Tuesday, May 1, 2012
Dakwah Dalam Keluarga
Gambar-gambar tentang betapa pentingnya Al-Quran dalam hidup kita ini saya dapati daripada FB.. Sesuatu yang boleh kita jadikan peringatan..
Alhamdulillah.. Semalam saya berpeluang mendengar Forum yang disampaikan oleh Ustazah Norhafizah Musa dan Ustaz Hazlin.. Sedikit perkongsian telah ditulis dalam ruang status FB dan saya ingin berkongsi sedikit lagi tentang 5S yang patut ada dalam diri seorang ibu/bapa atau isteri/suami dalam usaha berdakwah kepada ahli keluarga mereka..
S yang pertama - Kata Syed Khutub DAKWAH adalah seni dan SABAR dalam menyebarkan dakwah adalah JIHAD..
Setiap ibu atau bapa mahupun isteri atau suami perlu berusaha mempelajari SENI dalam berdakwah ini kerana jika kita punya 10 org anak maka kita perlu berdakwah kepada mereka mengikut kepada perwatakan mereka masing-masing.. Dakwah isteri pada suami yg liat ke masjid/majlis ilmu, dakwah suami pada isteri yang tak mahu menutup aurat.. Masing2 perlu kepada seni..
S yang kedua - SAYANG yang perlu ditunjukkan kepada ahli keluarga.. Rasulullah SAW adalah sebaik2 contoh dalam menunjukkan sayang buat ahli keluarga Baginda.. Hinggakan bilamana Baginda beriktikaf di dalam masjid dan isteri Baginda datang untuk berbincang sesuatu perkara, bila tiba masa utk pulang, Rasulullah SAW akan mengiringi isterinya hingga ke rumah dan kemudian meminta izin utk kembali beriktikaf.. Saidatina Aisyah pernah ke masjid untuk menyikat rambut Rasulullah SAW melalui tingkap kerana ketika itu beliau sedang haid.. Rahsia bg menawan hati isteri cukup mudah, suami2 jadilah pelindung dan berikan kasih sayang dan berniatlah untuk berhimpun di syurga.. Insya-ALLAH si isteri akan berikan sepenuh kesetiaan w/pun suaminya tak kaya/ kacak.. Begitu juga dgn anak2
S yang ketiga - SABAR - dalam berdakwah kita perlu sabar dan tunjuk dgn kasih-sayang
S yang keempat - SYUKUR , kata Saidina Ali sesiapa yang terkumpul padanya SABAR dan SYUKUR maka wajiblah untuknya BAHAGIA..
S yang kelima - SIKAP, ia akan menjadikan kita pendakwah yg baik jika kita punya sikap yg baik.. kita akan disayangi dan dicintai.. Rasulullah SAW pernah berkata, "kamu tidak akan dapat mempengaruhi manusia dengan harta tetapi kamu dapat mempengaruhi mereka dengan akhlak dan peribadi yang mulia.."
'Adakah perkataan yg lebih baik darinya melainkan mengajak manusia manusia kepada Allah SWT dengan perkataan yang baik-baik'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment