Wednesday, October 27, 2010

Cara mendapatkan buku2 dan KUMON...

Saya akan sambung tentang ceramah Dr. Danial pada entry yg lain. Untuk entry ini saya nak menjawab beberapa pertanyaan yang diajukan kepada saya melalui ruang komen..

a) Di mana nak dapatkan buku Bacalah Anakku..?
Pengedar buku Bacalah Anakku adalah

Read Network (Maaf entry lalu beralamat di Gombak, rupanya dah pindah sejak Jan.. berikut alamat terbaru)
Bagi yg tinggal di kawasan KL alamatnya ialah 65-1, Block E, Platinum Walk, No.2, Jalan Langkawi, Setapak, 53300, Kuala Lumpur. No. Tel: 03-4143 5440, Faks : 03-4143 5441
E-mail address: admin@readnetwork.com

Bagi yg tinggal di Kota Bharu Kelantan boleh dapatkan di 5421-A, Jalan Embi, 15150, Kota Bharu, Kelantan. No. Tel: 09-747 2276, Faks : 09-741 8663 ; E-mail address: readeasy2003@yahoo.com

Sebaiknya tanyakan tentang kursus Bacalah Anakku kerana hanya dengan mengikuti kursus ini sahaja kita akan faham akan kepentingan bunyi phonic yg boleh mempercepatkan bacaan bukan sahaja dlm Bahasa Malaysia tetapi English, Jawi dan juga dalam mengaji.. (pendapat peribadi saya). Saya hanya berpeluang mengikuti kursus ini ketika Along berusia setahun (kira2 11 tahun yg lalu) dan sejak itu minat untuk mendidik anak timbul dgn sendirinya...Alhamdulillah..

Kalau tak silap buku Bacalah Jawi atau yang setara dengannya juga boleh didapati di sini..

b) Di mana nak dapatkan buku Al-Huffaz?
Alamat ini saya salin daripada buku Al-Huffaz:

Al-Huffaz Consulting Sdn. Bhd.
no 11 & 11A, Jalan Nirwana 39, Taman Nirwana,
68000 Ampang, Selangor.
Tel: 03-9282 1445/ 03-9281 2430; Faks: 03-9282 6976

Saya ingin membetulkan sedikit fakta yang pernah saya tulis.. Buku2 cara mudah menghafal Al-Huffaz ini bukan sahaja hanya untuk menghafal juzuk amma tetapi juga semua surah2 di dalam Al-Quran. Bang Chik sudah mula menggunakannya sekarang dan Alhamdulillah kecepatan dalam menghafal nampak peningkatannya tanpa meninggalkan tape yg didengarkan kepadanya (saya memperdengarkan hampir keseluruhan juzuk amma kepadanya sekurang-kurangnya sekali sehari) ketika dia sedang membuat KUMON atau bermain2 bersama Mawaddah.. Insya-ALLAH saya yakin ayat2 suci Al-Quran tersebut akan terngiang2 di telinganya dan bukannya lagu2 yg mengasyikkan..

Nasihat yg saya terima daripada kakak2 yg mempunyai anak yg menghafal Al-Quran di Al-Amin ialah.. Semua ini adalah kurniaan Allah SWT, cepat atau lambatnya bergantung kepada anak itu sendiri tapi saya yakin jika ibu/bapa memotivasikan serta membantu mereka dan tidak hanya membiarkan mereka menghafal sendirian Allah SWT akan memberikan jalan ke arah itu.. Insya-ALLAH

c) Di mana nak dapatkan Buku Qiraati..?
Saya juga menyalin alamat ini daripada buku Qiraati anak saya kerana tidak pasti di mana boleh membelinya.. Buku yg saya ada sudah berusia 7 tahun (merupakan set buku yang Along dapat ketika bersekolah di PUSPETA)..

Mohd. Masruh bin Ahmad
No. 9, Lot 1672, Jalan Qiraati, Sg Ramal Dalam,
43000, Kajang, Selangor
Tel: 03-8734 0302; H/p: 012-339 8437

d) Jika anak belum mengenal nombor berapa cepat progressnya jika dihantar ke KUMON

Saya menulis di sini berdasarkan pengalaman saya di mana Along dan Bang Chik masuk ke KUMON pada usia 5 tahun dalam keadaan hanya mengenal 1-10. Di KUMON mereka akan di uji sebelum diletakkan di bawah level2 yang bersesuaian dengan mereka. Maka keduanya diletakkan pada level terendah iaitu 7A. Berbanding Angah yg ketika berumur 5 tahun sudah mengenal 1-20 (jika tidak silap saya) dan boleh menulis dgn baik memulakan level KUMON pada level yg lebih tinggi iaitu 5A (jika saya tidak silap).

