Monday, October 31, 2011

Amalan 10 hari pertama Zulhijjah..

Saya kongsikan apa yang dishare oleh teacher Junaidah di FB. Selamat beramal di sepanjang 10 Zulhijjah ini.. Jika Ramadhan terkenal dengan 10 malam terakhir maka Zulhijjah pula terkenal dengan 10 hari pertamanya..Ramai  yang tidak  mengetahui.. Maka marilah kita sebar-sebarkan ilmu ini...
Antara nasihat lain yang ingin saya kongsikan ialah sesiapa yang telah berniat untuk melakukan korban maka sebaiknya sepanjang 10 hari pertama Zulhijjah ini janganlah kita memotong kuku atau rambut. Daging Qurban itu (pelbagai pendapat ulama') ada yang mengatakan boleh diberi makan pada orang kafir ada yang mengatakan tidak boleh.. Saya berpegang kepada tidak boleh diberi makan pada orang kafir (termasuk daging akikah) kecuali untuk tujuan menjinakkan hatinya kepada Islam.. Selamat berwukuf buat para jemaah haji moga mendapat Haji yang mabrur.. Maka kita yang tidak menunaikan haji ini marilah sama2 melakukan segala amalan yang baik seperti yang disenaraikan dibawah sepanjang 10 hari pertama Zulhijjah ini terutama bersolat malam, bermuhasabah  diri serta menjauhi segala sifat mazmumah, membaca Al-Quran dan berpuasa pada hari Wukuf.. (9 Zulhijjah) ..Selamat beramal !!!
Upon us now are the best ten days of the year:




...
Upon us now are the best ten days of the year. There are no other days more rewarded than these ten. They are the first ten days of the Islamic month Dhul-Hijjah. Unfortunately many of us do not know and let them fly by ...

If there was some great sale advertising ridiculously low prices you will find many of us there waiting on long lines just to get such great deals. Well we should all hurry to catch this great sale that Allah is advertising. “It’s all come all served!”

The Prophet (peace be upon him) said: “ No good deeds done on other days are superior to those done on these days.” His companions asked “ Not even Jihad in the way of Allah?” He said: “Not even jihad, except for the man who puts his life and wealth in danger and returns with neither.” (1)

Subhanallah, how merciful is our Lord. So what can we do? One could read Quran, read things to increase our Iman, help our Muslim neighbor, give charity (even a smile is charity), volunteer at our masjid, fast, dthikr (remembering Allah), etc…

The Prophet (peace be upon him) said: “There are no days more loved to Allah for you to worship Him therein than the ten days of Dhul-Hijja. Fasting any day during it is equivalent to fasting one year and to offer salatul Tahajud (late night prayer) during one of its nights is like performing the late night prayer on (Lilatulqadr) the night of power” (2)

So if we can why not at least try to fast one day during these days so we would have one year fasting on our bank records towards the purchase of the next life.


Ibn Abbas said that the ayah: “Remember Allah during the well known days,”(2:203) refers to the first ten days of Dhul-Hijja.We should say Allahuakbar (Allah is great), Alhamdulillah (all praises is due to Allah), Laillhaillallah (there is no deity but Allah), etc. This is what the Prophet (peace be upon him) told us to do during these days. That’s not too much to ask from us and it is only for our own benefit. On the ninth day it will be the day of Arafat. We should all try to fast this day because the Prophet (peace be upon him) said: “It is an expiation for the sins of the preceding year and the current year.” (3)

There for my dear brothers and sisters in Islam, please do not let these days go by without getting on line for this great bargain that Allah the most high is giving away to all that come. May Allah forgive us all and have mercy on us all.

References:
_________________
1- Reported by Muslim. Fiqh of Sunnah,Sayyid Sabiq, Dar el fateh, p.154
2- Reported by At-Tirmidhthi , Fiqh of Sunnah,Sayyid Sabiq, Dar el fateh,
p.154
3- Reported by Muslim,Riyad us saliheen,Dar us salaam,v2,p.959,h.#1250

Saturday, October 29, 2011

NILAI SEKEPING IJAZAH..


Nilai sekeping ijazah


۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Ada apa dengan sekeping ijazah ?

