyak.

    ReplyDelete
  26. Salam Pn Sharifah Surina,

    Puan boleh refer
    a. darwishndarwisya.blogspot.com/
    b. http://www.islamicparentingnetwork.com.my

    Saya seperti puan, semasa saya mencari tempat untuk anak saya, saya terjumpa blog/website diatas yang saya rasa sesuai untuk anak saya.

    Diharap ini dapat membantu Puan dalam usaha Puan untuk mencari keredhaan Allah

    ReplyDelete
  27. salam puan rozana,saya ada adik yang berumur 6tahun dan saya bercadang hendak mencube di sekolah al-amin setelah terbaca blog puan. namun saya masih ragu-ragu..boleh puan tolong bagitahu saya jadual pembelajaran dan macam mana mereka belajar menghafal..? sekian

    ReplyDelete
  28. Waalaikumsalam wbt,

    Jika tak keberatan boleh hubungi e-mail saya rozanaabdulaziz@yahoo.com kerana di ruangan ini hanya nasihat pendek yang saya boleh berikan. Saya mohon maaf kiranya saya yang masih belajar ini tersilap dalam memberi nasihat. Menurut pengalaman saya yang masih baru ini cik/puan beristikharahlah terlebih dahulu dengan apa sahaja yang cik/puan inginkan buat adik cik/puan. Jika aliran hafazan hingga tamat Al-Quran Al-Ameen kurang bersesuaian. Lebih sesuai sekolah Dar Hikmah atau Itqan. Bila tamat darjah 6 dan masih belum tamat menghafal ada beberapa tempat hafazan Al-Quran yang cik/puan boleh masukkan agar dia tamat menghafal sebelum usia 16 thn agar selepas itu dia dapat menumpukan perhatian pada SPM. dalam masa yang sama nasihat saya pantau pembelajaran akademiknya dengan teliti semenjak darjah 1 lagi terutamanya subjek matematik. Kalau mampu masukkan ke KUMON untuk subjek math atau math dan Eng. Jika asas matematiknya lemah di peringkat rendah dia akan menghadapi masalah di peringkat menengah nanti. Cara menghafal di Dar Hikmah- adik cik/puan harus pada usia 6 tahun ini sudah dapat membaca Al-Quran dengan baik, hanya setelah lancar membaca Al-Quran dia akan dibenarkan mula menghafal. Kaedahnya akan diajar guru. Contohnya 5 kali baca ayat yang hendak dihafal dengan melihat Al-Quran. Tutup Al-Quran dan baca 5 kali ayat yang sama tanpa melihat Al-Quran hingga gundalnya lancar. Memang pada asalnya kita tidak percaya mereka mampu menghafal tetapi akhirnya kita akan merasa takjub dengan kuasa ALLAH bila melihat mereka mampu menghafal berjuzuk-juzuk Al-Quran.. Insya-ALLAH dengan niat yang ikhlas Allah akan bantu..

    ReplyDelete
  29. Salam singgah. Teringin juga nak hafal al-Quran, khususnya surah-surah lazim. Dah cuba Kaedah Hafazan Kaedah Jibril oleh Ustaz Asraff Ayob. Dalam proses menghafal lagi. studioous.blogspot.com

    ReplyDelete
  30. Waalaikumsalam wbt

    Selamat berjaya :) Antara cara lain beli kaset juzuk amma n dengar dlm kereta hari-hari. Insya-ALLAH mudah utk menghafal.. Saya dah cuba :)

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum
    Alhamdulillah puas google jumpa blog ni.Anak saya dah darjah satu tp saya mmg niat sangat masukkan dia sekolah tahfiz.saya harap masih tak terlewat walau dia dah sekolah. saya d loke yew dan rasanya taman nirwana agak berdekatan. sy ucapkan terima kasih.nanti sy nak call sekolah ni. kalau masih diberi peluang untuk dia daftar. cuma saya kurang jelas dengan sekolah tahfiz ni hanya belajar al quran sahaja atau ada yg campur akademik?kalau hanya utk hafazan, bagaimana dengan peperiksaan upsr,pmr dan spm

    kak fouziah

    ReplyDelete
  32. Assalammualaikum k.fouziah..

