Di mana Rasulullah SAW dalam cita-cita kita?
Di mana Rasulullah SAW dalam doa kita?...
Di manakah ranking Rasulullah SAW dalam memberikan kasih dan cinta kita..? Apa yang diperkatakan sangat menyentuh hati saya, suami dan anak2 yang senantiasa alpa.. Moga ianya memberikan kebaikan buat anda juga...
Di bawah ini pula adalah sedutan bagaimana seorang hamba Allah yang tidak sempurna mampu melakukan istiqamah dalam mengikuti sunnah Nabi (bersugi) setiap kali mengambil wuduk dan melakukan wuduk dengan sempurna.. Subhanallah.. Semoga kita juga senantiasa istiqamah dengan setiap sunnah Rasulullah SAW yang kita ketahui sebagai tanda kasih, cinta dan rindunya kita untuk bersama-sama Baginda di syurga kelak.... Insya-ALLAH
Inilah antara kisah dalam rancangan Law Ka Na Bainana yang menyebabkan saya mengalirkan air mata bila mengingatkan betapa kerdilnya saya berbanding Muslimah ini yang punya jiwa Srikandi sehebat para sahabiah suatu masa dahulu...
Saya sebenarnya inginberkongsi lirik lagu Law Ka Na Bainana tetapi tidak berkesempatan.. Insya-ALLAH di lain masa... Semoga entry hari ini mampu memberikan perubahan ke arah menjadi hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW yang lebih baik... Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah Rahmat bagi Seluruh Alam...
No comments:
Post a Comment