Saya sebenarnya masih belum habis lagi menulis tentang ilmu2 yang terkandung dalam buku 'AGAR ANAK MUDAH MENGHAFAL AL-QURAN' dan kali ini adalah tentang faktor2 luaran yang mempengaruhi anak2 kita yang harus kita jaga.
Faktor2 tersebut ialah:-
a) Memilih guru
b) Memilih mushaf
c) Memilih teman
d) Memilih tempat
e) Memilih waktu
f) Memilih apa yang perlu dihafal
e) Memilih makanan dan minuman
a) MEMILIH GURU
As-Sakhawi dalam Kitab Al-Jauhar wa Ad-Durar mengatakan "Barangsiapa yg masuk ke dalam ilmu sendirian, maka ia akan keluar sendirian" maksudnya barangsiapa yang menuntut ilmu ataupun belajar Al-Quran tanpa guru, maka ia akan keluar darinya tanpa ilmu, tanpa hafalan dan tanpa kemantapan.
Kerana itu antara nasihat beliau ialah keperluan kepada berguru dengan para ulama', para hafizh yang mantap dan bagus bacaannya, org2 yg bertakwa dan suka berbuat kebaikan serta ahli agama kerana Al-Quran itu tidak akan sampai kepada kita melainkan dengan jalan talaqqi (method belajar langsung dengan guru) secara lisan.
Hendaklah kita mengingatkan anak2 agar berlaku sopan terhadap mereka sebagai seorang anak murid..Bertanya kepada mereka dgn baik dan mendengar dgn baik segala perkataannya. Hendaklah anak2 di ajar utk beradab santun di hadapan guru, tidak mendahului dalam berbicara atau berjalan, tidak byk berbicara di hadapan mereka, memotong percakapan guru ketika belajar atau memaksanya utk byk menjawab soalan.
Sekiranya ada kesilapan atau kurang penjelasan si guru jgnlah ia menurunkan kedudukannya dari pandangan.. (memandang rendah pada guru)
Penghormatan kepada para penghafal Al-Quran (guru2 kita/ anak2 kita) yg mesti kita ingati merupakan penghormatan terhadap Allah.
Sabda Rasulullah (SAW) yg bermaksud:
"Ada 3 org yg apabila dihormati sama halnya dengan menghormati Allah.. dan disebutkan di antaranya ialah Pembawa Al-Quran tanpa mengurangi haknya ataupun melebih2kannya.."
Bagaimana tidak kerana mereka adalah sebaik2 makhluk. Nabi (SAW) bersabda yg bermaksud:
"Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya."
Mereka juga adalah kerabat Allah dan org yang dekat dengannya.. Sabda Rasulullah (SAW) yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah memiliki kerabat dari kalangan manusia," maka ada sahabat yang bertanya, "Siapa mereka?" Beliau pun bersabda, "Ahli Al-Quran mereka adalah Ahlullah (kerabat Allah)dan orang-orang yang dekat dengannya."
Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru2 saya dari tadika hingga ke menara gading.. Tak lupa buat semua guru anak2 saya dari tadika hingga sekarang.. terutamanya yang sangat saya kagumi akan semangat dan dedikasi beliau iaitu Pengasas Maahad Tahfiz Integrasi Dar-Hikmah Puan Norhayati dan pengetuanya Ustazah Norasyikin serta pengasas Islamic Child Development Centre (ICDC) Tcr Junaidah yang merupakan affiliate tadika bagi Dar-Hikmah . Tak lupa juga guru2 hafazan Al-Quran mereka iaitu Ustazah Kauthaar (Guru yg mengajar hafazan Al-Quran, Hafalan hadis dan Bahasa Arab Bang Chik), Ustaz Nazbul Haq/Ustaz Hasyimi (Guru hafazan Angah) dan Ustazah Hani (guru hafazan Along).. Semoga masing2 diberikan kesejahteraan dan diberkati Allah senantiasa..
No comments:
Post a Comment