Tuesday, May 7, 2013

Sydney, Australia Dalam Kenangan..

Ketika bekerja dengan sebuah syarikat Veterinary Trading Multinasional dari tahun 2001-2008 suatu masa dulu saya berpeluang untuk mengikuti 'company trip' ke beberapa negara dan negeri dalam Malaysia... Antara negara yang pernah saya lawati ialah Cina (Beijing), India (Delhi, Agra, Jaipur), Australia (Sydney), Thailand (Hatnyai..betul ke saya eja..) manakala dalam Malaysia pula saya berkesempatan ke Sabah dan Sarawak..  Cuma Hong Kong saja yang saya tidak berpeluang untuk mengikuti lawatan kerana sedang sarat mengandungkan Muhammad.. Takut pula achik Muhammad tu dilahirkan atas kapal terbang atau di Hong Kong..

Manakala untuk 'meeting Regulatory Affairs Manager bagi negara-negara Asia' secara tahunan saya terpaksa seorang diri berkelana ke Filipina dan Nan Chang, China...Cuma ke Phuket, Thailand sahaja saya tidak berkesempatan kerana sebab-sebab tertentu. Satu pengalaman yang menakutkan.. Tapi itulah cabaran yang antaranya membawa kepada persediaan yang Allah SWT telah rancangkan kepada saya hari ini.. Sudahlah di department saya hanya saya seorang sahaja yang membuat segala-galanya daripada mem'fotostate' dokumen, 'filling' hinggalah kepada mengendalikan meeting.. begitulah kami diajar oleh boss yang sangat berdedikasi.. Bilamana mahir dalam satu-satu bidang beliau akan sengaja memberikan kami tugasan-tugasan baru supaya kami mahir dalam segala bidang... Bila direnung kembali dahulu memanglah banyak omelannya tapi sebenarnya itulah pengajaran termahal bilamana dengan ujian yang berlaku sekarang saya sekali lagi terpaksa  menguruskan segala-galanya sendirian dengan bantuan Allah SWT dan hamba-hambaNya yang ikhlas.. Alhamdulillah

Saya sentuh sedikit tentang perjalanan saya ke Nan Chang, China... Masha-Allah orang-orang di negeri Cina ni tak tahu berbahasa Inggeris rupanya... Sekali lagi ianya seperti ayam bercakap dengan itik.. Puas saya bercakap tapi seorang pun tidak faham.. Saya perlu turun di Shang Hai dan kemudian menaiki bas ke terminal yang lain untuk menaiki domestik flight ke Nan Chang... Namun tiada seorang pun tahu menjelaskan kepada saya bagaimana saya perlu ke sana dan masa berjalan pantas... Entah apalah yang dikatakan oleh mereka dalam bahasa Cina saya  pun tidak tahu... Saya sebelumnya dalam kapal terbang terpaksa duduk bersebelahan dengan seseorang yang tidak berhenti minum ...(anda tentu faham apa maksud sayakan?) Subhanallah baunya Allah saja yang tahu.. Sungguh memualkan saya.. Saya yang tidak tahu untuk berbuat apa-apa terus membuka Al-Quran kecil yang senantiasa saya bawa dan membacanya sehingga sampai ke Shang Hai...Berdebarnya saya Allah saja yang tahu..

Berbalik kepada kisah saya yang ingin ke terminal domestik flight.. Dalam keadaan bercakap seperti ayam dan itik itu tiba-tiba bahu saya ditepuk oleh seseorang.. Hampir saja saya memeluk boss saya Anne-Lise kerana begitu gembira bertemu dengannya di  saat saya hampir berputus asa bercakap dengan pekerja di kaunter lapangan terbang Shang Hai tersebut... Anne-Lise adalah salah seorang boss saya yang bertempat di Singapura. Beliau adalah boss sangat saya kagumi kerana kecantikannya, kepantasannya dan keprofesionalannya dalam mengendalikan segala permasalahan regulatori di negara Asia mahupun negara-negara lain yang terlibat seperti Perancis, Itali, dll. Sememangnya Anne-Lise berasal dari Perancis tetapi berkahwin dengan orang di negeri Cina dan fasih berbahasa Mandarin.

"Next time don't do like this, you gonna get lost in China.. ", marah Anne-Lise pada saya..

"Lucky that I met you, why don't you ask your chinesse friend in Malaysia to write on a paper in Chinesse what you need to ask to these people?" bebel Anne-Lise lagi...

Subhanallah itulah pengalaman yang paling menakutkan dan Alhamdulillah Allah membantu saya dengan menghantar Anne-Lise pada masa yang tepat... Maka kami bersama-sama menaiki bas ke terminal domestik flight dan kemudiannya terbang bersama-sama ke Nan Chang...  Satu tempat pendalaman di Cina yang sangat indah dan sejuk di mana kebanyakan kilang berpusat di situ.. bagi kami hanya bertumpu kepada kilang penternakan dan pemvaksinan ayam..

Sepanjang perjalanan ramai mat-mat salleh ternganga bila Anne-Lise bercakap dengan fasih dalam Bahasa Mandarin kepada peramugari-peramugari... Tergelak saya dibuatnya.. nasihat Anne-Lise

"After this, go back to Malaysia and start to go to mandarin class ok..", ujar Anne-Lise sambil tersenyum..

Namun, Anne-Lise tidak pernah tahu bahawa saya lebih mencintai bahasa Arab daripada bahasa Mandarin.. Kerana itu walaupun 8 tahun bersama sahabat-sahabat berbangsa Cina saya memang tidak akan mahir berbahasa Cina.. :)

Dah lari tajuklah pula..

