Thursday, November 29, 2012

Rawatan Diabetik Mengikut Amalan Sunnah...

Alhamdulillah .. Dengan izin ALLAH saya sempat mengikuti kuliah Ustaz Abdullah Mahmud yang bertajuk Alam Roh baru-baru ini.. Tapi apa yang saya ingin sentuh bukannya tajuk tersebut tetapi berkaitan tajuk yang pernah saya  sebut sebelum  ini iaitu (lihat link dibawah)

Kelebihan Minum Air Kosong - Amalan Rasulullah SAW

Menurut Ustaz Abdullah yang juga merupakan antara pengamal perubatan Islam, beliau telah mengamalkan amalan sunnah meminum air selepas bangun tidur (sebelum menggosok gigi) semenjak berusia 20-an.. Sekarang umur beliau  sudah mencapai 50 tahun lebih dan Alhamdulillah tidak menghidap sebarang penyakit berbanding rakan-rakan sebayanya yang rata-ratanya telah diserang oleh pelbagai penyakit...

Ustaz Abdullah juga menjelaskan antara amalan Rasulullah SAW juga iaitu mencampurkan sedikit madu dalam air tersebut 3 hari dalam sebulan.. Pesan Ustaz, apa sahaja makanan tidak boleh diambil lebih daripada 3 hari berturut-turut.. dan beliau sendiri mengamalkan mencampur madu pada setiap hari Isnin dan Khamis.. Bila saya berkongsi ilmu kelebihan minum air kosong tempohari, saya sangat teruja kerana itulah kali pertama saya membaca fakta sedemikian rupa.. Alhamdulillah Allah mengizinkan saya untuk mendengar penjelasan daripada Ustaz Abdullah yang mengamalkan sebagaimana yang disebut didalam fakta tersebut..

Antara petua lain yang dikongsi Ustaz yang mungkin boleh membantu mereka yang kita kenali diluar sana ialah petua menurunkan paras gula dalam darah.. Sememangnya terdapat kes-kes dimana seseorang penghidap penyakit diabetes walaupun telah diberikan ubat dan mengawal makan masih tinggi bacaan gula mereka...Ia juga boleh diamalkan oleh mereka yang mempunyai paras gula yang berada pada paras 'border line'..

Kaedahnya,

1- Ambil kunyit  lebih kurang 2 inci, diblend dengan segelas air dan ditapis airnya.
2- Masukkan hanya kuning telur (telur ayam kampung) ke dalam air kunyit yang ditapis tadi.
3- Campurkan 1/2 sudu madu dan minum ketika bangun pagi (sebelum menggosok gigi), seperti kaedah minum air kosong juga.
4- Lakukan selama 3 hari berturut-turut dan boleh diulang di minggu hadapan atau minggu yang lain (sekiranya perlu) setelah diuji paras gula di dalam darah menggunakan  glukometer..

Kata ustaz lagi antara hikmah minum sebelum menggosok gigi adalah enzim-enzim yang terdapat dalam air liur ketika kita bangun daripada tidur tersebut yang bertindakbalas dengan enzim -enzim di dalam perut dan kemudiannya menjadi antara punca rawatan bagi penyakit... Wallahu'alam ..Selamat mencuba !!!

No comments:

Post a Comment