Wednesday, December 21, 2011

PROFESIONAL MUKMIN: Program Ibu Bapa Cemerlang...Part 2

VISI & MISI KELUARGA..

Apakah yang kita fahami tentang Visi? Visi = Future State Desired iaitu apa yang kita kehendaki di masa hadapan...

Apakah yg kita fahami sebagai Misi? Misi = Reason For Existence iaitu sebab wujudnya kita di dunia...

Dan berapa ramaikah daripada kita (para ibu-bapa) memahami akan visi dan misi kita sebagai ibu-bapa??

Kita mulakan dengan memahami MISI kita dengan memahami takah hidup insan... yg punya 5 peringkat..

PERINGKAT 1: Alam ROH - Dalam alam roh semua roh (tak kira yg Islam dan bukan Islam) memang rasa bertuhan...

PERINGKAT 2: Alam RAHIM (9 bulan 10 hari) - Di alam ini kita ditempatkan bersebelahan dgn tempat najis maka layakkah kita untuk menderhaka kpd Allah SWT...

PERINGKAT 3: Alam DUNIA - Merupakan Dewan peperiksaan bagi semua manusia yg tidak henti2 perlu menjawab soalan daripada Allah.. Kerja setiap kita hanya menjawab soalan daripada Allah SWT sepanjang kehidupan kitadi dunia ini..
1-Sebagai ibu bapa kita perlu menjawab soalan bagaimanakah kita dapat menjadi ibu-bapa yg baik..
2-Sebagai anak dan pelajar atau pekerja kita perlu  menjawab soalan bagaimanakah kita dapat menjadi anak yg soleh/solehah, pelajar yg terbaik dari segi akidah dan pencapaian, amanahkah kita sebagai pekerja...
3-Sebagai suami-isteri serta jiran tetangga... Sudahkah kita tunaikan segalanya secara yg paling baik?
4-Sebagai sahabat, daie dan sebagainya...

Dan Allah hanya mahu melihat SEBAIK-BAIK JAWAPAN DARIPADA KITA.....

PERINGKAT 4: Alam Barzakh -Ketika di alam ini orang yg baik akan memperolehi Taman-taman syurga manakala org yang jahat akan memperolehi lubang-lubang daripada neraka.. Dan harus kita fahami bahawa azab di kubur tidak sama dengan azab di Mahsyar yang juga berbeza daripada azab neraka... alam barzakh umpama seorang pesalah yg dimasukkan kedlm lokap --> alam mahsyar umpama Mahkamah dan ----> alam neraka umpama hukuman dan hukuman Allah jauh lebih azab daripada hukuman manusia..

Maka berbaloikah jika kita tidak mengetahui atau buat-buat tidak tahu  MISI  kita di atas dunia ini??

PERINGKAT 5: Alam Mahsyar -Alam yang hanya 2 PILIHAN - Syurga atau neraka...

Dalam banyak-banyak peringkat.. manakah peringkat yang paling penting buat kita??? Sudah pastilah PERINGKAT 3 tapi berapa ramai daripada kita tidak menyedarinya??

Kita tidak pernah menetapkan dan memahamkan Misi dan Visi kita sebagai ibu-bapa, suami-isteri juga buat anak2 kita....

Dalam hidup ini kita mungkin boleh menghafal visi dan misi yang ditetapkan ditempat kerja tapi tidak pernah memahami visi dan misi kita sebagai hamba Allah SWT..
Maka marilah kita sama memahami tentang hal ini... Kembali kita kepada VISI sebagai seorang Muslim berapa ramai daripada kita tahu kita harus punya visi jangka pendek (ketika di dunia) serta visi jangka panjang (di akhirat)???

Saya sendiri bila mendengar topik yg dihuraikan oleh Ustaz Nasib ini terkesima dan sgt2 bersyukur berpeluang utk menghayatinya...



VISI JANGKA PENDEK ketika di DUNIA:

* Untuk mencapai KESENANGAN hidup - Inilah yg ditumpukan oleh hampir kesemua kita...
a) Sahabat yg baik
b) Rumah yang besar dan selesa
c) Kereta yang hebat
d) Anak-anak yg taat dan tidak memberi masalah
e) Suami dan isteri yg kacak/cantik serta saling sayang-menyayangi
f) Jiran yg baik
g) Wang/Tanah/harta yang banyak
h) Kerja yg baik kerana itu bila ditanya pada pelajar2 Visi mereka terhenti setakat menjadi Doktor, jurutera dan sebagainya... dan pelbagai lagi..

