Sunday, July 25, 2010

Hafal Al-Quran Dalam Sebulan..part 2 SALAM RAMADHAN

Seperti yang dijanjikan berikut saya paparkan pengalaman mengkhatamkan hafalan dalam waktu singkat sepertimana yang dinyatakan di dalam buku..


Saya hanya akan mencatatkan pengalaman ukthi Iman dan Ukhti Ummu Zayid.. Kali pertama saya membaca kisah ukhti Ummu Zayid saya terpaku sebentar kerana doa yang dipanjatkan oleh ukhti Ummu Zayid adalah doa yang sama saya panjatkan pada Allah SWT selepas menerima ujian yang paling hebat 2 tahun yang lalu.. Yang pasti inilah hikmah kebesaran Allah (SWT) di sebalik ujian tersebut .. Saya amat mengkagumi pengalaman Ummu Zayid yang sangat menyentuh hati saya dan berharap agar dikurniakan kelebihan sepertinya..


'Pengalaman Ukhti Iman'


Suatu ketika aku duduk sendirian. Aku katakan pada diriku sendiri, " Apa yang akan engkau lakukan esok hari? Apakah engkau hanya menunggu sampai orang lain mendahuluimu mendapatkan keridhaan Allah ?"


Kemudian aku tatap diriku sendiri (di hadapan cermin). Padahal, sebelumnya aku tidak pernah memperhatikannya, dan tidak pernah pula merenung firman Allah SWT yang bermaksud:


'Dan juga pada dirimu sendiri. Maka, apakah kamu tidak memperhatikan?' (Adz-Dzariyat [51]:21)


Nikmat apakah ini, yang tidak ppernah kita sedari bahawa kita memilikinya? Dan tidak pernah ketahui akan kewujudannya? Semua potensi dan bakat besar itu telah diberikan oleh Dzat yang Maha Memberi kepada kita. Tetapi sayang semua itu tidak kita manfaatkan sebaiknya. Dan mengapa tidak kita renungi firman Allah(SWT) yang bermaksud:


'Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda) seluruhnya...' (Al-Baqarah [2]:31)


Maka segeralah manfaatkannya... Apabila bapak kita Adam (a.s) memiliki kemampuan untuk menghafal nama2 benda, maka kita sebagai anak keturunannya pun dapat melakukan hal yang sama. Tetapi sayang, unsur2 yang ada telah berkarat dan berdebu. Jika dibiarkan, maka perkara2 negatif akan memenuhi kepala kita, dan membuat pandangan kita terhalang. Sehingga, kita tidak dapat melihat kecuali dgn kemampuan yang amat terbatas. Setelah itu, kita pun akan merasakan betapa menderitanya menjadi orang yang lemah dalam menghafal.


Setelah itu dia pun mula menghafal dgn hafalan yang amat menakjubkan..


Pengalaman Ukhti Ummu Zayid


'Alhamdulillah, sesuai dengan kemuliaan wajah-Nya dan keagungan kuasa-Nya, aku telah khatam menghafal Al-Quran. Berikut ini pengalamanku, dan aku menghadiahkannya untuk kalian.

Segala puji bagi Allah, pujian yang sebanyak-banyak, sesuai dengan kemuliaan wajahnya dan keagungan kuasanya.. Wa ba'd.


Ini adalah masa2 indah yang berlalu dengan segala kisah yang ada di dalamnya. Inilah mimpi yang menjadi kenyataan serta memori kenangan yang selalu menghampiriku..


Tujuan terbesar dalam hidupku pada asalnya hanya untuk menghafal Surah Al-Baqarah dan Ali 'Imran. Demi Allah, sekali2 kalian tidak akan percaya bahawa sebenarnya aku adalah orang yang tidak memiliki kesabaran untuk menghafal Al-Quran secara keseluruhan. Ini kerana aku menganggap hal tersebut sebagai sesuatu yang mustahil dan sgt susah. Saat itu aku masih dgn tujuanku untuk menghafal Surah Al-Baqarah dan Ali 'Imran.


Aku beranggapan kedua2 surah itu adalah yang paling susah untuk dihafal. Aku juga beranggapan bahawa sukar sekali untuk mempertahankan hafalan tersebut dalam waktu yang lama. Subhanallah.. Tak terasa sudah 7 tahun aku mempertahankan hafalan kedua2 surah tersebut.


Ketika tiba bulan Ramadhan, tiba2 suamiku mengejutkanku bahawa dia akan beri'ktikaf selama 15 hari terakhir Ramadhan di Masjidil Haram..Tentu kalian mengerti akan kesulitan yang aku hadapi, kerana aku ditinggalkan sendirian bersama anak-anakku.


Kami tinggal di daerah yang jauh dari keluarga dan jiran tetangga di sini tidak peduli dengan urusan sesama tetangga. Di sudut lain,aku juga merasa gembira kerana suamiku akan ber'iktikaf.. Tetapi manfaat apa yang akan aku lakukan ketika sendirian nanti..?


Ketika waktunya telah tiba dan suamiku pergi untuk beri'ktikaf, aku pun merasa pahitnya ditinggalkan bersama anak2. Kemudian aku menadahkan tanganku kepada Dzat yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Lalu aku berdoa kepada-Nya dengan doa orang yang ditimpa kesusahan, sedang airmataku mengalir deras membasahi pipiku,


" Wahai Rabbku, Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Curahkanlah kepadaku rezeki berupa teman-teman yang solehah. Yang lebih baik dariku. Sehingga aku dapat meneladani mereka.Ya Allah, berikanlah aku sebaik2 teman.."


Sungguh dalam waktu yang singkat doaku dikabulkan oleh Rabb yang Maha Pengasih. Sebagaimana yang kita ketahui, bahawa Dia berfirman dalam kitab-Nya yang bermaksud


"Berdoalah kepada-Ku! Nescaya akan Ku perkenankan bagimu.. (Ghafir[40]:60)


Ketika aku duduk di depan komputer sambil mengakses internet mencari informasi tentang Al-Quran al-Karim, tiba2 mataku tertumpu pada akademi penghafal Al-Quran. Sebelumnya, aku tidak tahu bahawa masuknya aku ke komuniti ini adalah petanda terkabulnya doaku. Aku pun mengganggotai komuniti ini dengan rasa terharu..