Setiap tahun ramai anak-anak muda sekitar usia awal dua puluhan di seluruh universiti tanahair akan melambung topi graduan mereka sebagai tanda gembira kerana lulus daripada universiti dan mendapat ijazah. Topi petak hitam yang ditiru dari budaya barat itu berasal dari pemakaian paderi di gereja Katolik Rom yang memakai biretta.

Namun itu bukanlah isunya yang hendak dibincangkan di sini tetapi amalan pengajian umat Islam yang berasaskan sijil itu yang sepatutnya menjadi persoalan.

Ramai ibubapa akan menangis dan tersedu-sedan dengan kejayaan anak-anak mereka merangkul sekeping kertas dan mereka pun berkata inilah waktu yang paling gembira dalam hidup mereka iaitu kerana mendapat kertas pengiktirafan daripada universiti yang terkemuka yang menyatakan bahawa anak mereka mulai dari saat ini telah bergelar graduan dan lulus sebagai pelajar dan layak mendapatkan pekerjaan.

Pelbagai bidang ditawarkan di universiti dengan harga bayaran tertentu lalu orang ramai pun boleh melanjutkan pelajaran dan kemudian diberikan sekeping kertas sebagai tanda pengesahan bahawa anda telah selesai belajar.

Nilai sebuah ijazah ialah hanya sekeping kertas

Tahukah anda apakah nilai sekeping ijazah ? Jawapannya ialah sekeping kertas. Tanpa ilmu, ijazah itu tidak akan membawa anda ke mana-mana dan tanpa ketaqwaan kepada Allah SWT maka ijazah itu pun tidak akan mampu membeli pertunjuk mahupun hidayah .

Nilai seseorang ditentukan oleh apa yang dilakukannya bukan kerana kertas atau disebabkan pengiktirafan dari mana-mana ulama’ terkenal.

Daripada Abu Hurairah ra yang berkata , telah bersabda rasulullah salallahualaihiwassalam yang bermaksud : “Barangsiapa yang mempelajari ilmu yang sepatutnya adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah tetapi dia sebaliknya mempelajarinya kerana untuk ganjaran dunia maka tidaklah dia dapat mencium bau syurga di hari kiamat. (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Hakim)

Benarkah kita mengaji dan belajar kerana Allah ? Jika benar maka sijil dan ijazah seharusnya tidak membawa makna apa-apa kerana apa yang penting ialah ilmu bukannya kertas.

Jadi benarkah anda meninggalkan pintu gerbang dengan gembira kerana telah selesai mengutip segala jenis ilmu dan pengetahuan ? Atau gembira meninggalkan tempat belajar kerana sekeping ijazah di tangan ?

Firman Allah SWT : “dan janganlah kamu terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (Al-Hadid : 23)

Fikir-fikirkan !


copy and paste dr sini : http://ustaz.blogspot.com/2011/10/ada-apa-dengan-sekeping-ijazah.html

Friday, October 28, 2011

Rindunya pada Tanah Haram...

Tahun ini ramai rakan-rakan saya terpilih menjadi tetamu Allah... Subhanallah.. Alhamdulillah.. yang pasti Fezzy dan suami (Adi), menurut Nora Lin dan suami (Steng) serta Shiroh (mungkin bersama suami juga)... Sahabat seperjuangan di Metrik 1 USM Sek Men Sains Syed Putra (Nik Ahmad Saifuddin atau Dr. Nik Ahmad) juga berada di sana sebagai petugas... Betapa bila mengingatkan mendatangkan rindu pada kedua-dua rumah Allah serta Kaabah dan Raudhah serta makam Rasulullah SAW yang bertalu-talu..

Saya yang sudah agak lama meninggalkan Majalah ANIS dek kesibukan melayan buku-buku yang lain tiba-tiba seperti didorong untuk membelinya pada bulan ini...Suatu masa dahulu, ANISlah  peneman setia saya ketika menaiki LRT ke tempat kerja di PJ yang mengambil masa hampir 40 minit... Allahlah yang mendorong saya untuk membelinya... Antara yang membuatkan mata saya terpaku adalah pada tulisan Prof Kamil bahawa beliau kini sudah berpindah ke Madinah sebagai pensyarah  di sana... Subhanallah... Dalam hidup ini saya sangat mengimpikan untuk berada di Mekah atau di Madinah dan dapat sentiasa berada dekat dengan kedua-dua masjid kesayangan Allah SWT...