* Namun ada satu lagi Visi jangka pendek  kita di dunia ini iaitu untuk mencapai KETENANGAN hidup.. kerana berapa ramai daripada kita mempunyai apa yg tersenarai di atas tetapi tidak TENANG dalam kehidupannya.... Inilah yg perlu kita fahamkan dalam diri, pasangan dan anak2

Manakala VISI JANGKA PANJANG ketika di akhirat yang sering kita lupa...Adalah dalam mencari/mendapatkan:-

a) REDHA ALLAH
b) SYURGA ALLAH (dalam Al-Quran sendiri hampir 2000 ayat mengisahkan tentang syurga sebagai satu berita gembira agar ia dijadikan Visi oleh semua manusia)...

Dan untuk Mencapai semua VISI ini haruslah ia diterjemahkan oleh MISI kerana jika tidak ia hanya akan menjadi sekadar mimpi... dan MIsi tersebut tidak lain adalah apa yang termaktub dalam Surah Az-Zariyat ayat 56 yang bermaksud..
"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU.."

Tuesday, December 20, 2011

Syeikh dari Madinah..dan daftar Haji..

Sebelum saya meneruskan perkongsian ilmu tentang program ibu-bapa cemerlang, baru-baru ni dalam IKIM ada seorang Syeikh daripada Madinah, 2 tahun dulu... kata-kata beliau ketika bulan Muharam juga telah menjadi titik tolak kepada perubahan dalam diri saya... Baru kali ini saya tahu nama beliau iaitu Syeikh Mahmoud.... Semoga kita dapat berterusan berpeluang mendengar kata-kata hikmahnya atau berguru dengan guru-guru yang baik kerana kata-kata yang keluar daripada pendakwah yang seikhlas itu mampu menyentuh hati dan membawa kita kepada perubahan yang lebih baik Insya-ALLAH ..

Antara beberapa ilmu yang sempat saya kutip adalah amalan berpegang teguh kepada Sunnah Rasulullah SAW...
Suatu waktu  dulu saya pernah mendengar kisah tentang tiadanya org yg sakit Di Madinah akibat berpegang teguh dengan Sunnah Rasulullah SAW... " Diriwayatkan bahawa suatu ketika ketika Rasulullah SAW berada di  Madinah seorang tabib/doktor datang ke Madinah dan tinggal di situ... Dalam masa 2  tahun di Madinah doktor tersebut langsung tidak menerima kunjungan  seorang pesakit pun dan dia merasa hairan dan bertanya kepada Rasulullah SAW.... jawab Rasulullah SAW ia adalah akibat amalan sunnah Baginda.."

Alangkah bagusnya jika kita dididik dengan Sunnah atau hadis Rasulullah SAW semenjak kecil... Tentang cara pemakanan, memotong kuku/rambut, puasa-puasa yang disunatkan dan segala aspek kehidupan... Antara yang disentuh oleh Syeikh Mahmoud tentang hari yg disunnahkan memotong/mencukur rambut.. Beliau pernah menegur seseorang bahawa tidak elok memotong/mencukur rambut pada hari rabu (sedangkan rambut/kuku disunnahkan Rasulullah SAW untuk dipotong hanya pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat).. maka orang tersebut berdegil dan tetap memotong rambut pada hari Rabu dan hari  ini org tersebut sakit antara hidup dan mati.... Betapa amalan memotong rambut yang disunnahkan langsung tidak diamalkan di negara kita...kerana pemotong2 rambut yang beragama Islam tidak terdidik dengan hadis2 Rasulullah SAW...

Antara lain yg disentuh beliau ialah tentang mencampur makanan laut dengan susu atau makanan daripada sumber susu yang boleh membawa penyakit... Terlalu banyak diamalkan dalam kehidupan hotel dan kenduri kendara kita.. Secara ringkas kita seharusnya makan hanya sejenis lauk beserta sayur tanpa sebarang makanan ataupun pencuci mulut daripada sumber susu...sebagai amalan pemakanan...

Ada satu ketika menurut Syeikh Mahmoud dia diajak ke rumah seorang wanita muda yang sedang sangat sakit dan dirawat doktor... Lalu apa yang dilakukan oleh Syeikh hanyalah berkata pada ibu wanita tersebut.. "Mak, mak.. ampunkanlah dosa-dosa anakmu, ini berlaku kerana suatu hari dulu kamu pernah menyumpah anakmu agar menjadi cacat betulkan?".. Dan ibu anak itu jatuh terjelepuk dan menangis semahu-mahunya...

Kata Syeikh ini semua amalan ahli Madinah... Seorang ibu sangat perlu menjaga tutur-kata mereka  terutama ketika sgt marah kpd anak2 kerana dikeliling kita terdapat malaikat-malaikat yang mengaminkan doa... Subhanallah.. Ia merupakan peringatan yang sangat bermakna buat saya pd tahun Hijrah ini... Syukur Alhamdulillah... kerana itu sangat ingin berkongsi ilmu ini di sini agar kita semua para ibu2 dan bapa2 terpelihara daripada melakukan sesuatu yang boleh membawa kemudaratan disebabkan kejahilan diri...