Demi Allah yang tiada ilah kecuali Dia, keadaan aku ketika sign out forum ini adalah tidak seperti ketika aku sign in sebelumnya. Keadaan ini belum pernah aku impikan sebelumnya. Setelah itu fikiranku tertuju untuk beri'tikaf selama 10 hari terakhir Ramadhan dalam rangka menghafal Al-Quran.


Sungguh, merupakan kurnia dan taufik Allah ke atasku. Aku segera mendaftarkan diri untuk beri'tikaf di akademi penghafal Al-Quran tersebut tanpa keraguan.


'Setelah itu, kerinduanku (untuk menghafal) pun bertambah. Sementara kesedihan dan kesempitanku hilang. Kemudian, Allah mengganti kedua perasaan tersebut dengan ketenangan yang tiada tara.'


Sejak mula beri'ktikaf, aku merasa kagum dengan para akhwat yang turut sama beri'tikaf denganku. Demi Allah mereka adalah sebaik2 sahabat di jalan Allah. Mereka menceritakan pengalaman2 mereka menghafal Al-Quran. Setelah mendengar cerita mereka, kubayangkan seakan2 aku bagaikan makhluk yang berasal dari planet lain (di tengah2 mereka). Masuk akalkah bahawa ada di antara mereka hafal Al-Quran dalam masa 3 hari? Padahal selama 7 tahun aku tidak memiliki hafalan lain melainkan 2 surah.


Aku bertawakal pada Dzat yang hidup kekal lagi terus-menerus mengurusi makhluk-Nya. Aku mengambil keputusan untuk ber'iktikaf dalam menghafal Al-Quran kerana sesungguhnya inilah amalan terbaik di bulan Ramadhan."Sungguh Ramadhan kali ini akan berbeza dari Ramadhan sebelunm ini, dengan izin Allah."


Kuambil sehelai kertas dan kutulis keuntungan2 yang akan aku perolehi dari menghafal Al-Quran. Berupa nikmat dan kebaikan yang besar di dunia mahupun akhirat. Nikmat yang terbesar pula berupa keredhaan Allah terhadapku.


Dengan izin Allah dalam waktu yg singkat aku akan bergabung dgn mereka, sebaik2 umat ini. Sebagaimana sabda Rasulullah (SAW) yang bermaksud:

" Orang yang paling baik di antara kalian adalah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannnya."(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Abu Dawud, At-Tirmidzhi dan Ibnu Majah)

Saat itu aku berkhayal seakan bersama para Nabi, siddiqin, syuhada' dan orang-orang soleh. Dan mereka itulah teman yang paling baik. Kemudian aku berkhayal lagi seakan-akan aku menyematkan mahkota di atas kepala orang tuaku dgn kedua tgn ku ini. Aku berkhayal bahawa aku dpt melepaskan mereka dari siksa, kemudian aku pun kembali kepada diriku (untuk membebaskan diri sendiri). Aku juga berkhayal mengenai berbagai kenikmatan yg Allah anugerahkan kepadaku.
Aku menulis semua (kelebihan menghafal Al-Quran ini) dan kugantungkan tulisan itu di tempat aku menghafaz. Aku pun membawa musyaf Al-Quran di mana aku bertekad utk tdk meninggalkannya; bahkan aku akan menjadikannya sbg teman setia dlm perjalanan di dunia ini.
Setelah itu aku berwuduk lalu duduk dan membuka Al-Quran. Aku berkata dgn suara yg hanya terdengar oleh diri sendiri, "Sekarang, aku akan menguji kemampuan akalku yg sebenarnya. Dan aku akan memulainya dgn bertawakkal pd Allah'" Aku mengucapkannya seraya mengulang2 firman Allah yg bermaksud:
"Dan sesungguhnya telah kami mudahkan Al-Quran itu utk pelajaran. Maka adakah org yg mengambil pelajaran?" (Al-Qamar[54]:17)
Kemudian kupasang alat pengingat utk mengingatkanku bahawa aku akan hafal 1 lembar dlm 10 minit. Maka aku pun mula menghafal halaman demi halaman. Setiap halaman, kuhafalkan seraya berdoa kepada Allah agar Dia berkenan memantapkannya pada diriku. Doa yang kupanjatkan ialah "Wahai Rabbku, kutitipkan padaMu apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku. Maka jagalah ia untukku."
Aku mula menghafal pada waktu Dhuha sampai Zohor. Lalu, menghafal lagi sampai jam 2:30 petang. Setelah itu aku tidur sebentar dgn memasang alarm. Ketika alarm berbunyi pada jam 3 petang, aku segera bangun utk solat Asar. Kemudian aku mula menghafal sampai waktu Maghrib, dan kulanjutkan hingga menjelang Isya'.
Dari mula menghafal hingga selesai aku tidak berpindah2. Aku hanya duduk pada satu tempat, hingga tak terasa aku sudah hafal 3 juz. Ya Allah, betapa mulianya Engkau dan betapa besarnya nikmatMu. Akan tetapi, mengapa kami tak pernah mensyukuri nikmat ini?
Aku pun melanjutkan hafalanku sampai selesai menghafal 16 juz Al-Quran dalam 6 hari, alhamdulillah. Aku bingung, apakah akan kusempurnakan hafalanku menjadi 30 juz, ataukah mengulang-ulang apa yang kuhafal? Kawan2 baikku menasihatiku agar aku menyempurnakannya, maka kusempurnakanlah hafalanku.
Aku yakin bahawa hafalanku tidak hilang hingga suamiku pulang dan kami berkumpul semula. Kerana itu aku telah menitipkannya pada Rabbku yang Maha Mulia (agar Dia selalu menjaganya).
Subhanallah, tak terasa aku akan meninggalkan tempat di mana aku menghafal Al-Quran dan berkhalwat dengan Rabbku. Setelah itu aku akan meneruskan kehidupan yang melalaikan dan dunia yang fana di mana semuanya sedang memfokuskan perhatiannya pada pertanyaan2 seperti kueh dan manisan apa yang akan disiapkan untuk Hari raya nanti? Pakaian apa yang akan dipakai pada hari raya kali ini? Serta berbagai hal lainnya, sedang aku masih mengasingkan diri untuk menghafal Al-Quran.
Kemudian aku kembali kepada mereka (yg disibukkkan dgn hal2 keduniaan), sedang aku berharap dapat mengkhatamkan hafalanku pada hari terakhir bulan Ramadhan dan mendapat 2 kebahagiaan.
Sampai di sini saya berhenti dahulu dan akan saya sambungkan pada entry yang akan datang.. Saya tega menaip kisah ini sekadar utk berkongsi kegembiraan saya bersama semua pembaca blog ini kerana diketemukan dgn satu kisah pengalaman seorang wanita solehah di abad ini.. sebagai satu motivasi utk diri saya bersama dtgnya Ramadhan pada tahun ini.. Sebagai tanda kesyukuran kerana diizinkan Allah SWT utk mengaut keberkatan dan pahala di bulan yg berkat ini..
Benar apa yg dinyatakan oleh Ummu Zayid.. Saban tahun bila tibanya bulan Ramadhan saya hanya sebok membincangkan ttg lauk apa utk dimasak ketika berbuka seolah2 kita berpuasa hanya utk makan.. Saya bimbang kiranya tergolong dalam golongan yang dikatakan oleh Rasulullah SAW sebagai golongan org yg berpuasa yang tidak mendapat sebarang pahala puasa hanya sekadar mendapat lapar dan dahaga sahaja...
Untuk itu pada tahun ini saya ingin mengajak diri dan keluarga saya membuat satu perubahan iaitu selain dpd hanya bertadarus saya ingin mentadabbur(menghayati maksud dan tafsir) Al-Quran. Dan yang lebih ingin saya lakukan ialah menambah hafalan saya sebanyak yang mungkin.. Walaupun saya tidak mungkin dapat melakukan seperti Ummu Zayyid tetapi saya bermohon agar Allah dapat menetapkan hati saya utk sentiasa beristiqamah utk menghafaz kitab mukjizat Rasululullah SAW ini.. Terima kasih yg tidak terhingga buat insan2 yg membawa saya kepada mengenali dan membaca buku ini serta suami dan anak2 saya yang merupakan pendorong utama saya... Semoga apa yang saya kongsikan di sini dapat memberikan manfaat kepada insan2 yang membaca blog ini.. Salam Ramadhan...