Mereka diuji sampai nombor apa yg mereka kenal dan boleh menyebutnya dengan betul serta menulis dgn betul.. Sesetengah tadika menurut pengalaman sayatidak menekankan cara menulis nombor yg betul. Pelajar hanya disuruh tracekan dot-dot nombor dan mereka tidak kisah samaada pelajar itu menulis secara tonggang-terbalik asalkan mereka menyiapkan kerja.. Berbanding KUMON penekanan ttg penggunaan pensil dan cara menulis yg betul amat diambilkira..

KUMON ini adalah sistem daripada Jepun yang mendidik anak2 agar berdisiplin dan tahu di mana kesilapan mereka.. Saya mula memasukkan Bang Chik pada bulan Julai (kalau saya tidak silap) tahun ini bermula daripada level 7A dan sekarang bakal menghabiskan level 4A dan sudah mengenal dan boleh menulis tanpa sebarang bantuan no 1-40. Jika diikutkan hati saya memang ingin agar anak2 menghabiskan level KUMON masing2 hingga ke peringkat Q namun memandangkan silibus sekolah Al-Amin yang mempunyai 11 dan ke atas subjek (akademik + diniah) sukar untuk mereka mengejar kesemuanya..

Saya sukakan KUMON kerana ia bergantung kepada kapasiti pelajar bukan umur. Along berpeluang mengikuti KUMON hingga berumur 10 tahun dan ketika itu sudah membuat matematik pelajar darjah 6 di KUMON. Begitu juga Angah yang berpeluang mengikuti KUMON hingga berumur 7 tahun dan sudah membuat matematik bagi pelajar darjah 4 atau 5. Setiap level pelajar akan ditest kemampuan mereka sebelum dapat masuk ke level berikutnya.

Pelajar juga akan dianugerahkan sijil sekiranya mencapai level yg lebih daripada yang sepatutnya. Nanti akan saya masukkan sijil2 yang pernah diterima oleh Along dan Angah ketika di KUMON. Ia menaikkan semangat dan minat mereka terhadap matematik dan hingga kini matematik yg kebanyakannya digeruni oleh anak2 Melayu merupakan antara subjek kegemaran mereka Alhamdulillah..

Sunday, October 24, 2010

Ke arah Menjana Kecermelangan Anak2 melalui Al-Quran Part 2

Saya sambung kembali apa yg saya catatkan...

Surah Luqman adalah Surah bapa kerana dalam menerajui rumahtangga bapa lebih penting tanpa mengecilkan peranan ibu...

Surah Luqman menceritakan kisah pendidikan seorang bapa kepada anaknya.. Jika bapa acuh tak acuh (kurang hadiri ceramah/ majlis ilmu) maka motivasi sebegini tidak akan berjaya/ mencapai matlamat (Dr. Danial berkata demikian kerana bilangan kaum bapa yg hadir ketika ceramah sangat sedikit)...

FORMULA 1 - Ayat 12 surah Luqman bermaksud: 'Sesungguhnya kami mengurniakan kepada Luqman nikmat agar dia bersyukur kepada Allah'

Ayat ini memberitahu kita bahawa kita perlu menguasai ilmu dan hikmah.
Hikmah jika diterjemahkan sebagai kebijaksanaan kurang tepat.. menurut kitab tafsir Ibnu Kathir ia bererti ilmu/faham, baik pengurusan..

Pendidikan bermula dengan ibu-bapa di mana ibu-bapa yang perlu mendidik kita dahulu biasanya ibu-bapa akan mengarahkan anak2 membuat kerja rumah tapi pernahkah mereka sedar mereka dah selesaikan homework mereka atau tidak dalam menguasai ilmu dan hikmah??? Bila anak2 masuk usia remaja (13 tahun dan ke atas) mereka mula memberontak dan perlu difahami bukan dimarahi (ingatan buat diri saya...)