Saya senang membaca blog Prof Kamil dan isteri yang santai dan penuh dengan nasihat berguna.. Kedua2 buku prof Kamil juga telah khatam dibaca (Travelog Haji dan 50 Tips haji)..

Teringat saya ketika berkursus haji dahulu.. "Semua masjid adalah cawangan kepada Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, jika kita ingin terus bersolat 5 waktu di sana kenapa bila berada di Malaysia tidak istiqamah kepada semua cawangan masjid ini untuk solat fardhu..", begitulah kata Ustaz yang mengajar..

Memang tersangat benarnya, masjid di tempat kita hanya diraikan ketika musim Ramadhan utk berjemaah solat SUNAT tarawikh, tapi bila tiba waktu solat yang WAJIB, hanya beberapa saf sahaja yang ada..


Hari ini saya dinasihatkan oleh kakak ipar saya untuk mendaftarkan kesemua anak2 untuk menunaikan haji kerana katanya setelah mendaftarkan keempat2 orang anaknya, si bongsu yang baru berusia 5 tahun Insya-ALLAH berada pada kuota di mana bakal menjadi tetamu Allah di usia 35 tahun.. 30 tahun lagi.... Masya-ALLAH..Satu nasihat yang baik.. Akan saya laksanakan. Beberapa tahun dahulu saya telah mendaftar kembali dan kuotanya pada 2023 nanti... Lebih baik lagi kalau kami sekeluarga dapat menjadi tetamuNya.... Insya-ALLAH.. Allah yang Berkuasa dan Maha Pengatur segala-galanya.. Semoga kita dipanjangkan umur dalam keberkatan dan mencari redhaNya...

Friday, October 21, 2011

SIAPA KITA BERGANTUNG KEPADA....

Saya kongsikan di  sini tulisan Ustaz Pahrol  Juoi  yang menjelaskan dengan mendalam tentang

Kita adalah apa yang  kita tonton...

Kita  adalah apa yang kita baca...

Akhlak kita tergantung kepada siapa sahabat kita...

Semoga kita semua diberikan kekuatan untuk tetap memilih rancangan dan bahan bacaan yang mendidik jiwa buat diri dan keluarga... Jika kita tidak memberikan sokongan kepada rancangan dan bahan bacaan yang murah ini sudah pasti tidak ada sesiapapun yang akan menghasilkannya... Semoga kita kembali memartabatkan Al-Quran dan Sunnah...

 

TUHAN ATAU HANTU?

