Saturday, May 4, 2013

Ilmuan Islam Abad Ini.... "The Sultan's Of Science' KLCC March 2013

Antara yang menjadi tanda tanya yang paling utama dalam diri saya ialah kenapa anak-anak tahfiz yang sudah pastinya cerdik,  gemilang dan terbilang akalnya dek kerana mampu menghafaz 30 juzuk Al-Quran dan menjaga Al-Qurannya serta akhlak (banyak pusat tahfiz ini meletakkan nilai akhlak sebagai nilai yang tidak perlu diberi keutamaan) dinafikan peluangnya untuk menjadi ilmuan Islam sepertimana yang pernah wujud suatu masa lalu???

Al-Razi
Al-Khawarizmi
Ibnu Sina
Al-Jarazi dan lain-lain lagi

Adalah antara nama-nama hebat yang digeruni pihak lawan suatu waktu dulu... Kenapa ia tidak boleh diwujudkan pada hari ini dikalangan anak-anak kita yang menghafal Al-Quran? Bukankah dengan cara begitu sahaja kita boleh menterjemahkan segala rahsia yang terkandung dalam mukjizat kubra itu dan kemudiannya mengaplikasikannya kepada seluruh alam ... Itulah yang akan membawa kepada bukti betapa hebatnya Islam di mata dunia...

Sebelum saya terpilih sekali lagi untuk diuji Allah SWT dengan ujian yang hebat ini, saya dan anak-anak sempat meneroka 'The Sultan Of Science' di KLCC yang mempamerkan segala artifak binaan ilmuan-ilmuan Islam suatu masa lalu..  Along dan  angah terutamanya sangat teruja... kerana selama ini saya telah dapat menyelami minat masing-masing dan memberikan motivasi dan jalan untuk mereka meneroka bidang yang mereka minati ... Saya merasa ralat kerana dek kerana ujian yang saya harap dapat berakhir dengan kemenangan yang berlipat kali ganda (hasil kurniaan Allah SWT atas janjiNya kepada mereka yang sabar dalam menempuh ujianNya) saya tidak dapat meneruskan motivasi dan galakan kepada anak-anak yang saya sayangi...

"Ya ALLAH hanya Kau yang Maha Mengetahui had kesabaranku dalam menempuh ujianMu ini maka jangan Kau uji aku dengan sesuatu yang tidak mampu aku tanggung kerana aku punya tanggungjawab yang besar yang aku pernah janjikan kepadaMu dalam mendidik anak-anakku.. maka percepatkanlah urusanku dalam semua bidang..."

Berikut adalah gambar-gambar yang saya ambil untuk dikongsikan bersama pembaca blog ini.. Semoga bermanfaat dalam usaha bukan sahaja dalam mendidik anak menghafaz Al-Quran tetapi juga dalam membentuk  akhlak mereka sebagai duta Rasulullah SAW abad ini sekaligus mengkaji minat anak-anak ini untuk diasah agar menjadi golongan profesional yang bermanfaat kepada seluruh makhluk dan alam sejagat... Insya-ALLAH

 Gambar Ibnu Nafis (maaf saya terlupa dia pakar dalam bidang apa)


 Idola Angah Al-Jazari (Pakar dalam bidang kejuruteraan)


 Peta menunjukkan di kawasan mana Pakar-pakar ini yang kesemuanya penghafal Al-Quran melahirkan 'invention' mereka.. 


Salah satu replika ciptaan Al-Jazari -Perpetual Flute
 

 Ini adalah jam hasil ciptaan Al-Jazari - jam ini menggunakan patung gajah, patung manusia dan air


 Mesin Wuduk (saya terlupa hasil ciptaan siapa..)


 Tempat di mana air untuk digunakan untuk mengambil  wuduk keluar.. Ia mempunyai jangkamasa bila air ini keluar dan bila ia berhenti agar tidak berlaku pembaziran.. Subhanallah lihatlah bagaimana ahlul Quran berfikir..