Byk makanan hari ini membuatkan anak2 tidak sihat (terutamanya fast food yg boleh menyebabkan anak2 mudah berpenyakit dan tumpul otak).

Apakah antara homework yg perlu dilakukan oleh ibu-bapa???
Baca Al-Quran untuk mempelajari kehidupan dan ilmu.. Kita mesti rujuk 'peta Al-Quran' kerana perlu berjalan jauh di atas muka bumi Allah ini.. Saya terdengar di dalam radio IKIM tapi terlupa siapa yg menyebutnya iaitu.. "Jika anda ingin berkata2 dengan Allah tunaikanlah solat, jika anda ingin Allah berkata2 dengan anda bacalah Al-Quran".. Sudah pasti baca dengan kefahaman dan bukan sekadar membaca..

Untuk selamat ibu-bapa perlu kuasai 2 ayat berikut sebagai homework yang wajib, jika tak faham Al-Quran maka kita tidak akan faham ilmu hidup:

a) Al-Isra' ayat 9 yang bermaksud: 'Sesungguhnya Quran ini mampu membawamu kepada sesuatu jaminan (akwam)' - perkataan sesungguhnya adalah suatu penegasan yg serius dan akwam dlm kitab tafsir Qurtubi bermaksud yang paling adil/ yang paling tepat...

Oleh itu perlu kaji Al-Quran bukan setakat mengaji.. Kebanyakan sekolah2 ugama hanya menekankan mengaji tajweed, makhraj dan lagu tetapi tidak menekankan tentang penafsiran dan kajian ayat2 Al-Quran. Maka pelajar2 perlu tunggu utk masuk ke mana2 kelas tafsir barulah mereka faham dan appreciate Al-Quran..

b) Kaji ayat alam (Al-Quran dah beritahu)
Fussilat ayat 53 yang bermaksud: 'Kami akan tunjukkan pada mereka ayat2 Kami. Dan ayat2 Kami ada di ufuk2 alam dan dalam diri mereka'

Jika fahami ayat ini barulah jelas apa sebenarnya Islam dan kebenarannya. Apa gangguan yg datang pun tak akan menembusi..

kajian sains akan mematangkan akidah umat Islam. Ketika Quran turun sebelum itu org tak faham apa itu chromosom tapi dalam Al-Quran sudah menceritakan dalam surah An-Najm..

Antara contoh ikut2 an atau adat yg Dr. Danial sebutkan adalah amalan membaca doa tahun baru, Rasulullah SAW tak suruh tapi sekadar ikut2 orang, 10 Muharam yg disunahkan puasa tetapi yang dilakukan adalah menyediakan bubur As-Syura..

FORMULA 2 -Ayat 16 dalam surah Luqman yang bermaksud 'Wahai anak, jika ada sesuatu sebesar biji sawi dan ianya berada di dalam batu atau di langit atau di dalam bumi Allah akan mendatangkannya'

Ayat ini menekankan agar kita mendidik anak agar mementingkan iman dan taqwa. Kena ajar anak w/pun kita sedang beribadah berseorangan dan tidak ada org yg nampak, Allah nampak..

Dalam zaman Rasulullah (SAW) ada kisah pengembala kambing yg masyur yg takut melakukan pecah amanah kerana tahu dan sedar Allah melihat perbuatannya begitu juga di zaman Umar kisah penjual susu yg takut mencampurkan air kepada susu sepertimana saranan ibunya kerana takut ada yg melihatnya iaitu Allah SWT.. Inilah contoh "INSAN KELAS PERTAMA'

Secara praktikal kena didik anak untuk faham apa itu iman.. Cthnya tertinggal solat subuh tetapi bila bangun tak rasa menyesal atau bersalah.. Buat tak kisah saja..

Sekarang terdapat byk gelombang spt isu PLEURALISME -Konsep baru yg dibawa oleh segelintir umat Islam.. yg menganggap semua ugama adalah sama...

Ko-kurikulum Islam perlu dirombak.. Pengajaran perlulah mengambilkira isu semasa..Cara pengajaran mesti buatkan pelajar bangga dengan Islam. Suara remaja perlu didengari.. Bukan hanya sekadar hafal sifat 20 tetapi masih meragui Allah kerana tidak faham apa yg dihafal..

