Monday, April 27, 2009

Umrah Jordan-Syria Pt 5

Kami tiba di Mekah pada waktu petang. Setelah berehat sebentar kami dengan diketuai oleh Ustaz Daud terus ke Masjidiharam untuk tawaf, saie serta bertahalul bagi menyelesaikan umrah..Alhamdulillah selesai umrah sunat kami.


Di hadapan Masjidilharam

Di Mekah kami tinggal selama 8 hari dan sempat membuat beberapa Umrah dengan bermiqatkan Tana'im dan Hudaibiyah. Sempatlah aku menunaikan umrah buat arwah tok, chak dan mummy yang uzur. Mekah ketika itu sedang dalam proses meruntuhkan hotel2 lama bagi tujuan membesarkan Masjidil Haram, tempat saie juga akan ditambah menjadi 5 tingkat. Keadaan sangat berdebu. Hotel yang kami tinggal semasa menunaikan haji 4 tahun yang lalu di kawasan Masjid Kucing juga telah diruntuhkan, begitu juga Pasar Zink (Pasar Zink adalah tempat melontar a.k.a shopping yang sgt famous bg jemaah haji coz ala-ala Petaling Street boleh bargain).

Sekarang kami ditempatkan di kawasan yang lain iaitu di belakang Hotel Hilton di kawasan Bani Syubaikah. Setiap hari kami akan melalui Ben Laden Supermarket untuk ke Masjidilharam. Disebabkan cuaca panas tidak seperti ketika kami datang 4 tahun yang lalu iaitu pada bulan Jan-Feb yang merupakan musim sejuk ia menjadi tempat persinggahan kami selain utk dapat kesejukan air-cond dapat juga menjamu mata (window shopping) sambil minum jus mangga yang sangat enak.

Selain solat 5 waktu berjemaah di Masjidilharam serta menunaikan umrah2 sunat, kami sempat melawat ke Ladang Unta dan minum susu unta dalam perjalanan ke Hudaibiyah, melawat masjid Hudaibiyah(tempat perjanjian Hudaibiyah termeteri), Museum of Two Holy Mosque, Gua Thur, Gua Hira' (hubby saja yang berpeluang panjat sebab aku pregnant.. Hu.. Hu..), Jabal Rahmah, Mina, Mudzhalifah serta tempat Jamrah (ketika itu dalam proses renovasi menjadi 3 tingkat jadi kami cuma melihat dari atas bas sahaja).

Dahulu selepas melawat Museum of 2 Holy Mosque kami berpeluang melawat kilang membuat kain kiswah (kelambu Ka'abah) tapi kali ini jemaah tak berpeluang ke situ. Alhamdulillah dulu dah dapat pergi. Kain Kiswah ditukar setiap tahun ketika semua jemaah haji berada di Padang Arafah untuk berwukuf kerana hanya pada ketika itu sahaja boleh dikatakan Ka'abah agak lengang sedikit. Hanya tinggal Masyarakat Arab sekitar atau mereka yang berada di Mekah dan tidak menunaikan Haji sahaja di Masjidilharam.


Museum of Two Holy Mosque


Gambar telaga zam-zam dalam Muzeum (sekarang semuanya telah ditutup). Tahun 2004 dulu pun dah takde.


Minum susu unta (5 Riyal sebotol) di ladang unta



Tapak Masjid lama Hudaibiyah

Di Mekah dan Madinah aku tinggal sebilik dengan Makcik Arbi, Makcik Azizah dan Wan. Seronok mengenali Makcik Arbi yang walaupun berpangkat datin tapi sangat peramah begitu juga Makcik Azizah. Ada satu ketika kami sama2 berjalan menyelusuri persekitaran Masjidilharam bersama Ustaz Daud yang asyik bercerita dan menunjukkan bekas tapak rumah di mana Rasulullah SAW dilahirkan (sekarang menjadi perpustakaan), tapak rumah Saidina Ali dan Fatimah r.a, Masjid Jin dll. Sayang sekali aku lupa membawa kamera sob..sob.. Makcik Arbi membawa kami ke kedai menjual jubah sahabatnya di sana yang bernama 'Ahmad Albab'. Aku ingatkan makcik Arbi berseloroh tapi rupanya memang betul nama sahabat makcik Arbi yang dipanggilnya Mat itu 'Ahmad Albab' malah dia pandai berbahasa Malaysia. He..He..He...

Tidak ramai orang di Mekah ketika itu, aku berpeluang menunaikan tawaf sunat berkali2 dalam jarak yang begitu dekat dengan Kaa'bah. Aku juga berpeluang memasuki Hijir Ismail untuk solat sunat dan berdoa', cuma aku agak keberatan untuk berasak beratur untuk mencium Hajar Aswad memandangkan aku masih mengandung di Trimester pertama. Namun aku bersyukur kerana ketika musim haji dahulu aku langsung tak berpeluang untuk mendekati hijir apalagi untuk menyentuh Ka'bah. Masih lagi aku terbau haruman kain kiswah Ka'abah yang begitu harum.. Betapa aku rindu pada tanah Mekah dan Madinah..

Pada suatu hari, Makcik Arbi mengajak aku ke rumah bapa saudara Ustaz Daud yang mereka panggil Pak su yang berasal dari Kedah dan telah lebih 30 tahun bermastautin di Mekah bersama keluarganya untuk makan malam di situ. Gembira betul aku mendapat undangan istimewa makcik Arbi tersebut.





Hidangan nasi mandi istimewa di rumah Toksu. Makcik Arbi sedang meneliti hidangan

Anak2 dan cucu2 Paksu (Rasanya patut aku panggil Tok su kerana umur mereka sudah lebih 80 tahun) fasih berbahasa Arab. Begitu juga Toksu. Rupa mereka juga seiras orang2 Arab kerana telah lama berada di tanah Arab. 4 daripada 6 orang anak2 Tok su telah mendapat taraf kewarganeraan yang tetap. Sungguh bertuah mereka sentiasa dapat menunaikan Umrah dan Haji dan berada di bumi yang paling mulia dan dicintai oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Makanan dan buah-buahan yang mereka hidangkan sungguh enak sekali. Tak habis kami makan He3x.. Kami juga dihidangkan dengan teh pudina yang sungguh sedap sekali. Aku tidak akan lupakan sampai bila2 keramahan Toksu sekeluarga pada kami seolah-olah mereka adalah keluarga aku sendiri..

Ustaz Daud berpesan agar sentiasa berdoa' moga Allah SWT akan memurahkan rezeki dan menjemput kita untuk datang lagi berkali-kali ke Mekah dan Madinah..Terima kasih Ya Allah terutamanya kerana mempertemukan aku dengan ustaz Daud dan isteri yang banyak memberikan tunjuk-ajar dan nasihat . Moga aku dijemput lagi menjadi tetamu-Mu di masa akan datang. Hiba meninggalkan Tanah Mekah kerana tidak tahu bila agaknya aku bakal menjadi tetamu Allah lagi.

No comments:

Post a Comment