1- Bangun waktu menjelang fajar untuk beristigfar.. Bukan hanya sekadar bangun untuk tahajud tetapi jangan lupa untuk beristigfar memohon ampun kepada Allah SWT, walau hati sedih, kecewa atau apa pun pastikan kita bersama rombongan yang memohon ampun pada waktu sahur...
Angkatlah tangan memohon ampun kepada Allah seperti doa yang Ustazah sebutkan
"Ya ALLAH ampunkan segala dosa-dosaku, janji yang aku mungkiri, amanah yang aku khianati, ampunkan ya ALLAH sekian banyak nikmatMu yang tak aku syukuri, ampunkan ya ALLAH segala ujian yang aku tak sabar menempuhinya sedangkan ujian-ujian itu Kau timpakan kepadaku untuk mengangkat darjatku sekiranya aku sabar terhadapnya... Ampunkan ya ALLAH segala perkataanku, amalanku, perbuatanku yang tak aku jadikan Kau sebagai tujuanku..."
Pada waktu sahur, saksi amalan kita bukan orang sembarangan tetapi Malaikat... Sekiranya jiwa kita tak tenang, kita tak boleh memberi tetapi sentiasa menagih daripada orang.. menagih perhatian, kasih, cinta, perhatian dan sebagainya.. tapi jika jiwa kita tenang kita akan memberi dan terus memberi tanpa mengharapkan apa-apa balasan dari si penerima....
Mari kita raikan hadis Rasululullah SAW yang bermaksud:-
Satu ketika Rasulullah SAW memberi wasiat kepada anakanda kesayangan Baginda iaitu Fatimah.Nilai hadiah/wasiat ini tak boleh dibeli oleh dunia.. Wasiat itu berbunyi: 'Wahai Fatimah mahukah kamu aku wasiatkan sesuatu.. bacalah di pagi dan petang hari.. "Ya Haiyyu (Wahai Tuhan yang Maha Hidup Kekal), ya Qayyum (Wahai Tuhan yang Maha Mengurus Segala Sesuatu).. aku nak minta tolong dengan kasih-sayangMu... Tolong perbaiki segala urusan hidup ku.. sebagai seorang ibu, isteri, pendidik dll..Perbaikilah segala-galanya.. umur ku, masa ku, akhlak ku, ilmu ku, ibadah ku... Jangan Ya ALLAH, Kau serahkan aku pada diriku sendiri walaupun pada kadar sekelip mata...
Doa ini boleh kita dapati dalam Al-makthurat (himpunan doa zikir dari Al-Quran dan Hadis).. Bacalah 3-4 kali pada waktu pagi dan petang..Mungkin selama ini kita selalu baca tapi tak pernah menghayatinya.. Betapa besarnya maksud doa ini.. umpama seorang ibu atau bapa yang berkata pada seorang anak 'Lantaklah apa nak jadi ...', Nauzubillah... jangan sampai Allah buat pada kita seperti itu (mohon keampunan, sesungguhnya zat Allah itu jauh dari sifat manusia, makhlukNya yang lemah).. Jangan sampai Allah kata pada kita.. "Tak apalah wahai hambaKu, kalau kamu rasa dengan ilmu yang kamu ada, dengan gelaran Dr hasil kajian pHd tentang pendidikan anak yang kamu ada, kamu dah rasa cukup bijak nak didik anak kamu.. dll"
Sesungguhnya tanpa campur tangan Allah dalam kehidupan ini mana mungkin kejayaan dalam mendidik anak, sebagai isteri/suami solehah, mencari ilmu dsb dapat kita lakukan dengan sebaiknya.. Kita hanyalah pentadbir tapi Allah adalah pentakdir...
2- Berikan sedikit masa harian anda untuk menyendiri dan bertafakur bermuhasabah diri.. Walau sekadar 5 minit. Saya gariskan perkataan harian kerana Ustazah menekankan bahawa ia harus dilakukan setiap hari bukan setiap minggu/ bulan / tahun.. Implikasinya sangat luar biasa. Selepas solat Isya' contohnya kita ambil sedikit masa untuk bertafakur, merenung dan menghisab diri sebelum diri kita dihisab oleh Allah SWT.. 5 minit yang kita peruntukkan untuk Allah itu berkatnya 50 tahun.. Contohnya bila kita hisab diri kita.. kurangnya sedekah yang kita lakukan dan berazam untuk membanyakkan lagi sedekah.. Kadangkala kita berada dalam kesempitan hidup.. dan dalam Al-Quran cakap "kalau kamu sempit rezeki, keluarkan apa yang kamu ada .. itulah rahsia keberkatan untuk membanyakkan rezeki.." Subhanallah...
Jika kita rajin bertafakur, banyak yang Allah akan tunjuk pada kita.. Jika kita tidak bertafakur, kita akan asyik nampak kesilapan orang tapi tak nampak kesilapan diri sendiri..
Tanya Ustazah "Bila kali terakhir kita peluk diri sendiri???" dan mengajak kami semua memeluk diri sendiri... Masya-ALLAH...Satu perasaan yang sukar saya gambarkan hadir dalam diri saya ketika itu... Serasakan ingin mengalirkan air mata kerana betapa saban waktu kita terkejar-kejar sebagai seorang ibu, isteri, pekerja dan sebagainya untuk melakukan segala-galanya untuk anak-anak, suami dan orang lain hingga terlupa pada diri sendiri..Ustazah mengajak kami berkata pada diri bilamana memeluk diri sendiri dengan kata-kata yang sangat menyentuh hati...
" Ya Allah, inilah aku yang telah menerima tanggungjawab daripadaMu ya Allah.. Tubuh yang aku peluk ini harus tunaikan amanah-amanah itu sebaiknya .. dan aku tak akan hantar tubuh ini ke nerakaMu ya Allah.. Jangan sampai aku terlupa dengan diri aku ya Allah..."
Maka marilah kita bertafakur untuk mencari keredhaan Allah. Agar kita dekat dengan kebenaran dan jauh daripada kemurkaan Allah.. Pesan Ustazah sekiranya ada masalah dengan suami, anak-anak, jiran, sahabat dll jangan kita respon dulu.. tapi ambillah masa untuk bertafakur/ berhenti sejenak dan berdoa dengan doa..
"Ya Allah, Tunjukkan kami apa yang benar itu benar dan rezekikan kami untuk mengikut jalan yang benar itu... Tunjukkan kami apa yang salah itu salah dan rezekikan kami untuk menjauhi jalan yang salah itu.."
Nasihat Ustazah, contohnya bila kita ada anak remaja.. kita harus jadi pendengar yang baik jangan sampai anak kita cari orang lain untuk jadi mendengar.. Di ketika itu, kita akan kehilangan anak itu... Begitu juga sebagai suami/isteri...
bangun shubuh itu tantangan yang kadang sulit :)
ReplyDelete