Antara beberapa ilmu yang sempat saya kutip adalah amalan berpegang teguh kepada Sunnah Rasulullah SAW...
Suatu waktu dulu saya pernah mendengar kisah tentang tiadanya org yg sakit Di Madinah akibat berpegang teguh dengan Sunnah Rasulullah SAW... " Diriwayatkan bahawa suatu ketika ketika Rasulullah SAW berada di Madinah seorang tabib/doktor datang ke Madinah dan tinggal di situ... Dalam masa 2 tahun di Madinah doktor tersebut langsung tidak menerima kunjungan seorang pesakit pun dan dia merasa hairan dan bertanya kepada Rasulullah SAW.... jawab Rasulullah SAW ia adalah akibat amalan sunnah Baginda.."
Alangkah bagusnya jika kita dididik dengan Sunnah atau hadis Rasulullah SAW semenjak kecil... Tentang cara pemakanan, memotong kuku/rambut, puasa-puasa yang disunatkan dan segala aspek kehidupan... Antara yang disentuh oleh Syeikh Mahmoud tentang hari yg disunnahkan memotong/mencukur rambut.. Beliau pernah menegur seseorang bahawa tidak elok memotong/mencukur rambut pada hari rabu (sedangkan rambut/kuku disunnahkan Rasulullah SAW untuk dipotong hanya pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat).. maka orang tersebut berdegil dan tetap memotong rambut pada hari Rabu dan hari ini org tersebut sakit antara hidup dan mati.... Betapa amalan memotong rambut yang disunnahkan langsung tidak diamalkan di negara kita...kerana pemotong2 rambut yang beragama Islam tidak terdidik dengan hadis2 Rasulullah SAW...
Antara lain yg disentuh beliau ialah tentang mencampur makanan laut dengan susu atau makanan daripada sumber susu yang boleh membawa penyakit... Terlalu banyak diamalkan dalam kehidupan hotel dan kenduri kendara kita.. Secara ringkas kita seharusnya makan hanya sejenis lauk beserta sayur tanpa sebarang makanan ataupun pencuci mulut daripada sumber susu...sebagai amalan pemakanan...
Ada satu ketika menurut Syeikh Mahmoud dia diajak ke rumah seorang wanita muda yang sedang sangat sakit dan dirawat doktor... Lalu apa yang dilakukan oleh Syeikh hanyalah berkata pada ibu wanita tersebut.. "Mak, mak.. ampunkanlah dosa-dosa anakmu, ini berlaku kerana suatu hari dulu kamu pernah menyumpah anakmu agar menjadi cacat betulkan?".. Dan ibu anak itu jatuh terjelepuk dan menangis semahu-mahunya...
Pesan Syeikh Mahmoud lagi jika kita ingin bangun bertahajud pada waktu malam cukup sekadar membaca ayat terakhir surah Al-Qadr sebanyak 7x dan membayangkan pukul berapa kita ingin bangun pada pagi esoknya sebelum kita tidur.. Insya-ALLAH kita akan dikejutkan pada waktu tersebut...
Bagi yang mengalami migraine, bacalah Surah Al-Hasyr ayat 21 - 24 dan pegang kepala dengan tangan kanan pada sebelah malam...Mohon agar Allah sembuhkan..
Di sini juga ingin saya berkongsi ilmu yg sama daripada Ustaz Yazid juga Syeikh Mahmoud tentang amalan membaca Surah Al-Hasyr ayat 21-24 ini selepas Solat Subuh dan Solat Maghrib di mana terdapat hadis sahih yang mengatakan bahawa sesiapa yang membacanya akan Allah SWT hantar 10 000 malaikat untuk menjaganya... Ditambah lagi oleh Ustaz Yazid Surah Al-An'aam ayat 1-3 setiap selepas Subuh dan maghrib juga...
Tidak puas sebenarnya mendengar hanya 1 jam di radio IKIM.. Semoga Allah SWT sentiasa memberikan peluang untuk kita sentiasa mempelajari dan memperbaiki diri Insya-ALLAH melalui guru2 yang alim seperti beliau.. Amiin
Sebelum saya berhenti di sini ingin saya kongsikan tentang seorang wanita yg menelefon Syeikh ketika Syeikh ke udara di radio IKIM iaitu tentang bagaimana utk mengelakkan sihir.. Jawab Syeikh jangan tinggalkan Solat Dhuha dan bangunlah bertahajud di dua pertiga malam kerana Allah SWT pada ketika itu akan turun ke langit dunia dan bertanya "Adakah sesiapa yang ingin meminta?", "Adakah sesiapa yang ingin meminta?"... Antara lain yang pernah saya dengar ketika tazkirah Ramadhan dulu ialah jika kita ingin menundukkan sesuatu yg cuba mengganggu kita pergilah pada TUANnya.. contohnya anjing yg garang yg ingin mengejar kita, jika kita lari tanpa arah tuju anjing itu sudah pasti akan mengejar kita, apa yg perlu kita lakukan ialah berjalan menuju kepada tuannya yg akan mengarahkan anjing itu agar tidak mengganggu kita... Begitu juga dgn hal sihir ini kita harus menghampiri tuan kepada punca sihir ini iaitu Allah SWT kerana hanya Dialah yang mampu menyelamatkan kita... Semoga perkongsian ini mampu memberi manfaat buat semua...
Oh ya... atas nasihat akak Fauzi maka saya telah mendaftarkan keempat-empat anak saya untuk menunaikan haji dan anda semua nak tahu bilakah jangkaan tarikhnya? 30 tahun (tahun 2042) dari sekarang... Maka nasihat saya buat pembaca blog ini daftarlah diri dan seluruh ahli keluarga anda secepat mungkin kerana masa jangkaan menunaikan haji akan menjadi lebih lama dan anda mungkin tidak sempat melakukannya....
No comments:
Post a Comment