09 Okt
Tiga unsur ini – pertama seks, kedua misteri (tahyul), ketiga gossip – jika dimasukkan ke dalam  filem, akhbar, buku atau apa sahaja media massa akan menjadi faktor pelaris. Justeru, demi mendapat keuntungan material, tiga unsur itulah yang sedang dieksploitasi dan dimanupulasi semaksimumnya dalam masyarakat pengguna.
Berbincang tentang buruk baik filem hantu dan seram (yang menjadi isu ketika ini), tidak akan menyelesaikan masalah tanpa merujuk kepada satu titik kebenaran. Apakah titik kebenaran itu? Ya, kita semua mesti akur bahawa Allah lebih mengetahui apa yang baik untuk manusia berbanding manusia itu sendiri. Bukan itu sahaja malah Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang dalam apa jua ketentuanNya buat manusia samada takdirNya, hukum-hakamNya, ujianNya dan lain-lain.  
Jika hakikat itu ditolak… tidak akan ada titik pertemuan kerana akal dan hati manusia akan terus berbeza antara satu sama lain. Individu ini dengan logik dan rasionalnya, individu itu dengan hujjah dan pandangannya. Masing-masing ada ‘ego’nya. Mengapa tidak merujuk dan tunduk kepada Allah? Bukankah Islam itu cara hidup yang syumul?   
Saya yang kerdil ini ingin turut menyumbang bagi menjernihkan keadaan setakat yang terdaya. Sekadar ingin membuka ufuk fikiran termalah dua hasil tulisan saya yang ada kaitannya dengan isu filem hantu, seram dan berunsur seks sekarang. Dua tulisan ini telah saya terbitkan dalam buku BILA BEDUK DIKETUK...
Tulisan 1: TUHAN ATAU HANTU?
Secara sinis seorang sahabat berkata, “tidak ada hantu yang berkeliaran pada malam Jumaat.”
“Malam Jumaat, malam yang berkat. Esoknya, penghulu segala hari raya. Hari raya mingguan untuk umat Islam. Mungkin itu sebabnya,” balas saya.
“Bukan itu yang aku maksudkan,” katanya.
Saya senyum sambil bertanya kembali, “kenapa tiba-tiba kau bercakap tentang hantu?” tanya saya kembali.
Dia diam sebentar. Kemudian menyambung,  “semua hantu dah masuk dalam TV. Macam-macam hantu telah dimunculkan semula. Pemikiran orang kita kembali ke belakang,” ujarnya.
Saya senyum dengan sindirannya. Teringat kata guru penulisan saya, “ada tiga unsur yang menjadi bahan pelaris dalam media yang dikuasai oleh orang Melayu – seks, mistik atau misteri dan gosip. Benar, media cetak dan elektronik yang ada ketiga-tiga unsur ini akan mendapat sambutan.
“Aku bimbang, pemikiran anak-anak kita akan diracuni. Bukankah siapa kita lima tahun akan datang ditentukan dengan siapa kita bergaul dan oleh apa yang sering kita baca, tonton dan dengar? Kalau cerita-cerita hantu ini yang kerap mereka tonton dan baca, fikiran bawah sedar anak-anak kita akan terkebelakang!”
Saya diam. Memang ada kebenaran kata-katanya itu. Budak-budak sekarang jadi penakut tidak bertempat, hendak ke bilik air, hendak tidur, hendak bersendirian semua penakut. Apa tidaknya cerita-cerita hantu sarat dengan adegan hantu muncul tiba-tiba dari bawah katil,  dari sebalik pintu dan sebagainya.
“Aku bimbang melihat peranan ahli agama dan ayat-ayat Quran yang disalah tafsirkan dalam cerita-cerita hantu ini…” tambah saya untuk menyuburkan percambahan fikiran.
“Ada yang berhujah, tengok dalam cerita hantu ini kami memartabatkan ahli agama dan ayat-ayat Quran. Bila ahli agama datang dengan serban dan kopiah serta membaca ayat-ayat Quran, hantu akan cabut lari, terbakar, ghaib dan sebagainya. Apa pandangan kau tentang ini?”
“Al Quran ditujukan untuk difahami, dihayati dan diamalkan oleh manusia. Itu fungsi utamanya. Jika manusia tidak menghayati al Quran, manusia akan jadi hantu yang lebih ganas dan dahsyat!”
“Maksud kau?”
“Akibat meminggirkan Al Quran lahirlah hantu-hantu di kalangan manusia yang menjadi pembuang bayi, mat rempit, peragut, perogol, penagih dadah, perasuah, penjenayah, ahli politik yang putar belit, wanita yang mendedahkan aurat dan penggiat budaya hedonisme di kalangan orang Islam sendiri. Inilah hantu yang lebih dahsyat daripada polong, puntianak, penanggalan, pocong yang digembar-gemburkan itu.”
Saya teringat lagi pesan imam kampung saya dulu, katanya,” hantu ini ada dua, satu hantu di kalangan jin, dan satu lagi hantu di kalangan manusia. Hantu di kalangan jin lebih mudah dihadapi, baca ayat Quran dia akan lari. Tetapi hantu di kalangan manusia ni tak lari kalau dibacakan ayat Quran… “
“Betul kata kau. Ustaz-ustaz atau lebai-lebai dalam cerita hantu datang pada saat-saat akhir dengan kuasa  magisnya. Mereka baca ayat Quran yang lebih mirip mantera atau jampi dan hantu pun cabut lari!”