Tuesday, July 20, 2010

Hafal Al-Quran Dalam Sebulan..part 1

Seperti yang saya janjikan..tajuknya menakjubkan bukan?? Ini adalah judul sebuah buku kesayangan saya. Diperkenalkan oleh suami Kak Ina (En. Akasyah) yang sepanjang mengenali pasangan ini merupakan antara pasangan yang sangat mencintai Al-Quran..

Sejarahnya, di sekolah Al-Amin Kuala Lumpur kumpulan ibu bapa yang sangat inginkan anak2 mereka menghafaz lebih daripada apa yang telah diwajibkan sekolah telah menubuhkan Kelab Tahfiz bermula tahun 2008.. Along merupakan antara kumpulan perintis yang termuda ketika itu (darjah 3)..hanya pelajar2 yang terpilih sahaja yang dapat masuk ke Kelab Tahfiz ini.


Kelab ini digerakkan oleh ibu-bapa sendiri sbg pengerusi serta AJK bersekali dengan Ustaz Syed sebagai antara pengggerak utama..Namun, tahun ini Along tidak dapat turut serta kerana pelajar darjah 6 diwajibkan untuk menumpukan kepada peperiksaan PEKERTI dan UPSR.. dan saya harus memantau bacaan Along dari semasa ke semasa bagi memastikan dia tidak lupa.. Angah juga merupakan antara ahli Kelab Tahfiz yang berjaya memasuki Kelab Tahfiz ini semenjak tahun lepas(darjah 2).. Apa yang membanggakan saya ialah Angah telah habis menghafaz semua surah2 yang diwajibkan oleh pelajar darjah 6 dan sekarang sedang mendahului Along.. Saya berharap Angah dapat mencapai sebanyak mungkin hafazan sebelum tamat darjah 6.



Berbalik kepada buku yang ingin saya kongsikan di sini..yang ditulis oleh Ir. Amjad Qosim dan dikeluarkan oleh Qiblat Press (dari Indonesia)..


Pada asalnya, cita2 saya hanya ingin melihat semua anak2 saya berjaya menjadi hafiz dan hafizah yang berkualiti.. Kenapa berkualiti?? Kerana ada juga yang menghafaz tapi diri dan keluarganya tidak langsung berubah ke arah yang lebih baik... Tapi bila membaca buku ini saya teruja untuk menguji kemampuan saya untuk sama2 menghafaz Al-Quran walaupun tidak secepat anak2 saya...

Sebelum ini bila tasmikkan(mendengar bacaan) anak2 secara tidak langsung saya sendiri dapat menghafaz surah2 tersebut.. Walaubagaimanapun tidak mencapai sebanyak surah2 yang dihafaz along dan angah.. Saya berharap kali ini agar saya dpt sentiasa terkehadapan berbanding Abg Chik dan baby... Semoga dengan apa yang dikongsikan di sini dapat membakar semangat para sahabat/ibu2 di luar sana dalam memperbaiki diri ke arah yang lebih baik..Insya-ALLAH..
Antara yang menarik ditulis dalam buku ini yang membakar semangat saya:(saya ubah sedikit bahasanya kerana agak keindonesiaan)

"Bukankah ketika anda sedang menghadapi peperiksaan (ketika di sekolah/universiti), anda melupakan tidur dan makan; meninggalkan semua kesenangan/hobi dan perhatian anda hanya tertumpu kepada mengulang-ulang pelajaran? Terkadang hingga tak tidur malam agar anda dapat manfaatkan setiap minit untuk mengulang-ulang pelajaran sehingga anda lulus dengan markah tertinggi.


