Tuesday, October 4, 2011

Guru yang saya hormati...

Entry kali  ini saya copykan link rakaman IKIM tentang Kupasan Professional Mukmin oleh seorang guru yang sangat saya hormati walaupun tidak pernah berguru secara langsung hanya melalui penulisan dan mendengar di TV dan radio.. semoga Allah SWT melimpahkan rahmat yang luas buat beliau dan semoga ilmu yang saya dapati daripada beliau dapat memberikan kebaikan yang banyak buat diri saya dan keluarga serta semua pembaca blog ini.. Selamat mendengar dan beroleh ilmu.. Insya-ALLAH banyak ilmu yang bakal anda dapati.. bak kata yang berbahagia Ustaz beza umat Islam di zaman Rasululullah SAW, para sahabat dan beberapa tahun selepasnya berbanding hari ini ialah mereka punya kekuatan dalaman hasil tarbiah dan didikan kerohanian tentang pergantungan kepada Allah SWT yang membawa kepada keazaman dan tindak tanduk yang hebat hingga mampu menakluk 2/3 dunia.. Umat Islam hari ini semakin jauh dari kefahaman Al-Quran dan Sunnah Rasulullah (punca kekuatan dalaman) kerana itu mereka tidak mampu jadi sehebat para sahabat.. Satu kata-kata motivasi yang hebat yang perlu kita fikir-fikir dan renung-renungkan...

Bukanlah Profesional Mukmin itu hanya seorang doktor, engineer dan segala macam pekerjaan yang lain tetapi ibu-bapa juga hatta seorang penjual nasi lemak, pemandu teksi serta tukang cuci juga merupakan seorang Mukmin Profesional .. Maka marilah kita sama2 merubah diri (daripada dalam) agar Allah SWT memberikan kekuatan kepada kita sepertimana umat Islam di zaman  dahulu...

Mukmin Pro di IKIM.fm Siri1

Dengarkan Perbincangan dan Kupasan Mukmim Profesional bersama Ust Pahrol Mohd Juoi pada setiap Isnin 5.15 petang di Radio IKIM.fm.
Rakaman IKIMfm siri 1-1:
Rakaman IKIMfm siri 1-2:
Rakaman IKIMfm siri 1-3:
Rakaman IKIMfm siri 1-4:


Mukmin Pro di IKIM.fm Siri 2


Rakaman IKIMfm siri 2-1:
Rakaman IKIMfm siri 2-2:
Rakaman IKIMfm siri 2-3:
Rakaman IKIMfm siri 2-4:
Dapatkan Buku Mukmin Profesional : 7 Langkah Memperkasa Diri.
Hubungi Ahmad: 019-378 3100.


Mukmin Pro di IKIM.fm Siri 3


Rakaman IKIMfm siri 3-1:
Rakaman IKIMfm siri 3-2:
Rakaman IKIMfm siri 3-3:
Rakaman IKIMfm siri 3-4:

2 comments:

  1. salam achik,
    along pon suka baca tulisan ust pahrol ni. mula kenal beliau melalui solusi. ni pon dh lama x luangkan masa membaca tulisan dia ni.

    ReplyDelete
  2. Betul Along,
    Guru yang sangat bijak dalam menyusun kata-kata dan penulisan.. Rasa tak puas membaca atau mendengar butiran hikmah beliau.. Syukur Alhamdulillah kerana memberikan guru sebaiknya pada kita.. Amiin

    ReplyDelete