Cukup sekadar 2 formula dulu.. Bila membaca kembali nota2 ini dan menulisnya terasa betapa banyak lagi homework yang perlu saya dan suami lakukan.. Semoga sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat buat kita bersama.. Saya bukan seorang ilmuan Islam tetapi sekadar memperpanjangkan ilmu yg disampaikan oleh mereka yg berilmu utk dikongsi bersama.. Mohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan terima kasih atas segala teguran yg membina..

Sunday, October 17, 2010

Ke arah Menjana Kecermelangan Anak2 melalui Al-Quran Part 1

Dah lama saya mencari2 nota yang saya catat ketika mengikuti satu ceramah yang dianjurkan oleh Sek Ren Islam An-Najjah di Shah Alam (sebuah sekolah tahfiz) pada 30 Jun 2007.. Alhamdulillah berjumpa jua akhirnya.. Isi ceramah ini pernah saya kongsikan dalam e-mail ummikusayang..tetapi agar ilmu ini tidak hilang begitu sahaja lebih baik saya simpan dalam blog untuk tatapan semua..


Ceramah ini diberikan oleh Dr. Danial Zainal Abidin yg amat saya kagumi dan hormati bertajuk 'Ke arah Menjana Kecemerlangan Anak-anak' . Beliau merupakan seorang Doktor perubatan lulusan Alexandanria yg suatu masa dulu juga mencari2 Islam dan mengakui dgn mahirnya beliau dlm bahasa Arab memampukan beliau menambah ilmu melalui bacaan dan kajian beliau kerana kebanyakan buku ilmuan Islam adalah dlm bahasa Arab dan antara ulama'/umara' yang sangat saya kagumi kerana ilmunya yg tinggi dalam menafsirkan Al-Quran..


Antara yang masih saya ingat hingga ke hari ini ialah.. 'budaya kita orang Melayu sering menghantar anak2 belajar "MENGAJI" Al-Quran jadi kerana itu kita dan generasi kita cuma pandai "MENGAJI".. Apa yang perlu kita tukar adalah menggalakkan anak2 "MENGKAJI" Al-Quran kerana dengan cara itu sahaja Islam akan bangkit kembali...


Ketika saya mengikuti ceramah ini Along baru berumur 9 tahun manakala Angah 6 tahun dan Bang Chik 2 tahun.. Antara soalan yang sempat saya tanya kepada Dr. Danial ialah jika saya mempunyai anak2 yang menghafal Al-Quran pada usia sebegitu bagaimana caranya untuk saya membawa mereka ke arah budaya mengkaji Al-Quran??.. Antara jawapan yang diberikan Dr. Danial kepada saya ialah bagi anak2 di usia tadika pendekatan mengkaji adalah dengan menceritakan kepada mereka ttg kecantikan Al-Quran serta kisah2 dalam Al-Quran dalam bentuk cerita cthnya Ashabul Kahfi, di TV9 juga byk siaran spt kisah haiwan2 teladan serta Ustaz Zamri bercerita yang dapat membantu menanam rasa cinta untuk mengenali dan mengkaji Al-Quran..

di usia bawah 12 tahun pula boleh dibelikan buku2 tafsir mudah bagi surah2 dalam juzuk amma dan dibincangkan secara relevan berdasarkan persekitaran mereka (rujuk contoh buku yang saya sempat beli di Little Khalifah Shoppe), bilamana mereka mencapai usia 13 tahun dan ke atas boleh mula membeli Tafsir Al-Azhar oleh Hamka dan dibaca bersama..


Antara koleksi buku Tafsir mudah yang saya ada keluaran PTS dan dulu boleh didapati di Little Khalifah Shoppe sekarang sudah tidak ada. Semoga Allah membantu saya dalam usaha saya mencari koleksi2 sebegini..


Di bahagian dalam buku berbentuk cerita pendek berdasarkan tafsir surah dan dalam bentuk komik yang menarik..


Antara yang saya mula sedari sejak itu adalah kepentingan mempelajari Bahasa Arab selain Bahasa Inggeris kerana kebanyakan kitab2 yang ditulis oleh ulama2 yang mashyur adalah dalam bahasa Arab.. saya bersyukur kerana bertemu dengan sekolah yang mencapai kehendak dan cita2 saya dan suami untuk Along dan Bang Chik juga pada tahun hadapan yang akan saya tuliskan di entry yang lain.





