Friday, May 11, 2012

Kasihnya Ibu Membawa ke Syurga Part 2

Dalam bahagian 1 yg lalu, Ustazah lebih menumpukan kepada  peri pentingnya pemilihan calon suami atau isteri yang seharusnya berlandaskan kepada mereka yang teguh pegangan ugamanya.. Pagi tadi juga dalam slot USRATI ustazah juga menyebut kata-kata yang sangat bermakna untuk  kita ambil sebagai peringatan iaitu

"Hanya sekiranya seorang suami  dan seorang isteri itu menjalani usia perkahwinan mereka hanya kerana ALLAH semata-mata sahajalah mereka akan beroleh Sakinah, Mawaddah dan  Rahmah dalam perkahwinan mereka.. dan dengan itu segala tindak-tanduk serta perlakuan mereka cthnya dalam mendidik  anak-anak, menghormati suami/ isteri, berusaha dalam memperbaiki diri dgn berusaha menadah ilmu di mana sahaja semuanya adalah  dibawah bimbingan serta ilham daripada ALLAH sendiri.."

Maka, marilah  kita sama-sama memperbaharui niat kita (bagi  yg belum..)

Ustazah dalam hal bagaimana utk mengubah akhlak anak-anak yang melampaui batas mutakhir ini memberikan satu jalan penyelesaian yg menarik iaitu dengan me REPROGRAMKAN DIRI, PASANGAN DAN ANAK-ANAK semula...

Bagaimana nak rePROGRAM?.. iaitu dgn menukar

a)  Channel tv yg selalu kita dan anak-anak  tonton.. kalau dulu suka tgk movie dan segala bagai realiti tv, lawak-jenaka dsb kepada siaran-siaran tv yg lebih kepada pentarbiahan ilmu seperti Tanyalah Ustaz, Tanyalah Ustazah, 30 min  ustaz Don dan byk lagi.

b) Buku-buku yg kita dan anak-anak selalu baca.. Contohnya Mangga, Metro dsb ditukarkan kepada buku-buku ilmiah yang byk mendidik seperti SOLUSI, ANIS, Q & A dan byk lagi..

c) Rakan-rakan kita, rakan2 suami dan rakan2 anak2 semuanya perlu dilihat balik kerana akhlak kita, suami dan anak-anak bergantung kepada siapakah kawan kita..

Rasulullah SAWpernah bersabda "Celakalah, Celakalah, Celakalah" sebanyak  3 kali.. Maka para sahabat bertanya "siapakah yang celaka itu ya Rasulullah ... " Jawab Baginda," mereka yang berpeluang hidup dengan kedua-dua ibu-bapa atau salah seorang daripada mereka tapi tidak berbakti kepada kedua ibu bapa atau  salah  seorang darinya.."

Ustazah diminta mengulas ttg peranan ibu dan ingin saya kongsikan sebuah kisah yg disampaikan oleh Ust yg sgt menyentuh hati saya buat semua sahabat sebagai iktibar kita bersama:
"Apa yang kita beri sebagai seorang ibu buat anak2 dan isteri buat si suami itulah yang akan kita terima"..
Sepertimana kisah yang pd zaman Rasulullah SAW ttg seorang ibu yang diberikan 3 biji tamar oleh Aisyah r.a. (sesetgh riwayat mengatakan Rasulullah SAW yg memberikan tamar itu). Ibu tersebut mempunyai 2 org anak, maka setiap 1 diberinya sebiji tamar dan yg 1 lagi dipegang dgn niat utk dimakan tetapi bila anak2nya habis memakan buah tamar mereka mula menangis dan ibu ini membelah tamar yg ada di tgnnya dan memberikan kpd keduanya separuh seorang.. sabda Rasulullah SAW "kamu ibu yg penuh kasih-sayang dan layak ke syurga selagimana kamu taat pada suami dan solat 5 waktu"..