 Mesin wuduk dan bagaimana ia beroperasi
 


 Kompas yang dicipta menggunakan sudu


 Salah satu hasil ciptaan Al-Jazari menggunakan patung kuda untuk memindahkan air kalau tak silap saya..

 Latar belakang  Al-Jazari.. The Muslim Engineer


 Alatan yang digunakan oleh Doktor-doktor zaman lampau.. Begitu juga dengan 3 lagi gambar dibawah..






 Puas saya mencari nama Ilmuan Islam yang merupakan ahli farmasi yang pertama namun tidak berjumpa.. Dan saya berharap achik Muhammad dapat meneruskan jejak saya ibunya sebagai Ahli Farmasi al-hafiz yang telus serta memberikan manfaat buat semua makhluk Allah SWT .. Amin.. Insya-ALLAH


 The House Of Wisdom - Sepatutnya semua sekolah tahfiz mengadakan lawatan mereka ke sini dan membuka mata anak-anak tahfiz tentang masa hadapan mereka yang bukan hanya sekadar menjadi imam-imam di masjid...


 Ini adalah alatan yang digunakan oleh ahli-ahli farmasi zaman dahulu untuk menghasilkan sediaan formulasi ubat-ubatan yang mana pada hari ini telah bertukar kepada mesin-mesin tablet, sirup dan sebagainya di kilang-kilang GMP (Good manufacturing Practice) atau IMP (Islamic Manufacturing Practice)


 Ini adalah buku dan replika hasil binaan oleh pakar architecture.. Dulu semasa di USM saya berkesempatan mengambil jurusan Keseniaan Islam sebagai subjek minor di mana saya masih ingat Ustazah yang mengajar menyatakan rumah orang-orang Islam harus mempunyai taman di tengah-tengah rumah di mana semua tingkap bilik bila dibuka akan melihat ke arah taman yang kehijauan dan disinari cahaya matahari.. Jika orang-orang perempuan mahu ke taman tersebut juga sambil melayan anak-anak bermain mereka bebas untuk tidak menutup aurat dengan pakaian yang mereka sukai kerana tertutup dari pandangan lelaki ajnabi... Begitu juga pintu-pintu rumah dan ruang tamu perlu dibuat 2 agar bilamana tetamu wanita dan lelaki datang bertandang mereka akan masuk dari pintu berbeza dan tiada lelaki yang ajnabi yang boleh nampak aurat wanita yang ada di dalam rumah tersebut... Subhanallah..Banyak lagi yang saya masih ingat tentang dekorasi, kedudukan tandas, surau dan sebagainya. Betapa saya hingga ke hari ini mengimpikan rumah yang sedemikian rupa.. Subjek inilah yang patut dipelajari oleh setiap anak-anak yang meminati bidang lukisan dan architecture... 


 Idola Along Al-Jahiz -Veterinarian Muslim Yang hafal Al-Quran. Ini buku yang ditulis tentang rahsia binatang-binatang hasil pemahamannya tentang rahsia binatang di dalam Al -Quran... Saya berharap Along akan dapat menterjemahkan lebih banyak lagi rahsia di dalam Al-Quran tentang binatang dan menyebarkan ilmu tersebut dalam bentuk penulisan seperti Al-Jahiz sekiranya dia minat menulis jika tidak cukup sekadar dia menghasilkan keluaran organik daripada sumber haiwan seperti apa yang dilakukan oleh Dr. Zainol (Az-Zain)


 Inilah rupa  bentuk dan tajuk buku Al-Jahiz yang ditunjukkan di atas..
 
 

 Salah satu ilmuan Islam -Banu Musa Bersaudara..


Salah satu replika  yang dihasilkan oleh ilmuan Islam..
 
 
 Bapa Perubatan - Ibnu Sina
 
 
Angkasa Petunjuk Masa
 
 

 
 

No comments:

Post a Comment