Dua buah buku tentang tokoh2 Islam dalam bentuk novel yang saya beli untuk tujuan usrah pendek bersama anak2 seusai solat Maghrib sementara menunggu Isya'. Berdasarkan nasihat sahabat yg saya hormati Asmarani.. iaitu solat berjemaah dan hidupkan taklim/tazkirah dgn anak2 di dalam rumah..


Berbalik kepada ceramah Dr. Danial..Berikut adalah isi yang sempat saya catat..




Dr. Danial menekankan konsep 'Pembinaan Insan Kelas Pertama' dengan menggunakan 7 formula ibubapa yang cemerlang yang dikupas berdasarkan surah Luqman.

Allah SWT berfirman dalam Surah Ali-Imran 110 yang bermaksud: "Kamu merupakan sebaik2 umat yang diciptakan Allah" -Ia merupakan pujian allah SWT kepada umat akhir zaman iaitu Allah mahu kita jadi umat yang terbaik. Umar al-Khattab dalam menterjemahkan ayat ini mengatakan bahawa jika ingin jadi umat yang terbaik kita mesti tunaikan 3 agenda yang tersirat dalam ayat ini iaitu:-

a) Mengajak kepada yang makruf (Ia merupakan perbuatan aktif - dalam mengajak kita perlu mahir, berilmu dan tahu apa yang nak di ajak)

b) Mencegah kemungkaran

c) Beriman kepada Allah SWT

Kerana itu kita tidak boleh menjadi orang yg pasif, alpa, lalai-leka serta perlu faham apa erti makruf yang sebenarnya disisi Allah SWT.

I - Ilmu

S - Sikap

L - Ledak (meledakkan kegemilangan Islam)

A - Asas2 ugama

M - mahir/ skill

Ceramah ini saya dengar 3 tahun yg lalu ketika mana bayi2 yg tidak berdosa tidaklah dibuang sewenang2nya spt hari ini dan kalau ada pun mungkin kes2 terpencil.. Ketika itu Dr Danial ada menyebut ketika Cat Stephen (Yusuf Islam) dtg ke M'sia, beliau berkesempatan bertemu dgnnya. Berikut adalah apa yg dikatakan oleh Yusuf Islam kepada beliau

" Saya melihat kapal yang dibawa oleh orang barat sedang tengggelam dan orang2 Islam sedang berebut2 utk menaiki kapal itu"

dgn lain perkataan org Islam kini lebih mudah mengikut budaya barat dan tenggelam serta hanyut bersama mereka, mereka lupa akan kehebatan apa yg disarankan Islam tak lain dan tak bukan kerana dangkalnya ilmu ugama dan malasnya mencari ilmu malahan berkira dalam mengeluarkan wang utk mendapatkan ilmu ugama untuk diri sendiri dan anak2 tapi langsung tidak berkira jika utk tujuan membeli pinggan mangkuk, game, pakaian dsb...

Dan buktinya sudah ada di depan mata selepas 3 tahun apa yg Yusof Islam katakan telah menunjukkan hasilnya iaitu anak2 yg rosak akhlak dan tidak punya jati diri hinggakan sebuah sekolah bernama sekolah Harapan terpaksa diwujudkan.. Tahun2 ke hadapan wallahu'alam jika orang Islam masih mengamalkan sikap malas mencari Islam..(hanya nama sahaja Islam tapi tidak mengamalkan segala isi2 yg disampaikan melalui Quran dan hadis).. Mereka yg masuk Islam dan mencari Islam adalah lebih baik lagi kualiti iman mereka...

Hadis oleh Imam Abu Daud -

Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud :"Scenario akhir zaman hampir tiba masanya kamu (org2 Islam) dikerumuni/ dilapah/ dikoyak manusia (org kafir/musuh) spt orang2 mengerumuni hidangan"

Bertanya sahabat: "Adakah ia lantaran jumlah kita yang sedikit?"

Rasulullah(SAW) menjawab: " Tidak, bahkan kamu ramai tetapi spt buih ketika berlaku banjir."

