Friday, May 10, 2013

Mulianya Iman Bagi Seorang Muslim..

Mulanya tak nak tulis blog tapi tiba-tiba ternampak tajuk di atas dalam blog TINTA SI FAKIR.. Beliau Ustaz Gunawan Aziz yang merupakan antara penulis yang menulis dalam Majalah SOLUSI keluaran  Telaga Biru..

Apa yang beliau tulis adalah sama seperti yang Ustaz Yazid pernah syarahkan dulu iaitu semasa Allah SWT berikan kesihatan, umur dan kelapangan buatlah sebyk-byk amal (solat berjemaah di masjid, menghadiri majlis ilmu, membuat amar makruf nahi mungkar, dll) kerana bila kita diuji dengan kesakitan zahir mahupun batin (rohani atau jasmani), pahala segala kebaikan itu akan terus berjalan Subhanallah.. Sepanjang masa kita berada di hospital contohnya Allah SWT akan menyuruh malaikat menulis segala kebaikan yang pernah kita lakukan ketika sihat hinggalah kesakitan itu di angkat dan Allah menyucikannya dari segala dosa ataupun Allah mengambil nyawanya dan Allah akan mengampuni dan merahmati rohnya. Berikut apa yang saya copy daripada blog beliau

Imam al-Bukhari telah merekodkan satu riwayat yang bersumber daripada Abu Sa’id Khudri r.a. dan Abu Hurairah r.a.; bahawa Nabi s.a.w. bersabda,
مَايُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِن نَصَبٍ وَلاَوَصَبٍ ، وَلاَهَمٍّ وَلاَ حَزَنٍ،وَلاَ أَذًى،وَلاَغَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَاإِلاَّ كَفَّرَ اللهُ بِهَامِنْ خَطَايَاهُ.
“Tidaklah menimpa seseorang muslim sama ada letih, sakit, kerisauan, kesedihan, kesusahan, atau kebimbangan bahkan tusukan duri sekalipun melainkan Allah s.w.t. akan menjadikan semua itu sebagai kifarah kepada dosa-dosanya.”
 
Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
" Bagi setiap seorang hamba ada martabat yang tertentu di sisi Alah SWT dan apabila hamba itu tidak dapat mencapai martabat itu dengan amalannya, maka Allah SWT akan terus mengujinya dengan perkara-perkara yang tidak disenanginya (sperti sakit, susah dan sebagainya) supaya dengan perantaraan perkara-perkara yang tidak disenanginya itu dia dapat mencapai martabat tersebut”.
(Riwayat Abu Ya’la)
 
Saiyidatina Aisyah r.ha berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Mana-mana orang Islam yang terkena tusukan duri malah kesusahan yang lebih kecil daripada itupun akan diberi ganjaran satu darjat dengan sebab kesusahan itu dan satu dosa akan dimaafkan”.
(Riwayat Muslim)
 
Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
" Bala berterusan akan menimpa orang mu’min lelaki dan perempuan sama ada pada dirinya sendiri, anaknya atau hartanya (yang menyebabkan dosa-dosanya sentiasa gugur) sehingga dia bertemu dengan Allah SWT dalam keadaan dia tidak mempunyai apa-apa dosa”.
(Riwayat Tirmizi)
 
Anas bin Malik r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
Apabila Allah SWT menguji seseorang hamba yang Islam dengan apa-apa penyakit jasmani maka Allah SWT akan memerintahkan seorang malaikat,
"Teruskanlah menulis ganjaran amalan yang biasa hamba ini amalkan (semasa dia sihat) sekiranya Allah s.w.t. menyembuhkannya, maka Allah s.w.t. akan membersihkan dan menyucikannya (daripada dosa-dosanya) dan sekiranya Allah s.w.t. mengambil nyawanya, maka Allah s.w.t. akan mengampuni dan merahmatinya”.
(Riwayat Abu Ya’la dan Ahmad)
 
Syaddad bin Aus r.a berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, Allah s.w.t. berfirman, 
" Apabila Aku timpakan ujian (dengan musibah, sakit dan lain-lain kesusahan) ke atas salah seorang daripada hamba-hamba-Ku yang beriman dan dia memuji Daku (kerana redha) maka (Aku akan memerintahkan para malaikat),” Tulislah segala ganjaran amalannya yang baik sebagaimana yang biasa kamu tulis semasa dia sihat”.
(Riwayat Ahmad dan Thabrani)
 
Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
"Sentiasalah demam panas dan sakit kepala yang menimpa mana-mana hamba Allah SWT lelaki mahupun wanita, akan menjadikan tidak ada sebarang dosa walaupun sebesar biji sawi tinggal bagi mereka, sedangkan sebelum itu mereka menanggung beban dosa sebesar gunung Uhud”.
(Riwayat Abu Ya’la)
 
Semua riwayat di atas menjelaskan secara nyata menjelaskan beberapa kelebihan atau ganjaran yang dikurniakan kepada seseorang yang diuji dengan kesakitan atau sebarang kesusahan. Bagaimanapun, cuba kita selami sedikit mendalam, kenapakah begitu banyak fadilat dan kemuliaan diraih oleh seseorang yang diuji dengan sakit dan kesusahan ini? Sebenarnya, hadis ini semua turut menjelaskan satu perkara lagi, iaitu menunjukkan kepada kita betapa mulianya seseorang yang mempunyai iman dan Islam. Begitu mulianya seseorang yang beriman, sehingga apa sahaja yang berkaitan dengan diri mereka akan bernilai di sisi Allah. Satu tusukan duri sahaja pun, cukup untuk menyebabkan keampunan Allah dicurahkan kepadanya. Malah, apa sahaja kesedihan atau kebimbangan hati mereka, sudah mampu menarik perhatian Allah lalu dikurniakan segala macam rahmat, maghfirah dan ganjaran dari sisi Allah.
Sedarkah kita betapa mulianya seseorang muslim itu di sisi Allah?
 
 

No comments:

Post a Comment