Friday, November 2, 2012

Pendidikan Akhlak Dan penghayatannya Dalam Keluarga Part 3

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha... Sudah pasti ramai yang telah menunaikan puasa Hari Arafah pada hari sebelumnya dan kemudiannya menghidupkan malam Hari Raya Aidiladha... Antara pesanan Ustaz Yuti yang sama-sama menghidupkan petang hari 9 Zulhijjah di Surau ialah..

"Sesiapa yang menghidupkan malam kedua-dua hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) maka hatinya akan tetap hidup disaat-saat hati-hati manusia lain mati..."
Dan pada malam hari raya tersebut dengan izin ALLAH kami dibimbing oleh Ustaz Zuhir dan para pelajar Al-Quran wa Hadis  untuk sama-sama bertakbir, bertalbiah, beristighfar, serta menunaikan solat-solat sunat.. Setinggi-tinggi kesyukuran saya dan keluarga panjatkan atas program yang sangat istimewa ini.. Semoga ianya akan berterusan dan terus bersemarak Insya-ALLAH..

Kalau sebelum ini saya cuma memahami akan kepentingan puasa 9 Zulhijjah (hari Arafah) yang mana Nabi SAW juga apabila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, "ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya." (Riwayat Muslim)
matannya : ( يكفر السنة الماضية والباقية).
.

Tahun ini  saya bersyukur kerana telah disedarkan dengan ilmu yang berikutnya iaitu bilamana kita  berniat untuk melakukan Qurban maka kita disunatkan untuk tidak memotong kuku dan mana-mana rambut di badan bermula dari 1 Zulhijjah hinggalah berlakunya Qurban tersebut... Ustaz Yuti juga telah berkongsi ilmu tentang amalan yang baik untuk dibaca sepanjang 1-10 Zulhijjah serta wirid pada hari Arafah yang diambil dari Kitab Amalan Bulan Zulhijjah karangan Muhammad Fuad bin Kamaludin Al-Maliki. Insya-ALLAH saya akan cuba untuk  memasukkan dalam blog saya setelah discan untuk perkongsian.. Semoga ALLAH memanjangkan umur kita untuk sama-sama beramal pada 1-10 Zulhijjah dan melakukan ibadah Qurban di tahun akan datang...Insya-ALLAH..

Saya mengajak anak-anak dan suami untuk melancarkan tabung Qurban dan bersama-sama ini saya juga ingin mengajak pembaca blog ini untuk sama-sama melancarkan tabung Qurban iaitu dengan  menyediakan sebuah bekas yang mana bermula selepas Hari Raya Aidil Adha ini seluruh ahli keluarga sudah boleh mula menabung untuk tujuan perlaksanaan Qurban ditahun hadapan.. Sekurang-kurangnya 1 bahagian untuk satu keluarga dan bahagian itu diletakkan atas nama setiap ahli keluarga secara bergilir-gilir...

Hari ini saya ingin menyambung sedikit berdasarkan tajuk di atas iaitu

 "6 Kekuatan Yang Perlu Ada Pada Ibu-bapa/ Pendidik Untuk  Mendidik Akhlak Anak-Anak.."

1- Kekuatan ILMU: Kekuatan Ilmu pada ibu-bapa paling penting kerana ibu-bapa perlu mendidik dan membimbing dengan ilmu pengetahuan. Kesempurnaan IMAN adalah AKHLAK. Orang yang dekat dengan Rasulullah SAW di akhirat kelak adalah orang-orang yang punya AKHLAK terbaik.. Subhanallah..

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
 
 Sesungguhnya termasuk orang yang paling kucintai di antara kamu dan paling dekat tempat duduknya denganku pada hari kiamat adalah orang-orang yang paling baik akhlaqnya di antara kamu.

Dan sesungguhnya orang yang paling kubenci di antara kamu dan paling jauh tempat duduknya denganku pada hari kiamat adalah ats-tsartsarun(Banyak bicara sia sia), al-mutasyaddiqun(mengganggu), dan al-mutafaihiqun. Para sahabat berkata: “Wahai Rsulullah, kami telah mengetahui al-tsartsarun dan al-mutasyaddiqûn, tetapi apakah al-mutafaihiqûn? Beliau menjawab: “Orang-orang yang sombong”. (HR Tirmidzi, no. 2018)



2- Kekuatan latihan dan kebiasaan untuk bersifat tawadduk dan Qanaah / penguatkuasaan : Iaitu dengan membiasakan diri dengan sunnah Rasulullah SAW contohnya berwuduk sebelum tidur, solat witir sebelum tidur, solat dhuha, menggosok gigi pada setiap waktu solat ketika berwuduk dan lain-lain...  Tapi hari ini dah tak macam dulu, kita biasanya membiarkan anak-anak tidur lewat kerana menonton TV dan sebagainya.

Ustazah menceritakan tentang kisah Hassan Al-Banna dalam menunjukkan contoh tauladan tentang disiplin kepada anaknya.. "Suatu  hari Hassan Al-Banna berpesan kepada anaknya yang bernama Wafa' kalau saya tidak tersilap.. 'Wafa..Wafa.. Ayah nak tidur 7 minit saja, nanti selepas 7 minit tolong gerak ayah, ayah ada banyak kerja nak buat'.. Maka anaknya pun ke dapur untuk membuat air dan hanya setelah 10 minit baru dia teringat pesanan ayahnya.. Lalu cepat-cepat dia ke depan dan mendapati ayahnya sudah bangun dan meneruskan kerja-kerjanya.."... Subhanallah Moga Allah memberikan kekuatan kepada kita untuk menghayati sunnah Rasulullah SAW dan menjadi orang yang pertama mengamalkannya sebelum mengarahkan anak-anak kita untuk melakukannya...

3- Kekuatan Contoh Tauladan: Biarlah akhlak kita memberi nikmat kepada  orang lain.

4- Pengawasan/ Observation kepada anak-anak: Terutamanya terhadap akhlak anak-anak, kata Ustazah bagi anak-anak yang Sombong/ tidak belas kasihan/ suka bergaya, penawarnya suruh anak itu cuci tandas, cuci longkang...

5- Kekuatan Penghargaan: Pujian buat anak bersandarkan kepada Allah SWT.. Cthnya "Alhamdulillah  mak dapat anak yang soleh/solehah".

6- Tazkiyatun /Penyucian hati: Bila kita banyak  membenarkan anak-anak main game, maka ketika solat/ belajar, game itu akan terbayang-bayang.

Dalam kita marah-marahkan orang kafir kita sendiri  yang ambil produk ( game, movie yang membuka aurat/ bersifat kurafat dan syirik) mereka dan merosakkan anak-anak kita..

Wallahu'alam..

Insya-ALLAH akan saya sambung nanti..

No comments:

Post a Comment