“Pada hal peranan ahli agama dan ayat-ayat Quran bukan sekadar sebagai penghalau hantu tetapi pendidik, pendakwah sekali gus profesional yang menegakkan ayat-ayat Quran dalam sistem hidup manusia secara keseluruhan. Kalau dulu ahli agama dijemput di permulaan majlis untuk membaca doa, kemudian majlis pun berjalan dengan pelbagai agenda yang membelakangkan syariat… Kini ahli agama digambarkan pula sebagai penghalau hantu yang datang di hujung cerita yang tidak memaparkan pun Islam sebagai cara hidup!”
“Islam mesti dimartabatkan sebagai cara hidup dalam keluarga. Itulah penghalau hantu yang paling “mujarab”. Jika sebuah keluarga menjaga solat, menjauhi riba dan rasuah, menutup aurat, mengelakkan diri daripada pergaulan bebas, rajin berusaha insya-Allah mereka tidak akan jadi hantu…”
“Dan hantu-hantu di kalangan jin pun akan takut kepada diri dan keluarga itu betul tak?” tambah teman saya itu.
“Kalau kita tidak jadi hantu, hantu akan takut kepada kita. Orang yang takutkan Allah, makhluk lain akan takutkannya!”
“Jadi cara menghalau hantu?”
“Jangan jadi hantu!”
Kami sama-sama tersenyum.
“Nilai-nilai Islam sentiasa menjadi tempelan. Ayat Quran kekadang dijadikan tema awal atau muncul di akhir cerita hanya untuk menghalalkan cerita yang sarat dengan nilai syirik dan mistik. Jika tidak ada asas agama yang kukuh, tidak mustahil kuasa hantu yang menjadi fokus utama dalam cerita itu akan menenggelamkan kuasa agama yang dipaparkan di penutup cerita. Penonton akan lebih takutkan hantu berbanding keyakinan kepada kekuatan agama dan roh Al Quran,” jawab saya.
“Aku bimbang, ayat-ayat Al Quran sudah tidak dijadikan lagi bahan untuk mendidik hati manusia. Lambat-laun ia akan hanya menjadi azimat, tangkal yang digantung di palang pintu untuk menghalau hantu. Atau ia hanya akan jadi bahan mantera atau jampi serapah ahli-ahli agama yang berimej dukun atau bomoh semata-mata.”
“Nanti orang menuduh kau tidak percaya yang ghaib…”
“Yang ghaib itu ada. Syaitan dan jin ada. Ada hikmahnya Allah ciptakan mereka ghaib dan tidak boleh kelihatan. Dan bila Allah ciptakan begitu, itu sesungguhnya lebih baik untuk manusia. Tidak payahlah susah-susah kita jadi “seekers” untuk berjumpa dengan mereka. Tumpukan sahaja tugas kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Musuh yang kita tidak nampak ini pun akan gentar dengan kekhalifahan kita!”
“Kau nak nafikan juga ada ulama-ulama yang pakar dalam menghadapi jin dan umat memerlukan mereka?”
“Aku tidak katakan begitu. Rasulullah saw sendiri telah berdakwah kepada golongan jin. Dan ramai ulama-ulama yang hebat yang mampu melihat jin dengan mata hati mereka. Dan bila ada masyarakat yang diganggu jin, mereka muncul untuk membantu. Tetapi itu hanya tugas sampingan..”
“Tugas sampingan? Apa maksud kau?”
“Tugas utama mereka berdakwah dan mendidik masyarakat. Mereka murabi bukan bomoh atau dukun. Cuma dalam tigas mendidik, kepakaran menghadapi jin kekadang diperlukan. Rasulullah saw juga begitu. Sejarah perjuangannya dipenuhi dengan kesabaran, keberanian dan iltizam mendidik manusia. Puluhan tahun, dari era Makkah menuju era Madinah…”
“Daripada berdakwah, mentarbiah, bersiasah hinggalah memerintah negara. Rasulullah saw lebih banyak menghadapi manusia.  Sekali-skala sahaja baginda menghadapi kerenah jin. Kenapa agaknya ya?” giliran saya pula meminta pandangan balasnya.
“Sebab Rasulullah tahu jika manusia mengikut perintah Allah dan menegakkan cara hidup Islam dalam kehidupan mereka, jin tidak akan mengacau. Bahkan jin pun akan tunduk akur dan boleh menjadi hamba Allah yang soleh. Tetapi bila manusia jahat, menjadi hamba kepada hawa nafsunya, jin yang jahat akan mengganggu mereka.”
“Agak-agak kau mana lebih ramai, bayi yang dibuang oleh manusia yang tidak bertanggung jawab berbanding atau yang dilarikan puntianak? Berapa ramai remaja yang mati dan hilang anggota akibat merempit berbanding yang dicekik oleh hantu penanggal? Dan betapa dahsyatnya bahana yang menimpa hidup kita akibat makan rasuah dan riba berbanding termakan santau?”
Dia senyum.
“Ahli agama jangan muncul di hujung cerita dalam kehidupan sebenar manusia. Muncullah di awal, di tengah dan di hujung serta pada bila-bila masa sahaja. Jadilah pendakwah yang mengubat punca masalah. Bukan dukun atau bomoh yang hanya datang bila dijemput. Al Quran itu medium tarbiah bukan jampi serapah. Sedarlah bahawa bahaya hantu yang muncul di kalangan manusia sendiri lebih buruk dan meluas kesannya daripada hantu di kalangan jin.”
“Ayat Al Quran mesti dibaca oleh semua manusia untuk mengatur semua agenda hidupnya. Bukan dibaca oleh orang-orang tertentu hanya untuk menghalau hantu!”