Dalam banyak-banyak tempat saya berkelana mengikut Company Trip.. tempat yang paling saya suka ialah Sydney, Australia...Kalau berkelana di tempat-tempat lain siaplah bekal maggi mee, Brahim, serunding dsb sbb kesukaran untuk mendapatkan makanan halal bilamana majoriti staf adalah non-muslim.. Tapi lain halnya di Sydney.. Saya mendapat kepercayaan untuk menjaga perihal makanan bagi staf-staf Muslim dengan wang poket untuk makanan diberikan kepada saya untuk mengaturkan semuanya. Syukur Alhamdulillah kerana saya mempunyai sahabat bernama Nitayati yang menjadi dentist dan bertugas di Australia (bukan di Sydney), melalui dialah saya dapat berhubung dengan Malaysia Hall Australia dan diperkenalkan kepada kalau tak silap saya Norhayati yang setiap hari akan memasak dan menghantar makanan tengahari dan malam kepada kami di  Metro Hotel, Sydney. Di hotel tersebut ramai pekerja Melayu Islam berasal dari Singapura dan merekalah yang bertugas memastikan 'breakfast' yang disediakan adalah halal..

Beberapa perkara yang menarik tentang Australia ialah terdapatnya berbilang kaum dan bangsa menetap di sana dan mereka hidup aman damai.. Jika berjalan kaki juga sangat mudah dan tidak akan tersesat kerana ia adalah dalam bentuk blok-blok yang dilabelkan A.B.C dan seterusnya..  Maka biasanya pada waktu petang selepas tamat lawatan kumpulan, saya akan berjalan seorang diri ke mana-mana sahaja di sekitar kawasan hotel...

Waktu kerja juga tamat awal tak kira apa juga agensi... kira-kira dalam pukul 6 petang, shopping compleks juga hanya 1 atau 2 sahaja yang dibuka hingga lewat malam... Tiada tekanan dan sangat mementingkan suasana kekeluargaan.. Malahan jika berjalan kaki di sekitar Sydney, terdapat padang-padang yang luas sebagai tempat anak-anak berlari dan bermain begitu juga kawasan yang mempunyai air yang cetek dengan pancutan air sangat terbuka kepada anak-anak kecil yang dengan selamba akan bermain-main air di situ... Subhanallah.. Seperti syurga dunia.. sangat aman dan damai suasana di sana...

Jika ke Sydney atau mana-mana tempat di Australia juga anda hanya perlu mengambil tiket kapal terbang sahaja sebenarnya.. Jika anda mahu ke mana-mana cukup sekadar mengambil leaflet di bahagian bawah hotel atau bertanya kepada staf-staf hotel tersebut bagaimana untuk menaiki tube/monorel (begitulah lebih kurang macam komuter saya pun dah lupa apa yang dipanggil di sana).. Saya dan beberapa orang staf Muslim juga begitu bilamana terdapat lebihan duit untuk makanan ada yang mahukan duit tersebut dan mana yang mahu berjalan pada hari di mana kami dibebaskan untuk travel sendiri salah seorang pekerja hotel mencadangkan agar kami ke Auburn City menaiki monorel yang saya katakan tadi.  Di situ adalah bandar orang Islam terutamanya orang-orang Turki dan terdapat sebuah masjid orang-orang Turki yang bernama Gallipoli Mosque... Perjalanan yang sangat bermakna buat saya...Berikut gambar-gambar menarik yang dapat saya kongsikan..

 Sydney Bridge..



 Inilah Auburn Gallipoli Mosque.. Usai menunaikan solat tahiyatul masjid saya terkejut melihat ramai anak-anak mat saleh di peringkat tadika berjalan dalam barisan di dalam masjid dan guru-guru mereka pula sedang mendengar penjelasan seorang wanita di sekitar saya.. Rupa-rupanya mereka adalah saudara-saudara non-muslim yang datang melawat masjid sambil mendengar penerangan tentang Islam dan fungsi masjid.. Subhanallah satu perkara ajaib yang tak pernah saya lihat...

 Inilah tempat bermain air yang saya nyatakan di atas.. Nampak tak seorang anak kecil sedang  bermain air di tengah-tengahnya.. Seronokkan??

 Tempat bermain air ini pula terletak bersebelahan dengan Mc Donald.. Anak-anak bebas masuk ke dalam air dan kemudian keluar untuk disuap oleh ibu mereka dan kemudian masuk kembali untuk bermain.. Saya melihat keadaan ini dengan harapan satu hari nanti dapat membawa anak-anak saya ke sini.. Kalau pun Mc Donald tu tak dapat dimakan  namun disekitar hotel banyak restoran-restoran halal.. 

 Luaskan... Anak-anak bebas berlari ke sana-sini..
 


 The Fish Market


 Antara yang ada di Fish Market.. Langsung tak berbau Fish Market ni.. Kat Malaysia saya rasa takdelah pelancong nak jadikan pasar-pasar kita sebagai salah satu tempat perlancongan :)

 Kebersihan sangat terjaga, orang-orang Islam patut mencontohi mereka..


Entah kenapa batu-batu ni dinamakan 'The 3 Sisters', sampai ada yang berseloroh mengatakan rambut 'The 3 Sisters' tu keriting agaknya melihat kepada lekukan-lekukan pada batu-batu tersebut..


Papan tanda lazim di Australia.. kalau di tempat kita yang banyak ayam-ayam, kambing atau lembu patutnya letak papan tanda cam ni.. Kat India pun gajah-gajah dengan selamba melintas jalan raya dan tak juga diletakkan papan tanda 'Gajah di hadapan'..
 
 
 
 
 


2 comments: