Saya sambung kembali faktor-faktor luar yang mempengaruhi hafalan anak-anak.. iaitu tentang pemilihan waktu untuk menghafal.. Masa yang paling baik adalah ketika waktu Subuh atau di pertengahan malam kerana pada waktu itu fikiran masih kosong, orang lain pula sedang tidur dan kita diselimuti ketenangan.. Allah Yang Maha Mulia dengan kebesaranNya serta keagunganNya turun ke langit dunia dan mengabulkan doa.. Sekelompok orang berkata, sebaik-baik waktu untuk menghafal adalah pada waktu sahur, untuk membahas pada waktu pagi, menulis di waktu pertengahan hari manakala mengulang hafalan dan membaca di malam hari.
Al-Hafiz Al-Khatib Al-Baghdadi juga berkata, "Sebagus-bagus waktu untuk menghafal adalah waktu ssebelum subuh, kemudian setelah pertengahan siang dan pada waktu seseorang merasa lapar adalah lebih baik dari ketika masih kenyang.Kerana itu kita akan dapati Madrasah yang benar-benar mantap hafalannya, anak-anak muridnya makan pada kadar yang sedikit dan sekadarnya sahaja .. Berbanding dengan tempat-tempat yang lebih mewah, hafalan mereka sukar untuk menjadi mantap..
Memilih waktu-waktu yang berkat:
Seperti pada bulan Ramadhan dan 10 hari yang terakhir. Nabi SAW disetiap Ramadhan dapat mengkhatamkan Al-Quran dan pada Ramadhan di tahun beliau wafar, beliau mengkhatamkannya sebanyak 2 kali..
No comments:
Post a Comment