Saya akan sambung tentang ceramah Dr. Danial pada entry yg lain. Untuk entry ini saya nak menjawab beberapa pertanyaan yang diajukan kepada saya melalui ruang komen..
a) Di mana nak dapatkan buku Bacalah Anakku..?
Pengedar buku Bacalah Anakku adalah
Read Network (Maaf entry lalu beralamat di Gombak, rupanya dah pindah sejak Jan.. berikut alamat terbaru)
Bagi yg tinggal di kawasan KL alamatnya ialah 65-1, Block E, Platinum Walk, No.2, Jalan Langkawi, Setapak, 53300, Kuala Lumpur. No. Tel: 03-4143 5440, Faks : 03-4143 5441
E-mail address: admin@readnetwork.com
Bagi yg tinggal di Kota Bharu Kelantan boleh dapatkan di 5421-A, Jalan Embi, 15150, Kota Bharu, Kelantan. No. Tel: 09-747 2276, Faks : 09-741 8663 ; E-mail address: readeasy2003@yahoo.com
Sebaiknya tanyakan tentang kursus Bacalah Anakku kerana hanya dengan mengikuti kursus ini sahaja kita akan faham akan kepentingan bunyi phonic yg boleh mempercepatkan bacaan bukan sahaja dlm Bahasa Malaysia tetapi English, Jawi dan juga dalam mengaji.. (pendapat peribadi saya). Saya hanya berpeluang mengikuti kursus ini ketika Along berusia setahun (kira2 11 tahun yg lalu) dan sejak itu minat untuk mendidik anak timbul dgn sendirinya...Alhamdulillah..
Kalau tak silap buku Bacalah Jawi atau yang setara dengannya juga boleh didapati di sini..
b) Di mana nak dapatkan buku Al-Huffaz?
Alamat ini saya salin daripada buku Al-Huffaz:
Al-Huffaz Consulting Sdn. Bhd.
no 11 & 11A, Jalan Nirwana 39, Taman Nirwana,
68000 Ampang, Selangor.
Tel: 03-9282 1445/ 03-9281 2430; Faks: 03-9282 6976
Saya ingin membetulkan sedikit fakta yang pernah saya tulis.. Buku2 cara mudah menghafal Al-Huffaz ini bukan sahaja hanya untuk menghafal juzuk amma tetapi juga semua surah2 di dalam Al-Quran. Bang Chik sudah mula menggunakannya sekarang dan Alhamdulillah kecepatan dalam menghafal nampak peningkatannya tanpa meninggalkan tape yg didengarkan kepadanya (saya memperdengarkan hampir keseluruhan juzuk amma kepadanya sekurang-kurangnya sekali sehari) ketika dia sedang membuat KUMON atau bermain2 bersama Mawaddah.. Insya-ALLAH saya yakin ayat2 suci Al-Quran tersebut akan terngiang2 di telinganya dan bukannya lagu2 yg mengasyikkan..
Nasihat yg saya terima daripada kakak2 yg mempunyai anak yg menghafal Al-Quran di Al-Amin ialah.. Semua ini adalah kurniaan Allah SWT, cepat atau lambatnya bergantung kepada anak itu sendiri tapi saya yakin jika ibu/bapa memotivasikan serta membantu mereka dan tidak hanya membiarkan mereka menghafal sendirian Allah SWT akan memberikan jalan ke arah itu.. Insya-ALLAH
c) Di mana nak dapatkan Buku Qiraati..?
Saya juga menyalin alamat ini daripada buku Qiraati anak saya kerana tidak pasti di mana boleh membelinya.. Buku yg saya ada sudah berusia 7 tahun (merupakan set buku yang Along dapat ketika bersekolah di PUSPETA)..
Mohd. Masruh bin Ahmad
No. 9, Lot 1672, Jalan Qiraati, Sg Ramal Dalam,
43000, Kajang, Selangor
Tel: 03-8734 0302; H/p: 012-339 8437
d) Jika anak belum mengenal nombor berapa cepat progressnya jika dihantar ke KUMON
Saya menulis di sini berdasarkan pengalaman saya di mana Along dan Bang Chik masuk ke KUMON pada usia 5 tahun dalam keadaan hanya mengenal 1-10. Di KUMON mereka akan di uji sebelum diletakkan di bawah level2 yang bersesuaian dengan mereka. Maka keduanya diletakkan pada level terendah iaitu 7A. Berbanding Angah yg ketika berumur 5 tahun sudah mengenal 1-20 (jika tidak silap saya) dan boleh menulis dgn baik memulakan level KUMON pada level yg lebih tinggi iaitu 5A (jika saya tidak silap).
Mereka diuji sampai nombor apa yg mereka kenal dan boleh menyebutnya dengan betul serta menulis dgn betul.. Sesetengah tadika menurut pengalaman sayatidak menekankan cara menulis nombor yg betul. Pelajar hanya disuruh tracekan dot-dot nombor dan mereka tidak kisah samaada pelajar itu menulis secara tonggang-terbalik asalkan mereka menyiapkan kerja.. Berbanding KUMON penekanan ttg penggunaan pensil dan cara menulis yg betul amat diambilkira..
KUMON ini adalah sistem daripada Jepun yang mendidik anak2 agar berdisiplin dan tahu di mana kesilapan mereka.. Saya mula memasukkan Bang Chik pada bulan Julai (kalau saya tidak silap) tahun ini bermula daripada level 7A dan sekarang bakal menghabiskan level 4A dan sudah mengenal dan boleh menulis tanpa sebarang bantuan no 1-40. Jika diikutkan hati saya memang ingin agar anak2 menghabiskan level KUMON masing2 hingga ke peringkat Q namun memandangkan silibus sekolah Al-Amin yang mempunyai 11 dan ke atas subjek (akademik + diniah) sukar untuk mereka mengejar kesemuanya..
Saya sukakan KUMON kerana ia bergantung kepada kapasiti pelajar bukan umur. Along berpeluang mengikuti KUMON hingga berumur 10 tahun dan ketika itu sudah membuat matematik pelajar darjah 6 di KUMON. Begitu juga Angah yang berpeluang mengikuti KUMON hingga berumur 7 tahun dan sudah membuat matematik bagi pelajar darjah 4 atau 5. Setiap level pelajar akan ditest kemampuan mereka sebelum dapat masuk ke level berikutnya.
Pelajar juga akan dianugerahkan sijil sekiranya mencapai level yg lebih daripada yang sepatutnya. Nanti akan saya masukkan sijil2 yang pernah diterima oleh Along dan Angah ketika di KUMON. Ia menaikkan semangat dan minat mereka terhadap matematik dan hingga kini matematik yg kebanyakannya digeruni oleh anak2 Melayu merupakan antara subjek kegemaran mereka Alhamdulillah..
Terima kasih atas penerangan puan ttg kaedah di KUMON.
ReplyDeleteUmmiS said,
ReplyDeleteSelamat mencuba kaedah KUMON ini :)
Salam, boleh rekomen any good KUMON centre kat Ampang/Kg. Pandan area for BM? T/kasih.
ReplyDeleteWaalaikumsalam Anonymous,
ReplyDeleteKUMON hanya untuk subjek BI dan Math sahaja. Kerana itu saya guna kaedah Bacalah Anakku utk BM