Monday, May 9, 2011

Selamat Hari Ibu!!!!

Mawaddah sedang tidur, maka sempatlah saya menulis sekejap berkenaan tajuk di atas.. Saban tahun kita menyambut Hari Ibu dan Hari Bapa tetapi adakah sebarang perubahan (kebaikan) yang kita lakukan dalam memperbaiki akhlak kita kepada mereka..

Saya pernah mendengar bahawa "Sebesar2 hadiah daripada ibu bapa buat anak2 adalah mendidik mereka berakhlak baik" dan saya juga pasti "Sebesar2 hadiah buat ibu bapa daripada anak2 juga adalah dengan mempunyai anak2 yang berakhlak mulia"...

Saya sangat tertarik dengan apa yg diperkatakan oleh Ustaz Jazlan Abdullah dalam slot Tanyalah Ustaz bertajuk "Ibu lahirkan Ibu" atau boleh diertikan sebagai tanggungjawab Ibu dalam melahirkan generasi yg berakhlak mulia kepada kedua org tuanya terutama si ibu..

Apa yg diperkatakan oleh beliau sangat praktikal iaitu tentang apa yg perlu diajarkan kepada anak2 sebagai tanda bersyukurnya kita kepada Allah maka kita juga menunjukkan rasa syukur kita kepada kedua ibu bapa kita..

hadis Rasulullah SAW : Redha Allah terletak pada keredhaan ibu bapa, kemarahan Allah terletak pada kemarahan ibu bapa..

Latihan kepada anak: Latihan terbaik adalah melalui contoh yang kita tunjukkan ketika menyantuni kedua ibu bapa dan mertua..

a) Dari segi percakapan - latih anak utk bercakap secara lemah-lembut kepada ibu bapa..

b) Dari segi pujian - Latih anak untuk memuji ibu-bapa

c) Dari segi perbuatan - Latih anak untuk bersikap baik dengan ibu bapa

d) Dari segi pemberian - latih anak untuk menghadiahkan apa yang disukai oleh ibu bapa

e) Dari segi rujukan -latih anak menjadikan ibu-bapa (bukan rakan taulan) sebagai tempat rujukan..

f) Dari segi pemberian - latih anak untuk memberi wang bulanan kepada ibu bapa walaupun hanya RM50 atau RM100 sekadar kemampuan.. Bukan kerana ibu bapa perlukan wang tersebut tetapi sebagai tanda keberkatan..

g) Latih anak untuk mendoakan kita.. Ini juga pernah disebut oleh Ustaz Roslan suatu masa dahulu agar menyediakan buku doa yang baik dan selepas solat jemaah biar anak2 membaca doa tersebut secara bergilir2.. Saya sudah mula mempraktikkannya sejak itu di mana Along dan angah akan bergilir2 membaca doa dalam bahasa Arab dengan maksudnya sekali setiap kali solat berjemaah terutamanya maghrib dan ditambah dgn doa buat ibu bapa yg bermaksud..

" Ya Allah ampunilah dosa kedua ibu bapa kami, tempatkanlah mereka di syurgamu serta sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi kami semenjak kecil"..

h) Latih anak tentang peranan anak2 kepada ibu bapa apabila mereka tua:

-Merebut peluang berbakti memelihara ibu/bapa
-Jika ibu bapa sakit perlu usahakan untuk berubat jika duduk berjauhan selalu menziarahi mereka
-Layani/santuni ibu bapa dengan lembut , suapkan makan mereka, picit dan gosokkan tempat yg sakit..

Pernahkah kita diajar/dilatih untuk melakukan hal2 di atas semasa kita kecil? Beruntunglah jika kita masih punya ibu bapa untuk berbakti.. bagi mereka yang pernah melakukan kesilapan pada ibu bapa yg sudah lama pergi.. Berikut adalah apa yang disarankan oleh Ustaz Jazlan untuk melakukannya:-

1) Berdoa agar ibu bapa diselamatkan daripada azab seksa di dalam kubur..

2) Memohon ampun atas dosa2 kita dan dosa kedua mereka

3) Laksanakan nazar mereka sekiranya ada

4) Hubungkan silaturrahim dengan sahabat2 ibu bapa serta kaum kerabat yang rapat dgn mereka.

5) Jelaskan hutang2 mereka dengan Allah (puasa, haji, zakat dsb) serta manusia.

