Saya sambung kembali saranan Ustazah dalam mengubat hati.. baru dua dalam entry yang lalu.. Ada lagi 8..
3 - Menjalin hubungan dengan orang soleh/ alim-ulama':- Bagaimana untuk melakukannya.. Tiada cara lain melainkan dengan datang ke majlis-majlis ilmu... Aura pada wajah mereka, kelibat mereka adakalanya sudah cukup untuk memberikan kita ketenangan...
Contohnya Syeikh Ahmad Yasin.. Walaupun kita tak pernah dengar kata-katanya tapi dengan melihat keadaannya sudah cukup untuk menjadi inspirasi buat kita.. Dalam keadaan diri beliau yang lumpuh, beliau langsung tak memberi alasan untuk menunaikan solat berjemaah 5 waktu dan berjuang di jalan Allah..
Kata ustazah lagi, antara ciri-ciri orang yang masuk neraka ialah orang-orang yang selalu memberi pelbagai alasan untuk ke majlis ilmu.. jaga anak kecil.. biladah tua jaga cucu pula sampai ke akhirnya tak jumpa jalan untuk ke majlis ilmu.. sedangkan ciri-ciri orang yang masuk syurga ialah orang-orang yang semuanya mudah.. Insya-ALLAH sahaja jika diajak menghadiri majlis ilmu...
4- Lazimi wirid harian secara istiqamah, contohnya dengan membaca al-makthurat pagi dan petang..Antara cara untuk menilai kondisi hati kita tenang atau tidak ialah dengan melihat bagaimana kita memberikan hati kita pada Allah setiap hari.. Jika dalam hal melakukan solat wajib kita mengambil masa contohnya 1/2 jam ( berwuduk dengan sempurna, melakukan solat qabliah, solat zohor serta solat ba'diah) dan melakukan dengan tenang .. itulah kualiti hati kita yang tenang..
Tapi kalau kita punya hati yang tak tenang kita pecut 2 minit saja dah siap solat.. Sudahlah pecut, ketika solat tulah kita teringat kain tak angkat lagi di jemuran, teringat nak ambil anak di sekolah, nak masaklah dan sebagainya...
Itulah yang berlaku tegur Ustazah, kalau tengok Boliwood 2 1/2 jam pun tak apa.. tenang saja tapi kalau nak bagi hati kita pada Allah nak cepat saja.. Nauzubillah..
5- Pastikan solat fardhu dilakukan dengan kusyuk.. Ketika itulah Allah akan berikan beberapa peratusan ketenangan hati pada kita..
Kita kadang-kadang tak sedar bahawa hati yang tak tenang itu sebenarnya bantuan Allah pada kita kerana kita jauh dari Al-Quran.. Kita amal tak doa yang berkait dengan Al-Quran ???? atau doa itu hanya meniti di bibir anak-anak kita saja... Doa itu mempunyai maksud yang sangat indah...
" Ya Allah rahmati aku dengan Al-Quran
Jadikan Al-Quran sebagai imam, petunjuk, cahaya, dan keberkatan dalam hidup kami...
Ya Allah aku ini pelupa, tolong ingatkan daku ya Allah.. Ajarkan kami yang jahil ini ya Allah...
Kurniakan aku kekuatan untuk membaca Al-Quran malam dan siang..
Jadikan ya Allah Al-Quran itu syafaat buatku di akhirat nanti.." Apakah yang dimaksudkan dengan taddabur? Erti taddabur ialah merenung, belajar dan berfikir...
Nanti saya sambung perkongsian Ustazah tentang pengalaman Ustazah suatu masa dulu bilamana beliau pernah diuji dengan hati yang tidak tenang...
No comments:
Post a Comment