Perjalanan ziarah kami belum berakhir lagi. Kami melawat ke Petra yang merupakan salah satu keajaiban dunia. Di sini merupakan bekas tapak kaum Aad dan Tsamud (kaum Nabi Saleh a.s.) yang pakar dalam seni bina dan ukiran batu bukit pada zaman itu hingga dapat membina rumah di dalam bukit. Sebelum sampai ke situ juga kami melalui kawasan 12 mata air nabi Musa a.s dan di atas sebuah bukit kami dapat melihat kawasan bertanda hijau yang merupakan Makam Nabi Harun a.s.
Perjalanan ke Petra tempat di mana Indiana Jones melakukan penggambaran mengambil masa 1 jam untuk tiba ke situ dengan berjalan kaki melalui kawasan berbatu-batu di kawasan berlembah yang sungguh unik warna dan teksturnya. Kami ingatkan kami akan berjalan dalam keadaan panas, rupanya perjalanan ke Petra sangat nyaman kerana ia menuruni lembah. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam pergi dan balik. Perjalanan juga boleh diteruskan apabila tiba di Petra selama 1 jam lagi di mana lebih banyak ukiran batu boleh ditemui. Namun, kami memilih untuk berhenti di Petra sahaja. Ramai Mat Saleh yang datang melawat ketika itu. Harga tiket untuk masuk juga mahal malah kami juga boleh memilih untuk menunggang kuda atau keldai atau menaiki kereta kuda pergi dan balik. Namun harganya tersangatlah mahal. Harga untuk menaiki kereta kuda ialah USD20! Menunggang kuda USD 10-15 dan yang paling murah menunggang keldai USD 5 He..He..He..!
Tapi tak sampai hati aku tengokkan si keldai walaupun murah. Mahu patah agaknya tengkok si keldai tersebut ..
Berhenti makan di sebuah Restoran sebelum ke Petra
Perjalanan bermula, kereta kuda kelihatan sedang menunggu passenger
Keunikan rupa bentuk batu dalam perjalanan (kelihatan seperti seekor gajah)
Perjalanan semakin hampir ke destinasi
Dah tiba ke tempat yang merupakan 1 of the 7 wonders of the world 'PETRA'
Selepas melawat ke Petra kami berehat sebentar di Hotel Airport, mandi dan menukar baju sebelum menaiki Royal Jordan ke Bangkok. Dari Bangkok kami ke Malaysia menaiki pesawat Thai Airways.
Berakhirlah perjalanan Umrah-Ziarah kami yang sungguh bermakna ke Bumi Anbia'. Jika direzekikan oleh Allah SWT lagi aku ingin mengikuti Ziarah ke Istanbul, Cairo dan lain-lain lagi. Membaca buku "Perjalanan Ibnu Batuta" lebih merangsang rasa hati untuk berjalan ke bumi-bumi anbiya' tersebut.
Antara yang aku ingat tentang kisah yang diceritakan oleh Ibnu Batuta di dalam bukunya ialah Terusan Siti Zubaidah yang di biayai pembinaannya oleh isteri seorang pembesar bernama Siti Zubaidah dan mewakafkan terusan tersebut untuk membekalkan air kepada jemaah Haji yang menunaikan haji. Ustaz Daud menunjukkan terusan tersebut kepada kami di Madinah dalam perjalanan ke Medan Magnet tapi tak sempat untuk aku mengambil gambar kerana bas sedang berjalan. Rupa terusan tersebut seperti Tembok Besar Cina tapi dalam saiz yang lebih kecil. Ia sudah tidak digunakan lagi namun betapa besarnya pahala seorang wanita yang bernama Siti Zubaidah itu yang telah menginfakkan hartanya ke jalan Allah SWT. Walaupun beliau telah tiada terusan itu masih digunakan lagi hinggalah sistem membekalkan air kepada jemaah Haji diadakan..
No comments:
Post a Comment