Jika demikian, apakah peperiksaan itu lebih penting daripada kedudukan anda di hadapan Allah (SWT)? Apakah anda tidak ingin mendapatkan kedudukan tertinggi di sisi Allah? Apakah anda tidak ingin menjadi salah seorang yang dikatakan kepadanya, 'bacalah dan naiklah (menuju tingkatan-tingkatan syurga)!'? Sebagaimana sabda Rasulullah SAW di dalam hadisnya:

"(Pada hari kiamat) akan dikatakan kepada ahli Al-Quran, 'bacalah dan naiklah (menuju tingkatan-tingkatan syurga)! Bacalah dengan tartil, sebagaimana engkau membacanya ketika di dunia! Kerana sesungguhnya tempat kedudukanmu berada pada akhir ayat yang kau baca'" (Hadis sahih Riwayat Tirmidzhi dan Abu Dawud)

Di dalam buku ini disenaraikan faktor2 yang dapat meningkatkan kesungguhan kita:-

1. Keinginan untuk mendapatkan kehidupan akhirat dan menjadikannya sebagai satu2nya tujuan.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat; dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik." (al-isra'[17]:19)

Bersabda Rasulullah (SAW)
"Barangsiapa yang akhirat menjadi tujuannya, maka Allah akan menjadikan hatinya selalu merasa puas (dengan apa yang diperolehinya). Dan Allah akan mengumpulkan segala urusannya yang tercerai-berai , hingga ia pun memandang hina segala keduniaan yang dimilikinya. Adapun siapa saja yang dunia menjadi tujuannya, maka Allah akan menjadikan keperluannya tidak pernah cukup. Dan Allah akan mencerai-beraikan urusannya, sedang ia tidak akan mendapatkan keduniaan melainkan apa yang telah ditakdirkan baginya." (Hadis sahih Riwayat Tirmidzhi)

2. Banyak mengingat kematian
Ini adalah nota tambahan saya daripada kuliah Ustaz Kazim baru2 ini ttg kematian: Bilamana manusia mati, tiada apa yang akan kekal menemaninya di dalam kubur.. melainkan amalnya, sedekah jariah serta doa anak2 yang soleh. Sepanjang kita hidup berapa byk sangat sedekah yang dapat kita infakkan serta amalan yang kita perbaiki/lakukan?? Anak2 setakat mana pengorbanan kita selama ini utk menjadikan/memastikan mereka tergolong dalam golongan anak2 yang soleh?? Dengan adanya Al-Quran di dada walaupun sedikit demi sedikit usaha kita itulah yang akan kekal menemani kita dunia dan akhirat...

3. Berdoa
Doa adalah sunnah para nabi dan penyebab datangnya berbagai kebaikan. Sabda Rasulululllah SAW yang bermaksud:
" Manusia yang paling lemah adalah orang yang paling sedikit berdoa." (hadis sahih riwayat Ibnu Hibban)

Maka dari itu, perbanyakkanlah doa kpd Allah agar Dia berkenan meningkatkan kesungguhan anda; menjadikan anda tidak menyimpang dari tujuan anda selama-lamanya serta meneguhkan langkah kaki anda.

4. Berusaha memusatkan fikiran pada hal2 yang penting (PRIORITI)
Al-Hasan Al-Bashri (rah) pernah berkata "Apabila Dirimu Tidak Disibukkan Dengan Kebenaran, Maka Kebatilan Akan Menyibukkanmu".

Maka dari itu sibukkanlah diri anda dengan menghafal Al-Quran. Serta fokuskanlah diri bahawa jika anda membulatkan tekad, maka anda akan dapat selesai menghafalnya. Setelah itu, kesungguhan anda akan meningkat. Dan anda sekali2 tidak akan berhenti, sampai anda selesai menghafalnya (secara sempurna) dengan izin Allah Ta'ala.

Percayalah, bila anda telah berusaha dengan sungguh2, maka Allah akan memberikan jalan keluar; kemudian menunjukkan hal2 yang bisa membantu anda mewujudkan apa yang anda cita2kan.

5. Berpindah dari lingkungan yang dapat melemahkan semangat (tidak kondusif)
Apabila permata terjatuh ke dalam tempat yang bernajis, maka kita memerlukan byk air utk membersihkannya jika kita menyiramkan air di atasnya sedangkan permata itu masih tetap berada di tempat yang bernajis. Namun, jika kita mengeluarkannya terlebih dahulu dari tempat bernajis itu maka lebih mudah untuk kita membersihkannya dgn sedikit air.

Oleh itu jauhkanlah diri anda dari segala hal yang dapat melemahkan tekad anda. Samaada teman atau sesuatu yang dapat menyibukkan anda daripada menumpukan perhatian kepada Al-Quran.

6. Berteman dengan orang yang memiliki kesungguhan tinggi, serta menimba ilmu dari pengalaman mereka.

7. Meminta nasihat daripada org2 soleh.
Maka, janganlah anda menolak siapapun yang menasihati anda dengan penuh kejujuran.Dan semaklah hal2 yang bermanfaat dari nasihat yang diberikan oleh mereka kepada anda.

8. Bersungguh2, tekun dan gigih dalam setiap keadaan
Allah (SWT) berfirman yang bermaksud:
"Dan orang2 yang berjihad untuk ( mencari keredhaan) kami, benar2 akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan2 kami. Dan sesungguhnya Allah benar2 beserta org2 yang berbuat baik." (Al-ankabut[29]:69)

Di lain entri saya akan menyambung tulisan buku ini tentang pengalaman2 menakjubkan mereka2 yang berusaha dan mendapat bantuan Allah SWT.. Rata2 kita menganggap hanya bila kita menjadi ustazah sahaja baru kita dapat melakukan kebaikan ini termasuklah dalam mendidik anak2 menjadi para hafiz/hafizah sepertimana komen yang diterima oleh ibu Darwish Darwisya.. Namun, yakinlah dengan kasih-sayang dan rahmat dari-Nya..