Saya kongsikan disini kisah ketulusan kasih ibu di zaman ini yg ustazah pernah saksikan sendiri dan ustazah melihatnya seumpama kisah di zaman Rasulullah SAW di atas ..

Seorang ibu yg penuh rasa kasih dan sayang hinggakan bilamana anak2nya ingin memulakan perjalanan kembali ke rumah mereka setelah pulang ke kg, ibu ini bersusah-payah memasak dan membungkus makanan buat setiap ahli keluarga anaknya, bukan secara pukal tetapi sebungkus setiap orang dgn lauk diasingkan sptmana kedai makan kerana bimbang anak dan keluarganya kelaparan dlm perjalanan.. Subhanallah..

Di akhir hayatnya ibu ini diuji dgn penyakit strok dan ketika ustazah melawat dan tidur di rmh tersebut, ustazah melihat bagaimana cth anak2 yg menyantuni ibunya, contoh yg kita dpt jadikan sebagai pedoman dan muhasabah diri..

Sepanjang masa ibu ini w/pun sedang tidur tidak pernah ditinggalkan oleh anak2nya, mereka bergilir2 menunggu ibu ini kerana bimbang dia memerlukan sesuatu sdgkan dia sukar utk bercakap..

Dan yang paling menyentuh hati ustazah ialah ketika solat subuh, anak lelaki ibu ini mewudukkan ibunya dgn penuh kasih-sayang, dan meletakkan kepala ibunya diatas pahanya sambil melafazkan niat dan segala bacaan dlm solat memberitahu ibunya dgn penuh kelembutan bilamana tiba waktu ruku', sujud dsb dan meminta ibunya mengikutinya.. Hinggalah selepas dpd salam .. kata anak ini.. "Mak, kita doa ya mak, saya baca mak aminkan ya mak.." Maka berdoalah anak ini mewakili ibunya.."Wahai ALLAH kasihanilah anak-anakku", Ibu ini pun mengaminkan dgn suara yg sekadar kemampuannya "Wahai ALLAH, berkatilah hidup mereka..." dan diaminkan lagi oleh ibu ini.. dan seterusnya...

Persoalannya... sebagai ibu-bapa, apa yg telah anda telah berikan pada anak2 anda (cukupkah masa, perhatian, kasih-sayang, doa, pengorbanan, ziarah, kata-kata yg baik dsb???) untuk anda terima kembali kasih-sayang, ziarah, masa, pengorbanan, doa, kata2 yg baik dpd anak-anakmu..Kerana ramai diluar sana yg tidak berlaku adil serta tidak memperdulikan anak2 mereka tetapi hanya tahu mengatakan bahawa anak itu anak yg tidak mengenang jasa..

5 comments:

  1. salam kak, saya sgt berminat dgn blog ni dan msh tercari2 cara mendidik anak.anak yg sulung berumur 6 thn di Puspeta.saya agak confuse utk pemilihan sekolah thn 1.boleh saya daptkan e-mail akak.terima kasih :)

    ReplyDelete
  2. salam, boleh saya dapatkan alamat sekolah Dar Hikmah.terima kasih

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum wbt.. E-mail saya rozanaabdulaziz@yahoo.com
    Alamat sekolah Dar Hikmah
    MAAHAD TAHFIZ INTEGRASI DAR AL-HIKMAH
    PT 389, JALAN 3,
    TAMAN AMPANG UTAMA,
    68000 AMPANG
    SELANGOR.
    NO.TEL: 03-4266 6389

    ReplyDelete
  4. SALAM, BAGAIMANA CARA PERMOHONAN KEMASUKAN UNTUK DARJAH SATU? BERAPA JAM MASA PEMBELAJARAN DAN APA SUBJEK2 YANG DI AJAR

    ReplyDelete
  5. Waalaikumsalam nana..

    telefon ustazah syikin 019-218 5560 untuk keterangan lanjut. saya bimbang saya tersilap memberi maklumat kalau ada sebarang perubahan tahun depan..

    ReplyDelete