    Menurut pengalaman sahabat saya yg menghantar anaknya ke sini... Hafazan adalah subjek utama.. Subjek akademik diajar sekadar utk pengetahuan pelajar sahaja. Tiada pep upsr, pmr cuma spm tp setelah tmt hafalan 30 juzuk rasanya. Saya kurang pasti..

    Pelajar djh 1 sekarang dah takde exam upsr dan pmr... Saya juga mempunyai anak djh 2 dan sekarang di sek keb dan pd sebelah ptgnya mengikuti kelas hafalan, talaqqi dan dinniah.. Saya bercadang memasukkan dia ke madrasah hafazan al-quran secara sepenuh masa ketika usianya 12 @ 13 thn. Biasanya ia mengambil masa 2-3 thn insya-Allah...

    Akak cuba tanya di sini dulu.. Insya-Allah mungkin ada rezeki utk ank akak masuk ke sini. Maksud saya jk tiada rezeki di sini ada byk cara lain utk ank akak menghafal al-quran nanti..insya-Allah kerana setahu saya utk msk djh 1 disini pelajar tadika mereka lebih diutamakan..

    ReplyDelete
  33. Saya nak kongsikan info: Bagi sesiapa yang nak masukkan anak lelaki ke tahfiz berasrama, terutama yang masih berusia muda ie. bawah 13 tahun, saya cadangkan dimasukkan ke akademi tahfiz al quran al fawwaz (AQFA), seksyen 3, Bandar Baru Bangi. 2 org anak saya belajar di sana (13 dan 9 tahun). Ia sebuah rumah semi D, 3 tingkat, extended & renovated, corner lot, sangat bersih, cantik dan teratur, cukup luas untuk menempatkan 40 org pelajar. Makanan, pakaian dan kebersihan cukup dijaga. Pelajarnya hanya 20 org setakat ini dan maksimum kapasiti 40 org. Mudirnya, menjanjikan ratio guru:pelajar 1:10, jadi buat masa ini ada 2 org guru tetap yang tinggal bersama pelajar di asrama tersebut, berkelulusan Diploma dari Darul Quran, khas untuk tasmik bacaan, mengajar alquran dan tajwid sja. Subjek-subjek lain di ajar oleh guru lain. Guru akan ditambah dari masa ke semasa mengikut jumlah pelajar. Ustaz Wan Khairul, mudirnya berkelulusan Univ Azhar Mesir. Ustaz Wan sangat mengambil berat hal setiap individu pelajar. Dia kenal pelajarnya satu per satu. Setiap pagi dia akan memanggil dan berjumpa sekurang-kurang seorg pelajar, untuk bertanyakan apa2 masalah yang dihadapi di asrama, walaupun ustaz Wan sibuk mengurus 3 lagi cawangannya di seksyen 3 juga, yang menawarkan tahfiz separuh masa dan kelas kafa harian. Sukar mencari mudir yang memberi perhatian sedemikian. Di minggu pertama anak saya memasuki al fawwaz, mereka di ajar wuduk dan solat secara lisan dan praktikal dan mesti menduduki ujian lisan, bertulis dan praktikal wuduk dan solat dulu. Setelah lulus, barulah dibenarkan mengikuti kelas-kelas diniah yang lain. Untuk mengikuti kelas hafalan pula, pelajar mesti lulus tajwid, makhraj dan kelancaran membaca tanpa kesilapan tajwid dengan kelancaran 2-3 minit 1 mukasurat. Setelah lulus, baru boleh mengikuti kelas hafalan. Bukankah kualiti seperti ini yang kita cari dalam bacaan quran anak-anak kita? Maknanya sebelum mula menghafal, mereka mesti lancar dan boleh membaca dengan betul.