Friday, July 16, 2010

Terima Kasih ALLAH

Malam ini saya sangat gembira.. Note.. Penggunaan kata2 "saya" adalah kerana saya ditegur oleh Along kerana banyak menggunakan perkataan "aku" dalam blog.. Terimakasih sayang..

Hmm.. Nampaknya bermula hari ini saya akan mula menggunakan "saya" di dalam blog saya..

Ohh.. Kembali kepada kegembiraan saya ialah ketika melayari blog Along Noraini saya tiba2 terpandang blog DarwishDarwisya.. Subhanallah.. Saya memang antara peminat setia yang selalu berkunjung ke ceramah Ustaz Kazim di Masjid Ar-Ridhuan Hulu Klang, Surau Mustaqim mahupun Masjid As-Sobirin.. Syukur pada Allah dan Terima kasih yang tak terhingga buat Along Noraini.. Mulanya saya tertarik dgn blog UmmuAbdillah di mana sebelumnya saya menjumpai blog2 menarik UmmuHusna (isteri kepada Ustaz Zaharuddin) dan UmmuAmmar...

Keterujaan saya adalah kerana doa yang sering saya panjatkan iaitu moga Allah mengurniakan kepada saya sahabat2 yang ikhlas dan dapat mendidik saya ke jalan yang lebih baik.. Amiin

Ketika Darwisya memperdengarkan bacaannya di Masjid Ridhuan saya juga ada di situ.. antara ratusan jemaah yang mengkaguminya.. Saya sangat gembira kerana bertemu dgn sahabat2 yang mempunyai kehendak dan cita2 yang sama iaitu inginkan anak2 dan generasi yang menghafaz Al-Quran.. Saya sering terfikir mengapakah kehidupan manusia kini sangat teruk (kembali ke zaman jahiliah) semuanya terjawab bilamana saya mula meminati bidang2 tahfiz.. Jawapannya ialah ketika Islam dibawa oleh Rasulullah(SAW) dahulu hampir kesemua umat Islam pada ketika itu menghafal Al-Quran hinggalah pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab di mana lebih 70 orang hafiz dibunuh ketika menyebarkan Islam.. dan bermulalah era membukukan Al-Quran agar tidak hilang begitu sahaja.. Ini semua adalah rahmat daripada Allah SWT yang memelihara mukjizat yang dikurniakan kepada kekasihNya agar kekal hingga ke akhir zaman...

Kerana itu Islam hebat!!!

Dan baru2 ini ketika mendengar ceramah 'Air mata Palestin' antara yang disebutkan "mengapa Gaza dan orang Palestin patut dibantu? Kenapa ketika usaha org2 yahudi cuba menghapuskan 50% umat Islam berjumlah lebih 1 juta di Gaza gagal dan yang syahid cuma 1700 orang dan dalam ketika 23 hari diserang Yahudi itu bayi2 seramai lebih 3000 orang lahir..." Jawapannya.. ialah ketika komando2 Yahudi mengasak masuk ke Gaza yang dijaga lebih 20 000 orang tentera Islam (semua nya hafiz) tiba2 mereka (komando2 Yahudi) ini terlihat sepasukan tentera berbaju putih yang tidak lut dek senjata bahkan bergerak pantas ke depan menaburkan pasir ke mata2 mereka dan mengakibatkan semuanya buta dan terpaksa berundur.. Masya-ALLAH begitu hebatnya tentera2 bantuan Allah kepada para ahli Al-Quran...

Malahan orang2 Islam di Palestin khususnya Gaza merasa aib sekiranya tiada seorang pun dalam rumah2 mereka menghafaz Al-Quran..

Saya sangat teruja bila membaca blog DarwishDarwisya terutamanya ttg cara pemakanan dan didikan oleh ibu anak2 ini yang semoga saya diberikan Allah SWT kekuatan untuk memperbaiki cara didikan kepada anak2 saya.. Insya-ALLAH

Kerana itu tidak lain dan tidak bukan kejayaan kita ada pada mukjizat yang Allah SWT pelihara ini.. Mari kita sama2 mengajak diri kita dan anak2 menjadi penghafaz Al-Quran..

Saya bersyukur kerana ketika ini Along dan Angah sudah hampir mencapai hafazan berjumlah 3 juzuk, manakala Bang Chik sudah menghafaz hampir 11 surah.. walaupun agak ketinggalan berbanding Along dan Angah dahulu kerana Bang Chik tidak ke mana2 tadika kini hingga tahun hadapan hanya berada dibawah didikan saya sepenuhnya, saya yakin Bang Chik akan dapat menghafaz keseluruhan Juzuk Amma sebelum akhir tahun depan Insya-ALLAH.. Bagi baby pula saya ingin mencari buku Al-Furqan yang dimaksudkan oleh ibu Darwish dan Darwisya di dalam blognya..Semoga baby dapat mengikut jejak langkah Darwisya. Saya juga ingin berkongsi sebuah buku yang menarik bertajuk "Hafal Al-Quran Dalam Masa Sebulan" di lain entry..

Wednesday, June 9, 2010

Hadeeth Reminder: Love of The Prophet, Qada Wa Qadar and Good in Every Afair

1- Love Of The Prophet


"During the lifetime of the Prophet (sal Allahu alaihi wa sallam) there was a man who used to make Allah's Apostle laugh. The Prophet (sal Allahu alaihi wa sallam) lashed him because of drinking (alcohol). One day he was brought to the Prophet (sal Allahu alaihi wa sallam) on the same charge and was lashed. On that, a man among the people said " O Allah, curse him! How frequently he has bbeen brought (to you on such charge)!" The Prophet (sal Allahu alaihi wa sallam said, " Do not curse him, for by Allah, he loves Allah and His Apostle."[sahih Bukhari]


We must not underestimate the importance of love of Allah (subhana wa ta'ala) and His Prophet (sal Allahu alaihi wa sallam). This does not mean that the public sinner shall not be punished if he loves Allah (subhana wa taa'la) and His Prophet (sal Allahu alaihi wa sallam). But when a person has been punished, their account is cleared, and there is no need to hate them or curse them.


