Monday, December 19, 2011

PROFESIONAL MUKMIN: Program Ibu Bapa Cemerlang...Part 1

17 Disember baru-baru ini merupakan hari yang bermakna buat saya kerana berpeluang mengikuti Program Ibu Bapa Cemerlang oleh Ustaz Pahrol Juoi dan Ustaz Nasib yang dikelolakan oleh Fitrah Perkasa...

Subhanallah ia merupakan antara program terbaik yang pernah saya ikuti. Sangat banyak ilmu yang saya dapati dan dengan izin dari Ustaz Pahrol Juoi sendiri saya akan cuba berkongsi ilmu itu di dalam blog saya yang tidak seberapa ini ...

Sudah lama saya ingin berguru secara berhadapan dan minta dihalalkan segala ilmu yang banyak saya dapati daripada blog serta program Profesional Mukmin setiap Isnin 5.00 petang di IKIM..  Biarlah walaupun sekali dan tercapai juga hasrat itu dengan mengikuti program selama sehari ini... Bagi pembaca blog saya yang berminat untuk mengikuti program yang sama sila rujuk  di  SINI (Blog Ustaz Pahrol Juoi).. Semoga di masa akan datang saya akan berpeluang untuk mengikuti lagi program-program yang dianjurkan oleh yang saya hormati Ustaz Pahrol dan Ustaz Nasib..

MEMBACA GAYA (style), SIFAT (traits) dan WATAK(characteristics) DIRI:

Di awal program kami diminta untuk mengisi  satu borang yang bertujuan untuk mengenali watak diri...Maka lahirlah selepas itu watak-watak seperti watak Rambai, Limau, Manggis dan Tembikai... :-D

Subhanallah dalam mendidik anak-anak rupa-rupanya kita terlupa untuk mengenali watak kita dan suami dan yang lebih utama watak anak-anak kita... kerana kita lupa bahawa Allah SWT telah menciptakan setiap kita dengan potensi dan keistimewaan masing-masing.... Untuk itu bagi mengendalikan setiap anak perlulah dengan pendekatan berbeza berdasarkan watak masing-masing.... Harapan saya moga dengan ilmu yang sedikit yang saya dapati tentang proses  mengenali watak ini saya mampu bersama suami mengenali watak permata-permata hati kami dan mendidik mereka dengan cara yang lebih baik lagi di masa hadapan Insya-ALLAH...



VISI DAN MISI SEBAGAI IBU BAPA...

Antara yang disentuh Ustaz Nasib pada awal bicaranya ialah betapa kita terlalu ingat akan doa sebelum  makan tetapi selalu terlupa mengingatkan anak-anak kita tentang doa selepas makan .... Hati saya tersentuh mendengarnya dan mengiyakan kelemahan saya dan suami yang perlu diperbaiki ....


Mari kita lihat maksud doa sebelum makan:
" Ya ALLAH berkatilah rezeki yang Kau kurniakan kepada kami dan selamatkanlah kami daripada seksa api nerakaMu"....

dan maksud doa selepas makan pula..
"Segala puji bagi Allah yang memberiku makanan ini dan mengurniakannya untukku tanpa daya dan upaya daripadaku."...

Lumrahnya kita sentiasa bermohon keberkatan dan keselamatan dalam kehidupan kita dan bila diberikan oleh Allah SWT kita jarang sekali mengucap syukur dan memuji-muji Allah (berzikir)... Ia satu konsep yang nampak biasa-biasa tetapi memberikan impak yang besar dalam hidup kita kerana Allah SWT telah berjanji bahawa "Sesiapa yang bersyukur akan Kami tambah nikmat kepadanya...." Maka saya mengajak diri saya dan keluarga serta rakan -rakan pembaca blog ini untuk bermuhasabah  diri..dalam mendidik anak2

1- Mengamalkan doa-doa harian dan menghayati maknanya..
2- Mengamalkan zikir puji-pujian buat Allah SWT daripada Al-Quran dan Sunnah...
3- Mengingatkan anak agar  sentiasa bersyukur kepada Allah SWT...dalam apa jua perkara (baik ditimpa musibah  atau kebaikan..)

Sebagai seorang Muslim kita sering lupa bahawa ibadah kita bukan hanya ketika kita solat, puasa, menunaikan haji dll tetapi mencakupi keseluruhan 24 jam kehidupan kita...

Insya-ALLAH moga ketemu lagi di lain entry...

1 comment:

  1. Salam

    saya tertarik dengan watak buah2 ni. jika sudi berkongsi, dimana sy bolh dptkn bhn rjukan. 0189832468.

    terima kasih

    ReplyDelete