Pesan Syeikh Mahmoud lagi jika kita ingin bangun bertahajud pada waktu malam cukup sekadar membaca ayat terakhir surah Al-Qadr sebanyak 7x dan membayangkan pukul berapa kita ingin bangun pada pagi esoknya sebelum kita tidur.. Insya-ALLAH kita akan dikejutkan pada waktu tersebut...

Bagi yang mengalami migraine, bacalah Surah Al-Hasyr ayat 21 - 24 dan pegang kepala dengan tangan kanan pada sebelah malam...Mohon agar Allah sembuhkan..

Di sini juga ingin saya berkongsi ilmu yg sama  daripada Ustaz Yazid juga Syeikh Mahmoud tentang amalan membaca Surah Al-Hasyr ayat 21-24 ini selepas Solat Subuh dan Solat Maghrib di mana terdapat hadis sahih yang mengatakan bahawa sesiapa yang membacanya akan Allah SWT hantar 10 000 malaikat untuk menjaganya... Ditambah lagi oleh Ustaz Yazid Surah Al-An'aam ayat 1-3 setiap selepas Subuh dan maghrib juga...

Tidak puas sebenarnya mendengar hanya 1 jam di  radio IKIM.. Semoga Allah SWT sentiasa memberikan peluang untuk kita sentiasa mempelajari dan memperbaiki diri Insya-ALLAH melalui guru2 yang alim  seperti beliau.. Amiin

Sebelum saya berhenti di sini ingin saya kongsikan tentang seorang wanita yg menelefon Syeikh ketika Syeikh ke udara di radio IKIM iaitu tentang bagaimana utk mengelakkan sihir.. Jawab Syeikh jangan tinggalkan Solat Dhuha dan bangunlah bertahajud di dua pertiga malam kerana Allah SWT pada ketika itu akan turun ke langit dunia dan bertanya "Adakah sesiapa yang ingin meminta?", "Adakah sesiapa yang ingin meminta?"... Antara lain yang pernah saya dengar ketika tazkirah Ramadhan dulu ialah jika kita ingin menundukkan sesuatu yg  cuba mengganggu kita pergilah pada TUANnya.. contohnya anjing yg garang yg ingin mengejar kita, jika kita lari tanpa arah  tuju anjing itu sudah pasti akan mengejar kita, apa yg perlu kita lakukan ialah berjalan menuju kepada tuannya yg akan mengarahkan anjing itu agar tidak mengganggu kita... Begitu juga dgn hal sihir ini kita harus menghampiri tuan kepada punca sihir ini iaitu Allah SWT kerana hanya Dialah yang mampu menyelamatkan kita... Semoga perkongsian ini mampu memberi manfaat buat semua...

Oh ya... atas nasihat akak Fauzi maka saya telah mendaftarkan keempat-empat anak saya untuk menunaikan haji dan anda semua nak tahu bilakah jangkaan tarikhnya? 30 tahun (tahun 2042) dari sekarang... Maka nasihat saya buat pembaca blog ini daftarlah diri dan seluruh ahli keluarga anda secepat mungkin kerana masa jangkaan menunaikan haji akan menjadi lebih lama dan anda mungkin tidak sempat melakukannya....

Monday, December 19, 2011

PROFESIONAL MUKMIN: Program Ibu Bapa Cemerlang...Part 1

17 Disember baru-baru ini merupakan hari yang bermakna buat saya kerana berpeluang mengikuti Program Ibu Bapa Cemerlang oleh Ustaz Pahrol Juoi dan Ustaz Nasib yang dikelolakan oleh Fitrah Perkasa...

Subhanallah ia merupakan antara program terbaik yang pernah saya ikuti. Sangat banyak ilmu yang saya dapati dan dengan izin dari Ustaz Pahrol Juoi sendiri saya akan cuba berkongsi ilmu itu di dalam blog saya yang tidak seberapa ini ...

Sudah lama saya ingin berguru secara berhadapan dan minta dihalalkan segala ilmu yang banyak saya dapati daripada blog serta program Profesional Mukmin setiap Isnin 5.00 petang di IKIM..  Biarlah walaupun sekali dan tercapai juga hasrat itu dengan mengikuti program selama sehari ini... Bagi pembaca blog saya yang berminat untuk mengikuti program yang sama sila rujuk  di  SINI (Blog Ustaz Pahrol Juoi).. Semoga di masa akan datang saya akan berpeluang untuk mengikuti lagi program-program yang dianjurkan oleh yang saya hormati Ustaz Pahrol dan Ustaz Nasib..