Only Allah (subhana wa ta'ala) knowsthe sincerity of a person's repentance. No human can judge what is in another's heart. So we leave the case of the hearts and intentions to Allah (subhana wa ta'ala). A person is treated in this world according to what they do and say. Allah (subhana wa ta'ala) will treat them according to what he knows about their reality.

2 - Qada wa Qadar

Rasulullah (sal Allahu alaihi wa sallam) said: "True faith is to beleive in Allah, His angels, His Books, His Messengers, the Last Day, and in divine destiny (qada wa qadar), its good and its evil." [Sahih Bukhari]

Beleif in circumstances of live being predetermined, is beleif in divine destiny. Which parent I was born to, how long I will live, where I will die and what provisions/ rizq I will receive during the various stages in my life; these were written in the Preserved Tablet (al-Lawh al-Mahfuz) long before my birth. Beleif in qada wa qadar produces contentment and saves one from desperation and despair. This is due to the convinction that:-

1. Allah has put me in this world temporarily for a test and all of my good and bad circumstances are part of the test.

2. The test is about my performance in given circumstances, not about how good or bad my circumstances are. Regardless of what circumstances I encounter, I must exhaust my efforts to live by Allah's Deen.

3. My success depends on the efforts and sincerity I put in, not on the material results they appear to produce.

4. Real success is attaining the pleasure of Allah (subhana wa ta'ala), not results in this world. Wether my efforts bear any visible results or not, I must continue on my course steadfastly.

5. Whatever hardships, tests, trials and sufferings I endure during my servitude to Him are all part of His plan for my ultimate success. Enduring them with contentment, without complain and without being disheartened, is part of my job as His slave that I am doing for His pleasure.

The result of beleif in qada wa qadar is tranquility of the soul.

3- Good in Every Affair

Rasulullah (sal Allahu alaihi wa sallam) said: "Strange are the ways of a beleiver for there is good in every affair of his, and this is not the case with anyone else except in the case of a beleiver: For if he has an occasion to feel delight, he thanks (Allah), thus there is good for him in it, and if he gets into trouble and shows resignation (enduring it patiently), there is good for him in it." [Muslim]

A Muslim is thus truly blessed regardless of the circumstances in his/her life. A non-Muslim considers himself fortunate only if he is healthy, wealthy, happy and more. But Muslim is lucky all the time. This is because he/she accruing reward for Jannah weather they are healthy or terminally ill, prosperous or needy, relaxing in palaces or rotting in jails. This is indeed a unique favour of Allah (subhana wa ta'ala) to his pious servants.

Sunday, May 16, 2010

Bang Chik dan Tadika


Little prince and princess

Bang Chik buat muka gaya PO he..he..


"Meh Along tegakkan Antena tu"

Tahun lepas Bang Chik bersekolah di Tadika Amal.. Awal tahun ni kami dapati pelajar Tadika Amal utk 5 tahun tersangatlah ramainya dan guru pula tiada.. Guru besar dalam masa setahun bersilih ganti.. Progress Bang Chik dalam pembacaan Iqra', Bacalah Anakku, hafazan dan lain2 terbantut.. Bermula dari itu aku mula mengajar sendiri Bang Chik di rumah tetapi menggunakan buku Qiraati kepunyaan Along dan buku Bacalah anakku serta Peter and Jane series.. Aku juga melatih Bang Chik utk menghafal surah2 pendek.


Kali pertama Bang Chik ke dentist.. Tak nangis pun.. RELAX je..


Bang Chik dgn Fav brother..

Antara hari2 terakhir Bang Chik di Tadika Amal

Bang Chik dan best friend Habil.. Habil adalah adik Haqif bestfriend kepada angah

Rakan sekelas Bang Chik


Bang Chik raikan harijadinya yg ke-5 di tadika Amal

Berangan naik motor..
Masing2 ibu bapa punya harapan atau jangkauan yg berbeza.. Bagi kami suami isteri menghabiskan/ khatam Al-Quran pada umur 6 atau selewat2nya 7 tahun menjadi satu keutamaan kerana hanya dgn pandai membaca Al-Quran sahaja anak2 itu dapat mula menghafal surah dgn pantas.. Begitu juga dgn hafalan surah2 pendek dalam juz Amma dalam usia 5 dan 6 tahun agar dapat dipraktikkan ketika solat.. Sememangnya aku sentiasa merasa bahawa diri ini tidak sempurna disebabkan kekurangan diri yang seringkali kurang sabar dgn anak2.. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan kesabaran untuk aku terus mendidik putera puteri yang telah diamanahkan kepada kami berdua.. Mengapa menghafal Al-Quran?.. Dunia sekarang adalah dunia akhir zaman.. penuh dgn fitnah..Pelbagai kerosakan akhlak dan hilangnya adab2 kemanusiaan yang berlaku dan semakin menggila.. Ia sgt menakutkan aku dan kerana itu aku bertekad utk meninggalkan kerjaya walaupun tidak sepenuhnya dan menumpukan perhatian terhadap anak2.. Walaupun adakalanya rasa rindu dgn kerjaya yg pernah aku lalui suatu ketika dahulu namun kehidupan sekarang lebih membahagiakan.. Melayani kerenah anak2 saban waktu.. Adakalanya lucu dan adakalanya geram!!! Sekurang2nya dari sehari ke sehari aku semakin matang dan sabar berbanding dahulu.. Sahabatku As, K. Ina dan Fiza merupakan antara sumber rujukanku yg utama ttg bagaimana utk mengawal emosi dlm menghadapi anak2.. Terima kasih Allah kerana mengurniakan sahabat2 yg ikhlas dlm menasihatiku..


Little helper abah yang paling setia dalam hal2 ikan..He..He..


