Friday, October 28, 2011

Rindunya pada Tanah Haram...

Tahun ini ramai rakan-rakan saya terpilih menjadi tetamu Allah... Subhanallah.. Alhamdulillah.. yang pasti Fezzy dan suami (Adi), menurut Nora Lin dan suami (Steng) serta Shiroh (mungkin bersama suami juga)... Sahabat seperjuangan di Metrik 1 USM Sek Men Sains Syed Putra (Nik Ahmad Saifuddin atau Dr. Nik Ahmad) juga berada di sana sebagai petugas... Betapa bila mengingatkan mendatangkan rindu pada kedua-dua rumah Allah serta Kaabah dan Raudhah serta makam Rasulullah SAW yang bertalu-talu..

Saya yang sudah agak lama meninggalkan Majalah ANIS dek kesibukan melayan buku-buku yang lain tiba-tiba seperti didorong untuk membelinya pada bulan ini...Suatu masa dahulu, ANISlah  peneman setia saya ketika menaiki LRT ke tempat kerja di PJ yang mengambil masa hampir 40 minit... Allahlah yang mendorong saya untuk membelinya... Antara yang membuatkan mata saya terpaku adalah pada tulisan Prof Kamil bahawa beliau kini sudah berpindah ke Madinah sebagai pensyarah  di sana... Subhanallah... Dalam hidup ini saya sangat mengimpikan untuk berada di Mekah atau di Madinah dan dapat sentiasa berada dekat dengan kedua-dua masjid kesayangan Allah SWT...

Saya senang membaca blog Prof Kamil dan isteri yang santai dan penuh dengan nasihat berguna.. Kedua2 buku prof Kamil juga telah khatam dibaca (Travelog Haji dan 50 Tips haji)..

Teringat saya ketika berkursus haji dahulu.. "Semua masjid adalah cawangan kepada Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, jika kita ingin terus bersolat 5 waktu di sana kenapa bila berada di Malaysia tidak istiqamah kepada semua cawangan masjid ini untuk solat fardhu..", begitulah kata Ustaz yang mengajar..

Memang tersangat benarnya, masjid di tempat kita hanya diraikan ketika musim Ramadhan utk berjemaah solat SUNAT tarawikh, tapi bila tiba waktu solat yang WAJIB, hanya beberapa saf sahaja yang ada..


Hari ini saya dinasihatkan oleh kakak ipar saya untuk mendaftarkan kesemua anak2 untuk menunaikan haji kerana katanya setelah mendaftarkan keempat2 orang anaknya, si bongsu yang baru berusia 5 tahun Insya-ALLAH berada pada kuota di mana bakal menjadi tetamu Allah di usia 35 tahun.. 30 tahun lagi.... Masya-ALLAH..Satu nasihat yang baik.. Akan saya laksanakan. Beberapa tahun dahulu saya telah mendaftar kembali dan kuotanya pada 2023 nanti... Lebih baik lagi kalau kami sekeluarga dapat menjadi tetamuNya.... Insya-ALLAH.. Allah yang Berkuasa dan Maha Pengatur segala-galanya.. Semoga kita dipanjangkan umur dalam keberkatan dan mencari redhaNya...

No comments:

Post a Comment