    Fokus al fawwaz adalah hafalan quran, tetapi di selang seli juga dengan kelas-kelas diniah dan mata pelajaran akademik (core subjects ie maths, science, BM, BI). Pada pendapat saya, elok di masukkan anak ke tahfiz sepenuh masa seperti al fawwaz pada usia muda. ie. 9 atau 10 tahun. Mudah2an dengan itu mereka akan tamat hafal 30 juzuk (biasanya mengambil masa 2-3 tahun)ketika usia awal belasan tahun. Selepas itu bolehlah mereka fokus kepada bahasa arab dan subjek akademik pula dan membuat persediaan untuk SPM, sambil terus menerus mengulang hafalan mereka. Jadi tak terlalu berat sgt utk mereka (tinggal fokus pada akademik sja sbb hafalan dah selesai).

    Berat juga rasa hati berpisah dengan anak-anak yang masih kecil, tapi saya memilih untuk meminjam semangat ibu kepada Imam Shafie yang melepas pergi anaknya ketika berusia 8 tahun untuk mempelajari ilmu dan quran. Ketika itu, pastinya tiada talipon, malah kenderaan pun tiada, alamat yang bakal dituju oleh anaknya juga tidak jelas, pendek kata si ibu melepas pergi si anak dengan tidak mengetahui apakah beliau dapat menemui anaknya lagi. Sedang anak-anak saya di Al Fawwaz cuti 2 minggu sekali, boleh diziarahi dan ditalipon dihujung2 minggu.

    Ustaz Wan Khairul boleh dihubungi di 013-956 7104. No. 39, Jln 3/52, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi.

    ReplyDelete
  34. bagaimana nak menghantar anak belajar hafalan quran tapi umur 17thn... mohon beri pendapat

    ReplyDelete
  35. Assalammualaikum..sekadar pandangan mungkin ada pandangan lain yg lbh baik..ada org yg saya kenali menghantar anak mereka ke madrasah sepenuh masa dan anaknya tamat menghafaz dlm masa 2 thn..cuba puan survey maahad tahfiz di kawasan rmh puan. Jk kelancaran membaca Al-Quran dia perlu melancarkan bacaannya terlebih dahulu..semoga berjaya insya-Allah

    ReplyDelete
  36. *kurang lancar membaca Al-Quran

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum
    Mabruk darul hikmah n al amin. Sy amat berminat utk hntar ank2 ke tahfiz.. ada x maahad tahfiz d sekitar pulau pinang/kedah y menggunakn kaedah ini.
    Soalan ke 2: kat mna tahfiz singkat utk pljr lpsn spm

    ReplyDelete
  38. Waalaikumsalam pn norlaili...maaf kerana terlambat membalas komen puan.. Saya kurang pasti tentang sekolah2 di kedah dan p.pinang.. Cuba puan google dan bertanya..semoga puan bertemu dgn sekolah yg mengaplikasikan konsep menghafal Al-Quran insya-Allah.. Utk soalan kedua jika di sini mana2 maahad tahfiz rasanya boleh menerima anak lepasan spm utk menghafaz Al-Quran dgn syarat anak itu mahir membaca Al-Quran. Proses menghafal ini adalah proses berterusan dan sepatutnya tidak ditinggalkan jk anak itu meneruskan pengajian ke peringkat yg lebih tinggi wallahu'alam :)

    ReplyDelete
  39. kepada Pn Hamidah, boleh emel saya tak nuha.mih@gmail.com.
    nak tanya lebih lanjut pasal AQAF

    ReplyDelete
  40. Assalammualaikum nuha...pn hamidah boleh dihubungi melalui e-mail beliau hamidah.musa@gmail.com saya bimbang dia tak terbaca komen puan

    ReplyDelete
  41. assalammualaikum kak rozana.maaf bertanya.anak sy skrang 6tahun sekolah real kids.harapan n impian sy sgt2 la tinggi tuk masukkan anak ke tahfiz.cuma sy ni kurang arif tentang tahfiz mana yg lebih bagus.apa perbezaan tahfiz maahad & bukan maahad?
    baru2 ni sy cube tanya di khalifah model school..pengsan plak dgr yuran pendaftrannya..hihihi..sy kalau x keberatan boleh kak rozana bgtaw yuran dar hikmah?terima kasih...