MEMBACA GAYA (style), SIFAT (traits) dan WATAK(characteristics) DIRI:

Di awal program kami diminta untuk mengisi  satu borang yang bertujuan untuk mengenali watak diri...Maka lahirlah selepas itu watak-watak seperti watak Rambai, Limau, Manggis dan Tembikai... :-D

Subhanallah dalam mendidik anak-anak rupa-rupanya kita terlupa untuk mengenali watak kita dan suami dan yang lebih utama watak anak-anak kita... kerana kita lupa bahawa Allah SWT telah menciptakan setiap kita dengan potensi dan keistimewaan masing-masing.... Untuk itu bagi mengendalikan setiap anak perlulah dengan pendekatan berbeza berdasarkan watak masing-masing.... Harapan saya moga dengan ilmu yang sedikit yang saya dapati tentang proses  mengenali watak ini saya mampu bersama suami mengenali watak permata-permata hati kami dan mendidik mereka dengan cara yang lebih baik lagi di masa hadapan Insya-ALLAH...



VISI DAN MISI SEBAGAI IBU BAPA...

Antara yang disentuh Ustaz Nasib pada awal bicaranya ialah betapa kita terlalu ingat akan doa sebelum  makan tetapi selalu terlupa mengingatkan anak-anak kita tentang doa selepas makan .... Hati saya tersentuh mendengarnya dan mengiyakan kelemahan saya dan suami yang perlu diperbaiki ....


Mari kita lihat maksud doa sebelum makan:
" Ya ALLAH berkatilah rezeki yang Kau kurniakan kepada kami dan selamatkanlah kami daripada seksa api nerakaMu"....

dan maksud doa selepas makan pula..
"Segala puji bagi Allah yang memberiku makanan ini dan mengurniakannya untukku tanpa daya dan upaya daripadaku."...

Lumrahnya kita sentiasa bermohon keberkatan dan keselamatan dalam kehidupan kita dan bila diberikan oleh Allah SWT kita jarang sekali mengucap syukur dan memuji-muji Allah (berzikir)... Ia satu konsep yang nampak biasa-biasa tetapi memberikan impak yang besar dalam hidup kita kerana Allah SWT telah berjanji bahawa "Sesiapa yang bersyukur akan Kami tambah nikmat kepadanya...." Maka saya mengajak diri saya dan keluarga serta rakan -rakan pembaca blog ini untuk bermuhasabah  diri..dalam mendidik anak2

1- Mengamalkan doa-doa harian dan menghayati maknanya..
2- Mengamalkan zikir puji-pujian buat Allah SWT daripada Al-Quran dan Sunnah...
3- Mengingatkan anak agar  sentiasa bersyukur kepada Allah SWT...dalam apa jua perkara (baik ditimpa musibah  atau kebaikan..)

Sebagai seorang Muslim kita sering lupa bahawa ibadah kita bukan hanya ketika kita solat, puasa, menunaikan haji dll tetapi mencakupi keseluruhan 24 jam kehidupan kita...

Insya-ALLAH moga ketemu lagi di lain entry...

Friday, December 9, 2011

Cuti yang sebok ...

Sudah lama saya merindui blog ini... Ingatkan cuti sekolah  membolehkan saya  menulis dgn lebih  kerap.. Rupa-rupanya ianya lebih sebok dari yang dijangkakan... Program pulang ke dua2 kampung (di utara dan selatan) beserta percutian singkat telah diselesaikan... Hari ini tamat sessi persekolahan bg kelas hafazan bagi kedua2  Sek Dar Hikmah dan ICDC....

Besok merupakan hari yang bersejarah buat abg chik di mana pelajar2 6 tahun ICDC  akan diraikan dalam satu majlis graduasi yang bakal diadakan di Surau Sekolah Dar Hikmah...

Menurut Bang Chik beliau dan rakan2 akan mempersembahkan choral speaking dalam Bahasa Inggeris .. Saya sertakan disini liriknya... Gambar2 menarik akan dikongsikan kemudian...

Allah is our Lord, he is one.
He has no partners, He has no son..
Allah created everyone including you..
He created our friends and family too..

Allah needs no sleep or rest..
He gave us this life as a test.
Allah is most merciful and kind..
He put Islam in our hearts and mind..

Allah created the heavens above..
He made Islam which we  love
Allah made paradise and hell..
An eternal home for all to dwell
And we choose paradise....

Ameen

Sangat mengesankan hati Subhanallah...

Angah pula telah berjaya dalam ujibakat Adik  & Al-Quran Musim ke-3 dan sedang sibuk menjalani penggambaran ketika ini.. Jangan lupa menontonnya ya nanti .. Ditambah  lagi dengan tarikh bersunat angah pada 15 Disember nanti.. Maka cuti 3 minggu ini sudah pasti merupakan masa  yang terlalu pendek untuk dilalui..