Thursday, April 23, 2009

Umrah Jordan-Syria Pt 3


Checkpoint Sempadan Syria-Jordan





17-July-08: Selepas sarapan kami bertolak ke Amman, Jordan. Dalam perjalanan Mr. Kamil sempat bercerita tentang sejarah Kota Damsyik, pada ketika berlakunya Peperangan Salib Damascus merupakan satu-satunya kubu di Syria. Di zaman pemerintahan Sultan Nuruddin Zirukilah berlakunya peristiwa cubaan mencuri jasad Rasululullah (SAW) di Madinah. Di mana Allah SWT mengilhamkan mimpi tentang niat jahat tersebut kepada sultan dan akhirnya penjahat tersebut berjaya ditangkap. Perjalanan sekali lagi mengambil masa selama 6 jam dan kami terpaksa melalui check point tempat pemeriksaan passport di Sempadan Syria-Jordan.

Aku jatuh cinta dengan bumi anbiya' Syria. Ketika bersiar-siar di bandar Damsyik aku berkesempatan untuk beramah-mesra dengan pelajar2 Malaysia yang belajar di sana. Sungguh bertuah mereka ini. Jika diberi peluang dan rezeki oleh Allah SWT aku ingin ke sini lagi kerana masih banyak tempat yang belum aku lawati. Antaranya:-
  • Makam para sahabat di Bab Saghir
  • Makam Habil (anak Nabi Adam) di sempadan Lubnan-Syria
  • Makam sahabat Abu Hurairah (r.a.) di bandar lama Damascus
  • Makam sahabat Khalid Al-Walid (r.a.) di Homs
  • Makam khalifah Umar Abdul Aziz yang terkenal sebagai pemimpin yang sangat tawadduk dan amanah di Ma'aratun Nu'man
  • Kincir air yang dibina ribuan tahun dahulu
  • Makam Nabi Zakaria di Bandar Halab
  • Makam Imam Nawawi (atau nama sebenarnya Abu Zakariya Yahya b. Sharaf, wafat pada tahun 631H) dan makam Nabi Ayyub (a.s) di Nawa.
Tiba di Jordan kami terus ke Laut Mati dan makan tengahari di sebuah Restoran yang terletak di sebelah Laut Mati tersebut. Ia terletak 9 metre di bawah paras air laut. Laut Mati dikaitkan dengan kisah kaum Nabi Allah Luth (a.s). Tahap kemasinan air ini adalah 32%, tersangat masin hingga garam berbentuk hablur dan batu boleh dilihat ditepian tasik.






Laut Mati


Ia juga dikenali sebagai "Nabi Allah Luth Lake". Ia adalah bekas tapak kaum Nabi Allah Luth yang telah diazab oleh Allah (SWT) sehinggakan tiada suatu makhluk Allah pun dapat hidup didalamnya hingga ke hari ini. Ia juga dikenali sebagai Laut Mati kerana tasik ini mengumpul air dari sungai-sungai di Jordan tapi tak memberikan sebarang hasil. Lebar tasik ini adalah 7 metre ke arah sempadan Jerusalem.

Selain Nabi Allah Luth (a.s.), nabi-nabi lain yang pernah berada di Jordan adalah Nabi Musa (a.s.), Nabi Harun (a.s), Nabi Isa (a.s.), Nabi Yahya (a.s.), Nabi Syuib (a.s.), Nabi Ilyas (a.s.), Nabi Ilyasa' (a.s.), Nabi Khidir (a.s.) dan Nabi Yusya' (a.s.).

Bersama wanita Palestine di hadapan Masjid Al-Kahfi



Tinggalan dalam Gua Kahfi





Masjid yang dibina di kawasan Gua Al-Kahfi



Gua Al-Kahfi



Kubur Al-Kahfi



Tulang-tulang Al-Kahfi


Suhu air Laut Mati ketika kami berada di situ adalah antara 38 - 40C. Sememangnya sangat panas kerana bulan Jun - Ogos merupakan musim panas manakala bulan Disember - Febuari merupakan musim salji bagi Syria, Jordan dan negara-negara Arab sekitarnya. Kami sepatutnya melawat Makam Nabi Allah Syuaib (a.s.) namun disebabkan kesuntukan masa kami hanya melawat Gua Kahfi dan kemudiannya ke airport untuk menaiki pesawat Royal Jordan ke Jeddah. Kisah Al-Kahfi belaku 2 abad yang lalu (pada zaman Roman). Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui jumlah sebenar mereka samada 5 atau 6 atau 8 termasuk seekor anjing. Mereka dipercayai tertidur selama 309 tahun (wallahu'alam). Namun, kesan2 tulang Al-Kahfi serta gua tempat mereka ditemui menunjukkan betapa berkuasanya Allah SWT memelihara tapak tersebut yang mana kisahnya kita boleh temui dan baca di dalam Al-Quran (Surah Al-Kahfi) hingga ke hari ini....

No comments:

Post a Comment