    ReplyDelete
  42. Waalaikumsalam..anak2 akak dah tak ada di dar hikmah jd takut kalau tersalah pula nak bgtau yurannya..masa anak2 kat situ dulu dlm rm 400++ sebulan...akak pun tak pasti apa beza maahad atau yang bukan maahad...disebabkan sistem pendidikan yg dah berubah ke sistem yg tiada lagi peperiksaan besar diambil secara persendirian dan dgn itu sepertinya sukar utk anak2 tahfiz melompat masuk ke sekolah selepas tamat menghafal akak pun tak pasti nak sarankan apa...sek dar hikmah mungkin sesuai..icdc juga dengarnya dah ada djh 1 plus tahfiz..

    ReplyDelete
  43. Salam semua.. Yuran Dar AlHikmah ialah RM500 sebulan. Terbaru ada kelas persediaan/prep untuk anak2 umur 6 tahun. Kelas ini disarankan kepada anak2 yg skrg belajar di tadika non-islamic dan tadika yg kurang menekankan aspek islamik.
    Untuk kelas prep ini, boleh hubungi saya, Puan Akmar 0122846290. Jazakumullah

    ReplyDelete
  44. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  45. Aslm, saya ingin bertanya tentang sek rendah integrasi ilmuwan (SRITI) di bbb bangi.bagus ke sek ni.

    ReplyDelete
  46. Assalamualaikum Kak Rozana..
    Saya berasal dari Sabah & menetap dekat Sabah.., nun jauh di Seberang Laut.
    Persoalannya saya ingin menhantar anak saya di 2 buah School yang di sebut tadi.. umur anak saya ni, 4 & 5 Tahun, tidak dapat hantar sekarang tapi mungkin tunggu umur 6 tahun saya akan hantar, saya tinggal di Sabah boleh tak ank sya bersekolah di tempat tersebut.. saya mohon jawapan dati kak & yang lain jika ada.
    Email : marnysah@gmail.com
    HP: 016-8046664

    Mohon jawapan melalui Email atau pun fon saya..

    ReplyDelete
  47. Assalamualaikum nak tanya..teknik Al-huffaz ni 5 kali tengok ayat 5 kali tak tngok ayat sebanyak 60 kali kan?maknanya 5x6 5x6 atau baca 5 kali tngok 30 kali dan 5 kali tak tngok 30 kali??konfius sikit maaf jika tak faham apa yang saya cuba sampaikan

    ReplyDelete
  48. salam puan. mcmana saya boleh mndapatkan buku kaedah al-huffaz ini?
    Sekian, terima kasih

    ReplyDelete
  49. en.Faiz
    caranya 5x baca+tengok dahulu kemudian baru tutup Al-Quran,selepas itu bca 5x lagi..ulang sehingga ckup 60 kali

    ReplyDelete
  50. terimakasih informasinya, suskes selalu sudah berhasil mempengaruhi kami sebagai pembaca, untuk lebih baik

    salam
    Amoorea Sabun

    ReplyDelete
  51. Do you need a Loan?
    Are you looking for Finance?
    Are you looking for a Loan to enlarge your business?
    I think you have come to the right place.
    We offer Loans atlow interest rate.
    Interested people should please contact us on
    For immediate response to your application, Kindly
    reply to this emails below only.
    Whats app +919205646839
    helpfiance@gmail.com

    Please, do provide us with the Following information if interested.

    1) Full Name:………
    2) Gender:………
    3) Loan Amount Needed:………
    4) Loan Duration:………
    5) Country:………
    6) Home Address:………
    7) Mobile Number:………
    8)Monthly Income:…………………
    9)Occupation:………………………
    )Which site did you here about us…………………

    Thanks and Best Regards.
    helpfiance@gmail.com
    Whats app +919205646839

    ReplyDelete