Menurut perangkaan yg dibentangkan oleh Dr. Danial pd tahun 2007 tersebut

Penduduk dunia ada 6.4 billion dan umat Islam berjumlah 1.5 billion (23.65%), Kristian 2.2 bilion kerana ia datang terlebih dahulu. Islam berada di tempat kedua walaupun Buddhist dan Hindu dtg terlebih dahulu...

'Islam is the fastest going religion, mempunyai kuantiti yg hebat tapi kualiti yg rapuh...'

Menurut perangkaan pada tahun 2004 sahaja di HKL peratusan kaum yg mengandung di luar nikah (Melayu 77%, Cina 5%, India 6%, lain2 12%).. Dan kita masih tidak bimbang dalam menjaga generasi kita...

Kata Dr. danial lagi, Menghantar anak belajar di sekolah ugama bukan 100% dapat memastikan anak akan jadi baik ..Jika "IBU BAPA YG MENGHANTAR HANYA SEKADAR MENGHANTAR.."

Gelombang yg dtg terlalu kuat dan kita sebagai ibu-bapa perlu berusaha memantapkan diri dgn ilmu dan bergerak bersama2 sekolah2 beraliran ugama utk menyokong kehendak Allah SWT..

Kita tidak boleh menjauhkan anak2 dpd media massa tapi dapatkah kita pastikan mereka tahu memilih??? Sikap ibu-bapa perlu berubah dgn menjadikan anak2 sebagai kawan/ ibu-bapa perlu tahu akan hala tuju dan lebih mantap dalam mendidik generasi akhir zaman ini..

Saya akan sambung ttg 7 Formula ibu-bapa cemerlang yg dikupas dpd surah Luqman di lain entry..

Sunday, August 29, 2010

ERTI LAILATULQADAR: Usrah Ustaz Roslan Mohammad

Makcik Aida telah memilih tarikh yang tepat iaitu 19 Ramadhan 1431 bersamaan 29 Ogos 2010 sebagai tarikh usrah kami dalam bulan Ramadhan tahun ini.. kerana pada malam itu bermulalah malam yg ke 20...(malam pertama daripada 10 mlm yg terakhir). Banyak ilmu yang saya dapati daripada tajuk yg dibawa oleh Ustaz Roslan.. Semoga Allah SWT sentiasa memberikan kerahmatan dan kesihatan kepada Makcik Aida sekeluarga dan seluruh warga Usrah kami agar dapat terus menimba ilmu di taman2 syurga dunia bagi bekalan di akhirat nanti.. Saya kongsikan di sini agar kita sama2 dapat menghayatinya..

"Surah Al-Qadr ayat 1-5 menceritakan apakah erti Lailatul Qadar (Malam Qadr) yang sebenarnya... Lazimnya kita menamakannya sebagai Malam LailatulQadar sedangkan Lailatul itu sendiri berarti Malam.. Ianya seolah2 kita kurang sensitif kerana bila menyebutnya kita seperti menggandakan sebutan malam (Malam LailatulQadar =Malam malam Qadar).. Maka setelah menambah ilmu tentang ini marilah kita sama2 memperbetulkannya dengan menamakannya sebagai Malam Al-Qadr atau Lailatul Qadar sahaja.

Dalam surah Al-Qadr dinyatakan bahawa malam Al-Qadr itu adalah lebih baik daripada seribu bulan = 83 tahun di mana jika kita mendapatinya seolah2 kita telah beribadat selama 83 tahun tanpa makan minum dsb.. Alangkah ruginya jika kita mensia2kan 10 malam terakhir ini (fasa pembebasan daripada api neraka) lupa untuk melakukan tahajud pada 2/3 malam...

Erti Al-Qadr: Malam yg berharga/ malam yg berkualiti/ malam yg mulia/ malam yg utama/ malam yg bernilai...

Kalau hari jumaat merupakan hari terbaik dalam seminggu, manakala Hari Arafah pula merupakan hari terbaik dalam setahun, Al-Qadr ini adalah malam terbaik dlm keseluruhan malam...