“Dan pada malam Jumaat, jangan asyik terpaku di hadapan TV dengan pelbagai versi hantu yang dikutip semula daripada “mesin pemikiran kitar semula” yang dangkal dan rakus. Tetapi isilah program malam yang berakah itu dengan program membaca Al Quran, tahlil Yasin, qiamullail dan lain-lain aktiviti yang berfaedah.”
“Tidak salah untuk menonton TV, jika programnya memberi manfaat. Jika ada drama atau cerita yang mendidik jiwa apa salahnya?”
Saya terdiam. Ya, kita masih kekurangan penggiat seni yang berkarya atas apa yang diyakini, dialami dan dirasakannya. Hanya dengan itu hasil karyanya akan benar-benar mendidik jiwa. Penggiat seni yang mampu menghalau “hantu” dalam hati manusia bukan mereka yang dihantui oleh nilai-nilai komersial dan dunia “glamour” semata-mata.
“Apa yang mampu kita lakukan hanyalah percubaan mengetuk minda Melayu…”kata teman saya.
“Mengetuk bukan mengutuk… Dan kita mesti berusaha untuk menjadi bahu bukan hanya telinga dan mata pada masalah ini.”
Dan sahabat saya yang menjadi penulis skrip itu kini sedang menyiapkan karyanya berjudul: Hantu dalam hati manusia!
Tulisan : DIALOG DENGAN SENIMAN
“Jika halaman rumah kita dibiarkan begitu sahaja, akan tumbuh keledek atau lalang?” tanya saya kepada lelaki yang bergelar seniman itu.
“Pastinya lalang,” jawabnya, “kenapa?”
“Itulah perumpaannya hati manusia…”
“Maksud awak?”
“Mudah jadi jahat berbanding jadi baik.”
“Apa kena mengenanya dengan perbincangan kita ini?” tanyanya kehairanan.
Itulah antara dialog saya dengan seorang seniman sewaktu kami sama-sama hadir dalam satu muzakarah tertutup baru-baru ini. Muzakarah itu bertujuan mencari jalan terbaik bagaimana menangani masalah remaja masa kini melalui pendidikan dalam media massa.
“Begini, filem-filem kita sepatutnya memberi input yang lebih bagaimana nak jadi baik berbanding bagaimana nak jadi jahat…”
“Sekarang tidak?”
Saya mengangguk dan berkata“saya lihat adegan seorang jadi jahat lebih ditonjolkan bagaimana nak dia nak jadi baik.”
Saya terbayang filem-filem kita yang begitu stereotaip sifatnya. Bila ada masalah seks bebas, maka berlambak filem-filem bercorak itu di pasaran. Kemudian datang lumba haram, driff dan sebagainya. Kononnya untuk membantu menangani masalah-masalah tersebut. Sayangnya, hal sebaliknya pula berlaku. Filem-filem itu seperti memberi publisiti dan menggalakkan lagi gejala negatif itu.
“Kita perlu nilai komersial. Kalau khutbah orang tak tengok!” ujarnya tajam.
“Yang baik, khutbah? Yang jahat, ada nilai komersial?” balas saya.
Dia menjeling. Jelas tidak senang dengan “asakan” saya.
“Betullah kata saya. Kalau nak berkhutbah bukan dalam filem,” asaknya lagi.
“Penggiat filem perlu kreatif menyampaikan mesej yang baik melalui pendekatan yang menarik. Saya setuju dengan awak, jangan berkhutbah dalam filem. Masalahnya…”
“Masalahnya apa?”
“Masalahnya penggiat filem hanya kreatif dalam memaparkan bagaimana orang jadi jahat. Bila nak paparkan bagaimana orang jadi baik, mereka mula berkhutbah!”
Saya memulangkan paku buah keras kembali kepadanya.
Saya mengikuti filem-filem Melayu dari jauh. Begitu juga dengan drama-dramanya. Bagaimana elemen hantu, bohsia, bohjan, sumbang mahram, mat rempit dan lain-lain diadun untuk “makanan” minda dan jiwa orang-orang Melayu. Idea-idea yang sudah dicampakkan ke “Recycle Bin” pun sering dikitar semula untuk dinobatkan sebagai hasil seni. Usahkan di sudut autentik dan saintifiknya, nilai estetiknya pun kekadang lintang pukang.
Jalan pulang watak jahat menjadi baik kerap dipaparkan secara pra-matang dengan menafikan unsur sebab dan akibat secara logik dan netral.
“Kekadang secara tak sedar filem mengajar bagaimana orang jadi jahat, bukan sebaliknya!” tusuk saya lagi.
“Kenapa? Itu bukan maksud kami?”
“Adegan yang negatif dipaparkan begitu terperinci. “Reverse psicology” berlaku tanpa disedari. Nikmat jadi jahat kelihatan lebih menggoda berbanding tarikan menjadi baik.”
“Sekali lagi saya tekankan, penonton suka pergolakan. Mereka nak lihat pergolakan. Kalau cerita tenang sahaja mana laku?”
“Kalau begitu usah bercakap tentang akhlak dan moral. Beri sahaja apa yang masyarakat mahu. Penggiat filem jadi peniaga bukan pendidik. Tidak payah bermuzakarah sampai begini…” balas saya sinis.
“Kita hendak juga jalankan tanggung jawab sosial…” katanya perlahan.
“Selepas meraih keuntungan komersial?”
Itulah manusia. Tekadnya tidak bulat untuk Allah. Hakikatnya dunia pasaran adalah “Tuhan” baru sembahan manusia yang sudah ketandusan nilai Islam dalam dirinya.