Sekolah baru Bang Chik yang juga bakal Bang Chik tinggalkan.. Bang Chik sedang tengok swimming pool..Kalau ditanya bersekolah di mana jawapannya ialah 'Sekolah Swimming'

Khusyuk belajar


Teacher Zurin dan kelas Ibnu Qayyim.. Sekolah ni separatekan antara lelaki dan perempuan

Sekolah kedua Bang Chik..Entah mengapa sejak Along berusia 4 tahun lagi aku mula meminati sekolah2 Tahfiz dan dengan penuh harapan agar anak2ku berjaya menjadi hafizah/hafiz suatu hari nanti.. Tunggak kekuatanku adalah sahabat2 seperjuangan yang sama2 mempunyai kecenderungan sepertiku.. Mereka merupakan pakar rujukku setiap masa.. Credit buat K. Ina dan suami En Akasyah, K. Norbaini, K. Ani dan suami Ustaz Syed, K. Rubiah serta K. Latifah dan suami En. Zaid... Mereka berjiwa kental dan aku sangat mengkagumi personaliti diri masing2 yang menjadi role-model buatku.. Terima kasih buat semua..

Dengan izin Allah dan atas saranan En Akasyah serta K. Ina juga dengan bantuan En. Latif aku bertemu dengan Puan Rose yang merupakan pengasas kepada Baitul Quran bagi pelajar perempuan dan lelaki di tempat yang berbeza tetapi berada dalam lingkungan kawasanku.. Sungguh aku bersyukur kepada Allah SWT.. Kata2 Auntie Rose yang juga merupakan pejuang yang berusaha menjadikan anak2nya hafiz/hafizah hingga dianggap gila oleh sesetengah sahabat serta saudara masih terngiang2 di telingaku dan dalam diam aku mengiyakan apa yang dikatakannya..

" Hadis sahih mengatakan bahawa 'Sebaik2 manusia adalah yang belajar Al-Quran dan yang mengajarkannya', jadi mengapa kita tidak mahu membawa generasi kita ke arah itu.. , ujar auntie Rose..

Aku mengangguk menyetujui.. " Saya kagum dengan auntie yang berjaya membuka asrama tahfiz perempuan tanpa sebarang yuran, semata2 lillah hi taala.. Mengapa dari dahulu saya tidak bertemu dgn tempat ini?" Aku meluahkan rasa hatiku.. Bukan kerana tidak perlu membayar yuran tetapi kerana aku tidak mendapat peluang yang hebat seperti anak2ku.

" Adalah sebabnya mengapa baru hari ini Allah SWT mempertemukan kita", balas auntie Rose dgn senyuman..

Sememangnya masa itu benar2 sesuai untuk Along yang bakal menamatkan tahun 6 nya tahun ini.. Dan aku masih dalam persimpangan istikharah walaupun telah mempunyai senarai pendek sekolah utk Along tahun hadapan.
Hasil dari cadangan auntie Rose kami telah menukar Bang Chik ke sekolah lain (MCDC) yg lebih menumpukan kepada amalan sunnah dan hafalan Al-Quran pada bulan Februari, namun setelah beberapa bulan di situ kami mendapati budget kami terlalu ketat .. Aku dan suami lebih merasakan bahawa tadika Along/Angah dahulu iaitu PUSPETA lebih sesuai dgn pendekatan yg ingin kami terapkan. Maka akhir bulan Mei ini kami bercadang untuk mengeluarkan Bang Chik.. Bang Chik sudah laju mengaji, di rumah sudah tamat Qiraati 2, buku Bacalah Anakku juga tinggal 3 buku sahaja lagi untuk dihabiskan di rumah.. Yang menyejukkan hati adalah bacaan doa dan ayat Al-Quran yang sentiasa basah di bibir.. Namun sebagai anak kecil tetap lasak seperti anak2 yg lain..Bang Chik juga sudah mahu utk bersolat walaupun sekejap di sejadah sekejap di tempat lain..

Kami tidak bercadang utk memasukkan Bang Chik ke PUSPETA tetapi cukup sekadar 'home school' bermula bulan Jun hingga akhir tahun.. Keputusan di ambil memandangkan Tadika PASTI yg ingin kami masukkan Bang Chik telah penuh utk pelajar 5 tahun dan hanya dibuka utk 6 tahun tahun depan. Itupun perlu di booking bermula sekarang.. Sayang sekali kami baru mengetahui tentang Tadika PASTI yg mempunyai silibus pra-tahfiz di mana pelajar 5 tahun menghafal sehingga surah Al-Baiyyinah beserta subjek2 lain yg bersepadu.. Ia amat mengagumkan dan bayarannya pula 1/4 daripada sekolah2 yang menawarkan pra tahfiz seperti PUSPETA dan MCDC.. Kalau dahulu orang mungkin menyangka Tadika PASTI tidak punya kualiti namun ternyata Tadika PASTI telah membangun dengan begitu pesat hingga tak menang tangan dibuatnya. Pelajar 5 tahun sahaja daripada sessi pagi dan petang berjumlah 90 orang!!!

TELAH JAUH DARIPADA SUNNAH.. Itulah jawapan kepada permasalahan sekarang.. Anak2 hanya kenal doa2 yg sunah dibaca di sekolah..Di rumah tidak dipraktikkan.. Hiburan yg berleluasa serta permainan yg melekakan hingga kita terjerat oleh apa yg dinamakan sbg perang halus oleh mereka2 yg tidak mahu kita kembali kepada sunnah.. As sahabatku byk memberikanku tunjuk-ajar ttg sunnah dan adab yg sepatutnya diamalkan dan diajar kepada generasi hari ini.. Org lain mungkin hairan dgn apa yg dipilih oleh sahabatku yg seorang ini juga beberapa org lain yg aku kenali namun hakikatnya ada kemanisan Iman yg tak dapat dibeli dgn harta yg dimiliki oleh mereka yang masih jauh dan alpa.. Di situ ada ketenangan.. Dan ia sukar utk diberikan pengertian kerana hanya mereka yang mahu kepada kebenaran sahaja yg dapat merasainya..........