Hadis Rasulullah SAW berkaitan Al-Qadr


  • Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah SWT akan mengampunkan dosa2 hambanya yg bermunajat pada malam itu (dikatakan hanya dosa2 kecil sahaja, bukan dosa besar spt syirikkan Allah, derhaka ibu-bapa, minum arak dsb)
  • Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Aisyah r.a agar mencari Al-Qadr di 10 malam terakhir..
  • Abu Zhar seorang sahabat Rasulullah SAW pernah bertanya kepada Rasulullah SAW

1) Dalam bulan2 lain ada tak LailtulQadar? Rasulullah SAW menjawab tidak ada

2) Selepas Rasululullah SAW wafat ada lagi tak malam Al-Qadr ini? Jawab Rasulullah SAW.. Ada.. Ia kekal hingga ke hari kiamat..

3) Bila berlakunya Malam Al-Qadr ya Rasulullah? Dlm 10 mlm terakhir mungkin 21, 23, 25, 27 atau 29.

  • Umar r.a.pernah menyebut bahawa Rasulullah SAW juga pernah menyebut bahawa Malam Al-Qadr juga boleh berlaku pada malam2 genap..
  • Ubai bin Ka'ab pernah bertanyakan bagaimana keadaan hari selepas malam Al-Qadr kepada Rasulullah SAW.. Rasulullah SAW memerintahkan kami agar menunaikan ibadat di 10 malam terakhir di mana tanda2 berlakunya malam Al-Qadr.. Keesokannya suasana tenang, matahari pula putih dan tidak pucat...

Apakah amalan yg perlu dilakukan (menurut Imam Nawawi)

1) Baca Al-Quran dengan tadabbur dan penuh keinsafan.. Baca dan hayati maknanya bukannya mengejar untuk habis tapi tidak ada kesan yg membekas di hati..

2) Beristigfar dan melakukan taubat nasuha..

3) Bertahajud (Qiamullail).. Bagi kes kita jika biasanya bangun pukul 4 pg untuk sahur bangun lebih awal spt pukul 3 agar kita dapat solat tahajud, baca Quran, bertaubat dan bermunajat kpd Allah SWT, 2/3 malam bermula selepas pukul 2 pagi.

Pengertian tahajud (berdasarkan pengertian surah Al-Muzammil bererti solat sunat tahajud 2 rakaat atau 4 rakaat atau 6 rakaat atau 8 rakaat dilakukan 2 rakaat dgn 1 salam).. manakala solat2 lain spt taubat, hajat, tasbih merupakan penambahan sahaja.. Ini kerana solat tahajud sahaja yg boleh dilakukan pada sebelah malam.. solat2 sunat lain boleh dilakukan pada sebelah siang..

4) Banyakkan derma

5) Panjangkan doa pada Allah pagi dan petang

6) Banyak mengeluarkan air mata penyesalan kerana di akhirat nanti neraka tidak akan sentuh mata2 yg menangis kerana takutkan Allah SWT

7) Bertafakur ttg alam ciptaan Allah SWT

8) Ulang sebut satu doa yg bermaksud," Ya Allah ya Tuhan kami, Kau Maha Pengampun.. Maka ampunkanlah kami..."

Wednesday, August 18, 2010

Menghafaz Cara Mudah Menggunakan Kaedah Al-Huffaz..


Ini adalah buku yang saya ceritakan pada entry yang lalu.. baru sekarang dapat upload. Boleh didapati di WISMA YAKIN (kalau tak silap saya) di kawasan Masjid Jamek.

Ada sebuah lagi buku berjudul "Cara Mudah Mengajar Anak Menghafal Al-Quran" yang ingin saya kongsikan nanti di entry2 akan datang Insya-ALLAH. Sebuah lagi buku yang diperkenalkan oleh Kak Ina..


Ini adalah buku kaedah Al-Huffaz untuk menghafal Juzuk Amma

Buku-buku ini juga digunapakai oleh Kelab Tahfiz Sek Al-Amin.

Ketika En. Akasyah serta para AJK mencari2 kaedah terbaik yang boleh diguna pakai oleh anak2 Kelab Tahfiz Al-Amin yang menghafal Al-Quran secara sampingan (part time) dan bukannya secara sepenuh masa sepertimana Maahad Tahfiz di mana anak2 terpaksa tinggal di asrama, beliau telah mengikuti Kursus Menghafal Kaedah Al-Huffaz serta Kursus Menghafal Kaedah Jibril dan mungkin ada yang lain saya kurang pasti. Didapati Kaedah Al-Huffaz lebih menepati kehendak anak2 Kelab Tahfiz Al-Amin..

