Saturday, May 28, 2011

HIDAYAH Itu Milik Mutlak Allah !!!

Malam Jumaat yang lalu 27hb Mei 2011 saya berpeluang ke Surau Mustaqim mendengar bicara Sham (Kamikaze) dan Wardina Safiah tentang kisah penghijrahan mereka kepada kehidupan berlandaskan syariat dimana Ustaz Farhan (Timb Nazir Masjid As-Sobirin) menjadi moderatornya..

Sengaja saya tuliskan di sini beberapa perkara yang menyentuh hati saya sebagai peringatan diri saya terutamanya..

Saya sebenarnya sudah begitu lama tidak mengikuti perkembangan golongan artis malah saya langsung tidak kenal siapakah si Sham (Kamikaze) ini, sebelum ini saudara Bob Lokman (saya juga tidak mengenali beliau) juga pernah hadir begitu juga saudara Azmil Mustafa.. Apa yang menarik perhatian saya ialah tentang Kehebatan Doa Seorang Ibu..

Kisah Sham:
Beliau mula bermain gitar di usia 12 tahun ( apabila mendengar kata2nya saya terfikir tentang ibu-bapa anak2 Melayu hari ini yang mungkin ada yang lebih mengutamakan tuisyen bermain muzik untuk anak2 mereka begini agaknya hasil yang akan dilihat nanti).. kemudian apabila selepas habis belajar mula bergiat dgn lebih aktif dalam bidang bermain gitar di klub2 dan sebagainya.. Namun jauh di sudut hati beliau sentiasa merasakan ada satu kekosongan... Solat beliau juga seumpama solat budak2 yg solat kerana takutkan ibu-bapa memarahi mereka bukan solat kerana ALLAH.. Solat kerana ibu beliau tiap kali menelefon akan bertanya "Kau ni dah solat ke belum?"
Maka bermulanya saat penghijrahan beliau ialah bilamana beliau dgn seorang rakan berjalan ke Utara dan berniat bahawa setiap kali tiba waktu solat mereka akan berhenti di masjid utk berjemaah hinggalah mereka tiba ke Masjid Alwi di Kangar,Perlis untuk solat Asar.. Ketika itu mereka kehairanan kerana begitu ramai jemaah di masjid tersebut..
Semuanya kerana Imam Besar MasjidilHaram (Imam Sudais) memberikan tazkirah dan mengimamkan solat Asar.. Sham ini hanya mengenali Imam Sudais kerana ibunya yang telah ke Mekah pernah bercerita kepadanya betapa di Mekah begitu ramai manusia ingin bersalam dengan Imam Sudais tetapi beliau sentiasa dikawal rapi oleh pengawal2.. Maka dalam kesibukan orang bersalam dengan Imam Sudais beliau yang merasakan bahawa mustahil untuk melakukannya bergerak menuju ke kereta dgn harapan cukuplah kalau dapat mengambil gambar Imam Sudais ketika di luar masjid nanti..

Betapa terkejutnya beliau bilamana kereta yang akan membawa Imam Sudais berada di hadapan keretanya dan bila Imam Sudais lalu dihadapannya beliau melontarkan senyuman kepadanya lalu menghulurkan tangan untuk berjabat salam dengan si Sham ini..

Selepas Imam Sudais berlalu Sham yang dalam keadaan menggigil kerana terkejut terus menelefon ibunya dan berkata.. "Ibu, ibu tahu tak apa yang telah berlaku?"
Jawab si ibu, "Manalah ibu tahu, kau kat mana ni?"
Jawab si Sham yang masih menggigil, " Saya kat Perlis bu, Ibu tahu tak Imam Sudais yang ibu ceritakan dulu, saya dapat bersalam dengannya.."
Ibunya menjawab "Itu hidayahlah tu, kalau kau tak sedar lagi tak tahulah..."

Betapa rupa2nya selama ini ibunya tak putus2 mendoakan agar Sham diberikan petunjuk oleh Allah SWT.. dan saya sgt tertarik dengan keakraban Sham dengan ibunya...

Betapa ramai dikalangan kita yang masih terkapai2 tidak mahu berjemaah di masjid(orang lelaki terutamanya), ke majlis ilmu, memperbaiki ibadah kita kepada Allah, membaca Al-Quran dan sebagainya hanya kerana hadiah yang paling hebat iaitu HIDAYAH belum diberikan oleh Allah SWT.. Sedangkan Sham bilamana Allah campakkan HIDAYAH dalam hatinya terus menjadi pencinta ilmu dan berjemaah di masjid.. Mungkin kita boleh renungkan sejenak kisah ini dan sebagai makhluk Allah yang kerdil kita harus berterusan memohon agar Allah memberikan taufik dan hidayah kepada kita agar kita terus diberikan ilmu yang baik, guru2 yang baik, dekat dengan org2 yg soleh dan solehah dalam menempuh jalan yg penuh ranjau ini menuju ke syurga...

Kisah Wardina akan saya sambung nanti...

1 comment:

  1. babe, kawan aku made a comment dalam fb, tak perlu hidayah, kalau percaya Allah dan rasulullah, kita akan ikut suruhan Allah dan rasul. pada pendapat aku, mcm mana nak percaya kalau hidayah takde. yes? no?

    ReplyDelete