Saturday, October 15, 2011

Lirik lagu "Andai Rasulullah Masih Bersama Kita.."

Wahai Tuhan kami, kami telah lalai lupa, namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan keampunanMu...
Dan sifat pemurahMu, dan kebebasan dari nerakaMu..
Dan juga syurga bersama penghulu seluruh manusia...

kami mohon padaMu....Sangat bermohon padaMu dari sudut hati kami yang paling dalam..

Kalaulah KekasihMu masih berada bersama-sama kami..
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah dengan haruman Baginda sebelum hilangnya
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan kekasihMu..
Berada berhampiran Baginda jiwa turut menjadi harum..
Dan apa jua yang kalian doakan pada Allah akan diperkenankan..

Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna..
Sempatkanlah kami bertemu Baginda, wahai Tuhan yang memperkenankan doa hamba..

Hidayahmu kepada alam merata meluas

Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan Pemberi Hidayah
Hadith-hadithmu ibarat sungai  mengalir jernih..
Berada disisimu ibarat dahan yang tumbuh segar dan basah..
Kutebus diriku dengan  dirimu , wahai kekasihku..

Nabi Muhammad yang mulia, yang asing
Berada berhampiranmu jiwa menjadi harum
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih Tuhan kepada seluruh alam..

wahai kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang  dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu

wahai kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang  dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu

Sunday, October 9, 2011

Law Ka Na Bainana (Andai Rasulullah SAW Masih Bersama Kita...)

Saya pernah menulis tentang Rancangan yang hebat ini dalam salah satu daripada entry saya  yang lalu... Saya ingin mengajak para pembaca blog ini untuk sama-sama menonton Rancangan ini pada setiap hari AHAD di TV Al-Hijrah pada pukul 9 malam... Berikut adalah antara apa yang diperkatakan oleh  hos rancangan ini...

Di mana Rasulullah SAW dalam  cita-cita kita?

Di mana Rasulullah SAW dalam doa kita?...