Monday, May 3, 2010

Hadeeth Reminder:Focus on Yourself AND The Triple Filter Test

Focus on Yourself

Rasul Allah (sal Allahu alaihi wa sallam) said: "O you who have entered Islam with your tongues but whose hearts faith has not entered: do not slander people, and do not ferret out people's shameful points. Whoever searches out the shameful points of his brother, Allah will search out his shameful points, and if Allah searches out a person's shameful points, be sure that He will disgrace him even if he should remain in the middle of his house." [Abu Dawud]

This hadith teaches us a number of things:

1. It points to the difference between being a Muslim and being a Momin. A person who has embraced Islam but not reformed his heart and inner self through it, is called a Muslim but not a Momin.

2. One characteristic that differentiates a Muslim from a Momin is that a Muslim may be on the look out for people's hidden flaws and shameful secrets: but a Momin would never waste his or her time in such a disgraceful activity. This is because a Momin knows that in the Final Reckoning they will be asked about their own faults and not those of others.

3. The punishment for someone who tries to find flaws in others is that Allah (subhana wa ta’ala) will surely disgrace them by making their shameful deeds public. These may be things we considered done and hidden forever. But if Allah (subhana wa ta’ala) chooses to disgrace somebody, there is nowhere they can hide to escape the wretchedness of disgrace. We waste so much time looking for and discussing the faults of others. Allah (subhana wa ta'ala) says, "That is a nation which has already passed away: there awaits it whatever it has earned, while you will have what you have earned. You will not be questioned about what they have been doing." [Quran 2:141]

Focus on that which is your foremost responsibility and in your control. Yourself!



The Triple Filter Test

Rasul Allah (sal Allahu alaihi wa sallam) said: “Keep away from ill-thinking/ suspicions because ill-thinking is the greatest falsehood.” [Sahih Bukhari]

During the Abbasid period one of the scholars in Baghdad was greeted by an acquaintance who said, "Do you know what I just heard about your friend?"

Scholar: "Hold on a minute, before telling me anything I'd like you to pass a little test. It's called the Triple Filter Test.

"The Man: "Triple Filter Test?"Scholar: "That's right, before you talk to me about my friend it might be a good idea to take a moment and filter what you're going to say. That's why I call it the triple filter test.

The first filter is Truth. Have you made absolutely sure that what you are about to tell me is true?

"The Man: "No, actually I just heard about it and ...

"Scholar: "All right, so you don't really know if it's true or not. Now let's try the second filter, the filter of Goodness. Is what you are about to tell me about my friend something good?

"The Man: "No, on the contrary...

"Scholar: "So, you want to tell me something bad about him, but you're not certain it's true. You may still pass the test though, because there's one filter left: The filter of Usefulness. Is what you want to tell me about my friend going to be useful to me?

"The Man: "No, not really.

"Scholar: "Well, if what you want to tell me is neither true nor good nor even useful, why tell it to me at all?" Allah (subhana wa ta’ala) asks us: "O you who believe! Avoid much suspicion, indeed some suspicions are sins. And spy not, neither backbite one another. Would one of you like to eat the flesh (meat) of his dead brother? You would hate it (so hate backbiting). And fear Allah. Verily, Allah is the One Who accepts repentance, the Most Merciful." [Quran 49:12]

Let's pass our intended speech through the triple filter test before we madly utter our every thought. And lets subject others to the triple filter test too before we hear any number of damaging things from them.

Friday, April 16, 2010

Dah setahun umur baby..

Diam tak diam baby dah masuk setahun 17-Feb yg lalu.. Dah nak masuk setahun jugalah blog ibu ni.. Biasa kat rumah hari2 bersama baby.. Dialah teman penawar jantung hati ibu.. Baby byk mengingatkan aku tentang memori bersama Along.. Senyuman dan raut wajah baby saling tak tumpah macam rupa Along masa kecik2 dulu.. Aku memang rasa bersalah pada Along sbb masa tu kerja setiap hari dan tak byk luangkan masa dgn Along.. Terubat rasa hati bila dapat spend masa dgn baby yg kekadang kami gelarkan Along junior..

Baby mmg jadi kesayangan semua org.. Sampaikan ada masanya baby terpaksa ditinggalkan sekejap dgn achik Liza utk uruskan sesuatu kerja pun angah akan menangis bila tengok baby menangis kena tinggal.. Along lagilah.. Sampaikan siap cakap taknak masuk Asrama sbb taknak hilang masa2 bersama adik kesayangan dia.. Nak tengok baby membesar dan nak ikat rambut baby dsb

Abang chik pula tiap kali balik sekolah akan dokong baby ke hulu ke hilir.. Dgn abah alahai mmglah tersangat manja.. jadi abah sweetheart most of the time..he..he..

Gambar2 yg dirakamkan sekitar umur baby menginjak 10 - 12 bulan..





Baby dah jadi PO dlm umah, Along TINKY WINKI, Angah DIPSY, bang chik LA LA he..he..

Kek yg ibu buat hasil ilham dpd Along Noraini.. (Jadi gak long kek achik nih, herot petot sponge bob tuh.. Tima kasih Long).. Happy 1st B'day baby


Baby dah pandai jalan bila masuk 1 tahun..

Masa umur 10 -11 bulan.. Suka sgt memanjat.. Semua nak dipanjatnya.. Nak masak pon tak sempat sbb kena ikut bontot dia ke mana2





Ni lah gaya baby memanjat sofa kat umah..


Yeay.. Berjaya akhirnya!!! Clap clap clap

Baby terteleng2 kepala sbb janggal bila diletakkan cekak rambut atas kepala.. He he

Comel tak saya pakai cekak??


Suka main ba chak...

Ooh ni gambar masa umur 11 bulan.. Tak pandai jalan lagi so hari2 pusing sofa yg boleh berpusing ni untuk practice berjalan..





Suka tengok ikan kat gate..

Eh.. Jgnlah cocok hidung saya.. Ni gambar baby ngan kawan masa ibu g masjid dgr ceramah


Mcm nilah rupa abang Chik dokong baby lepas balik sekolah.. Baby seronok ada ramai babysitter dokong dia sana sini he..he..

Baby masih belum ada gigi time ni masa umur 10 bulan..