6) Berterusan dalam menghadiri majlis ilmu dan melakukan amal kebaikan semoga amalan baik yg dilakukan oleh kita Allah sampaikan kepada mereka.

7) Ziarah kubur mereka

Antara lain Ustaz Jazlan juga menyenaraikan sifat2 anak derhaka yang boleh kita jadikan panduan buat kita dalam kebaktian kita buat ibu bapa juga agar dapat dijadikan satu tazkirah buat anak2 kita agar mereka tidak tergolong dalam golongan anak derhaka .. Nauzubillah..

a) Memandang dengan mata yang tajam atau menjeling sekiranya kehendaknya berlawan dengan kehendak kita (didik diri/anak untuk memandang dengan penuh kasih-sayang kerana kita beroleh pahala rahmat Allah jika melakukannya).

b) Berpaling wajah daripada ibu bapa, buat2 tak dengar apa ibu bapa cakap, hentak kaki atau tutup pintu dgn kuat.

c) Meninggikan suara dihadapan ibu bapa atau bercakap dengan nada yang menyakitkan hati ibu bapa.

d) Merasa lebih tinggi daripada ibu bapa, mungkin kerana berpelajaran tinggi.. namun tanpa ibu bapa yang hebat mana mungkin mereka mencapai kejayaan itu..

e) Jika tidak bersetuju dgn ibu bapa tegur mereka dgn berhikmah. Jangan bantahi mereka dgn kasar..

Untuk menjadikan anak2 soleh dan solehah kehadapankan PENDIDIKAN UGAMA kepada anak2.. serta pastikan mereka berakidah dgn akidah yg betul, mengikut syariat, betul cara beribadat serta mempunyai akhlak terpuji..

Sabda Rasulullah (SAW) yang bermaksud: "Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak"
Untuk itu kita perlu mendalami hadis2 Rasulullah bagi mempelajari akhlak Rasululullah SAW yang sebenarnya.. Umar Al-Khattab ada mengatakan bahawa didiklah anak sesuai dengan zamannya dan sesungguhnya pendidikan itu tidak dapat dipisahkan daripada Al-Quran dan hadis (sunah Rasulullah)..

Saya sambung sedikit lagi tentang kata2 Ustaz Roslan pagi tadi dalam slot Tanyalah Ustaz yg bertajuk Takwa:


Harta abadi kita selepas meninggal dunia bukannya tanah berekar2 atau rumah2 sewa yang bersusun tetapi anak2..

Anak2 yg bagaimana yg didambakan oleh kita?? Sudah tentu anak yg bertakwa yang merupakan harta abadi yang akan sentiasa menghantar pahala buat dua ibu bapanya.. dan ianya tidak akan didapati tanpa kita berusaha ke arah itu.. Zuriat atau generasi bertakwa ini hanyalah boleh dibangunkan atas dasar ugama dan ilmu sahaja..

Antara TIPS yang diberi untuk menjadi org yg bertakwa sebelum mendidik generasi bertakwa ialah:-

a) Dekati org2 yang berilmu, bersahabat dengan org2 yang cintakan ilmu serta yang boleh membimbing kita..

b) Kata Ibnu Qayyim: org yg bertakwa sentiasa rindukan pahala .. Rajin2 mengikuti majlis ilmu kerana ia adalah antara jalan2 menuju syurga..

c) Terus belajar kerana kita bermula daripada orang yg tidak tahu..

Semoga perkongsian ini menjadi batu loncatan buat kita lebih menghayati erti Hari Ibu dan Hari Bapa yang sebenarnya dan bukan sekadar memberi hadiah, bunga atau kek sebagai ingatan..

Selamat Hari ibu buat kedua2 mummy, mama, umi, ibu2 saudara saya serta sahabat2 yang bergelar ibu di luar sana..

2 comments:

  1. salam puan.. izinkan saya kongsi artikel yg bagus ini.. perkongsian puan yang lain2 juga sgt2 bagus.. terimakasih yg tak terhingga kerana sudi berkongsi ilmu mendidik anak2.. jazakillahu khairan kathira!

    ReplyDelete
  2. Saya menulis atas dasar mengingatkan diri, anak2 serta generasi saya saya akan dtg terutamanya.. Alhamdulillah sekiranya ianya dapat memberi manfaat buat yg lain.. Semoga kita sentiasa berusaha menjadi org yg lebih baik daripada semalam..Salam ukhuwah

    ReplyDelete