Di manakah ranking Rasulullah SAW dalam memberikan kasih dan cinta kita..? Apa yang diperkatakan sangat menyentuh hati saya, suami dan anak2 yang senantiasa alpa.. Moga ianya memberikan kebaikan buat anda juga...



Di bawah ini pula adalah sedutan bagaimana seorang hamba Allah yang tidak sempurna mampu melakukan istiqamah dalam mengikuti sunnah Nabi (bersugi) setiap kali mengambil wuduk dan melakukan wuduk dengan  sempurna.. Subhanallah.. Semoga kita juga senantiasa istiqamah dengan setiap sunnah Rasulullah SAW yang kita ketahui sebagai tanda kasih, cinta dan rindunya kita untuk bersama-sama Baginda di syurga kelak.... Insya-ALLAH



Inilah antara kisah dalam rancangan Law Ka Na Bainana yang menyebabkan saya mengalirkan air mata bila mengingatkan betapa kerdilnya saya berbanding Muslimah ini yang punya jiwa Srikandi sehebat para sahabiah suatu masa dahulu...


Saya sebenarnya inginberkongsi lirik lagu Law Ka Na Bainana tetapi tidak berkesempatan.. Insya-ALLAH di lain masa... Semoga entry hari ini mampu memberikan perubahan ke arah menjadi hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW yang lebih baik... Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah Rahmat bagi Seluruh Alam...

Tuesday, October 4, 2011

Guru yang saya hormati...

Entry kali  ini saya copykan link rakaman IKIM tentang Kupasan Professional Mukmin oleh seorang guru yang sangat saya hormati walaupun tidak pernah berguru secara langsung hanya melalui penulisan dan mendengar di TV dan radio.. semoga Allah SWT melimpahkan rahmat yang luas buat beliau dan semoga ilmu yang saya dapati daripada beliau dapat memberikan kebaikan yang banyak buat diri saya dan keluarga serta semua pembaca blog ini.. Selamat mendengar dan beroleh ilmu.. Insya-ALLAH banyak ilmu yang bakal anda dapati.. bak kata yang berbahagia Ustaz beza umat Islam di zaman Rasululullah SAW, para sahabat dan beberapa tahun selepasnya berbanding hari ini ialah mereka punya kekuatan dalaman hasil tarbiah dan didikan kerohanian tentang pergantungan kepada Allah SWT yang membawa kepada keazaman dan tindak tanduk yang hebat hingga mampu menakluk 2/3 dunia.. Umat Islam hari ini semakin jauh dari kefahaman Al-Quran dan Sunnah Rasulullah (punca kekuatan dalaman) kerana itu mereka tidak mampu jadi sehebat para sahabat.. Satu kata-kata motivasi yang hebat yang perlu kita fikir-fikir dan renung-renungkan...

Bukanlah Profesional Mukmin itu hanya seorang doktor, engineer dan segala macam pekerjaan yang lain tetapi ibu-bapa juga hatta seorang penjual nasi lemak, pemandu teksi serta tukang cuci juga merupakan seorang Mukmin Profesional .. Maka marilah kita sama2 merubah diri (daripada dalam) agar Allah SWT memberikan kekuatan kepada kita sepertimana umat Islam di zaman  dahulu...

Mukmin Pro di IKIM.fm Siri1

Dengarkan Perbincangan dan Kupasan Mukmim Profesional bersama Ust Pahrol Mohd Juoi pada setiap Isnin 5.15 petang di Radio IKIM.fm.
Rakaman IKIMfm siri 1-1:
Rakaman IKIMfm siri 1-2:
Rakaman IKIMfm siri 1-3:
Rakaman IKIMfm siri 1-4:


Mukmin Pro di IKIM.fm Siri 2


Rakaman IKIMfm siri 2-1:
Rakaman IKIMfm siri 2-2:
Rakaman IKIMfm siri 2-3:
Rakaman IKIMfm siri 2-4:
Dapatkan Buku Mukmin Profesional : 7 Langkah Memperkasa Diri.
Hubungi Ahmad: 019-378 3100.


Mukmin Pro di IKIM.fm Siri 3


Rakaman IKIMfm siri 3-1:
Rakaman IKIMfm siri 3-2:
Rakaman IKIMfm siri 3-3:
Rakaman IKIMfm siri 3-4: