Thursday, October 28, 2010

Jawapan buat Harlina.. Kaedah Al-Huffaz dan Allah Makes Series

Setelah membaca kembali komen Harlina dan jawapan yang saya berikan saya merasakan bahawa jawapan itu tidak menyeluruh kerana saya menaipnya dalam keadaan tergesa-gesa kerana kesuntukan masa. Maka saya telah deletekan jawapan itu dan ingin menjawabnya di sini..

Saya ceritakan pengalaman saya dalam menggunakan buku Al-Huffaz kepada anak saya Muhammad yg kini berusia 5 tahun. Buku Al-Huffaz ini adalah dalam bentuk ayat suci Al-Quran sepertimana susunannya di dalam Al-Quran tetapi dipecah2kan bagi memudahkan hafalan. untuk menggunakan buku ini sebaiknya anak itu sekurang-kurangnya sudah pandai membaca Buku Iqra' 6 atau buku Qiraati 5 (Iqra' ada 6 buku manakala Qiraati ada 5 buku).. Sebelum anak pandai membaca sebaiknya digunakan tape/cd juzuk amma diikuti dgn kita sendiri sentiasa membacakan padanya dan meminta dia mengulangi apa yg kita baca. Mulakan daripada surah Al-Fatihah (biasakan dia mengenal apa itu surah Al-Fatihah, Al-Ikhlas, An-Nas dgn cara meminta dia membaca surah dgn menyebut nama surah tersebut, lama-kelamaan dia akan tahu bahawa surah Al-Fatihah itu adalah Alhamdulillahhirabbila'lamin... dan begitu juga yg lain2)

Bila telah terbiasa dgn routine membaca surah yg telah dihafal (bila dia dpt mengingati Surah Al-Fatihah atau ada sedikit2 yg salah teruskan dgn Al-Ikhlas dan seterusnya) anak itu sendiri akan membaca apa yg dihafalnya mengikut turutan yg ada di dalam juzu' Amma atau tape/cd..

Pengalaman saya dgn Muhammad saya mulakan dgn kedua2 serentak iaitu belajar Qiraati dan menghafal secara membacakan surah itu kepadanya dan meminta dia mengulang kembali hanya pada awal tahun ini (agak lewat tapi pencapaiannya lebih cepat daripada abang dan kakaknya). Hanya setelah membaca blog ibu Darwisya saya perkenalkan tape padanya. Tape yg saya ada mengandungi 2 tape yg mempunyai bacaan keseluruhan juzuk amma, jadi saya perdengarkan keseluruhan tape 1 dahulu sekurang2nya sekali sehari dan bilamana bacaan itu melekat di hati dan terngiang2 di telinga dengan mudah dia dapat membaca surah2 berikutnya apabila disuruh.

Komitmen, disiplin dan kesabaran amat penting di mana ia perlu menjadi routine hinggakan anak itu terbiasa melakukannya.. Jika dilakukan secara tidak berterusan anak akan mudah lupa hafalannya dan liat untuk diajar mengaji.. Hanya setelah Muhammad tamat Qiraati dan mula membaca Al-Quran selepas Ramadhan baru2 ini saya perkenalkan kepadanya dengan Al-Huffaz tanpa meninggalkan tape (seperti saranan ibu Darwisya). sebenarnya tidak lama masa yg kita ambil utk kedua2 ini lebih kurang 15-20 minit sahaja setiap hari. Bila dia sudah mula menyukai routine ini saya biasanya akan menambah masa itu sedikit demi sedikit tetapi tidak melebihi 1/2 jam melainkan hafazan surah sudah semakin banyak kelak. Itupun boleh disediakan jadual surah yg perlu diulang setiap hari yg dipecah2kan...Berikan reward kepadanya berupa benda2 yg disukainya bila dia sudah semakin besar sering2lah ungkapkan kepadanya bahawa dia membaca/ menghafal bukan utk mengejar reward tetapi kerana Allah SWT..

Jika anak puan Harlina sekarang berusia 2 tahun lebih sebaiknya dimulakan dengan flashcard Al-Furqan supaya dia dapat mengenal semua baris terlebih dahulu (fathah, kasrah, dhammah, tanwin) dan kemudiannya diteruskan dgn buku 3 Iqra' atau buku Qiraati..(Ini juga adalah saranan ibu darwisya yg Insya-ALLAH sedang saya praktikkan pada anak saya yg keempat Mawaddah).. Diharap penjelasan ini bertepatan dengan soalan Puan..

Bagi buku Allah Makes The Series boleh didapati di Saba' Islamic Media di Setiawangsa. Saya tidak ada alamat dan no telefonnya. Mungkin boleh tanyakan pada operator.

2 comments:

  1. Buku Al-Huffaz dan CD ini nak beli kat mana, boleh bantu saya

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum fauzi,

    Ini alamat buku al-huffaz
    Al-Huffaz Consulting Sdn. Bhd
    No.11 & 11A, Jln Nirwana 39, Taman Nirwana,
    68000 Ampang, Selangor

    Tel: 03-9282 1445/ 03-9281 2430; Faks 03-92826976
    E-mail: huffaz@al-huffaz.com.my
    Laman web: www.al-huffaz.com.my

    CD dan tape banyak dijual di kedai2 menjual buku ugama.

    ReplyDelete