Pada ketika itu anak2 serta ibu-bapa diberikan peluang untuk mengikuti kursus Menghafal Cara Mudah Kaedah Al-Huffaz ini. Saya menghadiri kursus ini yang dijalankan selama sehari di Masjid Negara dengan dikendalikan oleh Prof Syafie sendiri yang merupakan pengasas kepada Kaedah ini..

Berikut adalah kisah Prof Syafie yang diceritakan oleh beliau (jika terdapat kesilapan fakta mohon maaf kerana saya menghadiri kursus ini 2 tahun yang lalu)..

Prof Syafie telah melanjutkan pelajaran ke UK dalam jurusan kejuruteraan. Pada suatu ketika (mungkin di bulan Ramadhan) beliau dan rakan2nya ingin mengadakan tadarus Al-Quran.. Pada ketika itu beliau agak gementar kerana beliau tidak mahir membaca Al-Quran. Ada di antara kalangan rakan-rakannya yang telah memberikan teguran yang agak mengguris hatinya dan sejak itu beliau bertekad untuk belajar membaca Al-Quran agar bacaannya menjadi lebih baik.. Dengan izin Allah (SWT) beliau bukan sahaja lancar membaca Al-Quran malah diberikan kelebihan oleh Allah (SWT) untuk menghafal Al-Quran.. Subhannallah..

Setelah itu beliau menjalankan kajian ke atas otak manusia tentang memori jangka pendek dan memori jangka panjang hingga terhasilnya buku kaedah Menghafal Al-Quran Cara Mudah Al-Huffaz seperti di dalam gambar di atas..

Berkaitan kajian beliau, beliau mendapati pengulangan satu2 ayat sebanyak 60 kali dengan cara membuka dan menutup Al-Quran atau buku di atas (iaitu 5 kali melihat ayat, 5 kali tidak melihat ayat secara berulang2 hingga cukup 60 kali) akan menyebabkan otak kita dapat mengingati sesuatu ayat dan akhirnya sesuatu surah jika dilakukan secara istiqamah di mana setelah mengingati ayat pertama kemudian cuba menghafal ayat kedua, kemudian diulangi dengan menghafal ayat 1-2 dan seterusnya.. Ia juga dikenali dengan kaedah gundal di tadika2 tahfiz seperti PUSPETA.

Saya telah mencubanya dan Alhamdulillah ianya ternyata benar..

Kerana itu amat penting untuk anak2 dapat membaca Al-Quran di usia awal agar dapat memudahkannya untuk menghafal surah2 yang lebih panjang dengan lebih cepat dan mudah..

Kini, Prof Syafie mempunyai 13 orang anak (seorang meninggal dunia) yang semuanya menghafal Al-Quran menggunakan kaedah di atas. Beliau juga telah menubuhkan sekolah Tadika Tahfiz, sekolah rendah dan sekolah menengah yang memberikan tumpuan kepada hafazan Al-Quran serta bidang akademik yang di namakan

Maahad Tahfiz Al-Itqaan, No 20, Jalan Nirwana 12, Taman Nirwana, 68000, Ampang, Selangor . No. Tel : 03-9282 1445

Kak Norbaini telah mendaftarkan anak ketiganya (Umar) yang sekarang berada dalam darjah 1.. dan beliau telah memberikan feedback yang cukup positif.. Saya berkira2 untuk memasukkan Bang Chik ke sini namun saya juga punya pilihan sekolah yang lain (Dar Al-Hikmah) yang menggunakan konsep yang sama memandangkan Kelab Tahfiz Al-Amin mula mengambil pelajar seawal darjah dua sahaja.. moga Allah melorongkan yang terbaik untuk kebaikan Bang Chik..

Semoga perkongsian kali ini dapat digunapakai untuk meningkatkan hafalan kita.. Sahabat saya Ella telah memberikan kaedah yang lain untuk menghafal iaitu dengan memegang kertas bertulis/bercetak surah yang ingin dihafal dan membacanya ketika solat sunat. Juga dilakukan secara istiqamah (setiap hari).. Lama-kelamaan kita akan dapat menghafal surah tersebut sepertimana kita dapat menghafal Surah Yaasin yang sering kita baca hingga dapat menghafalnya.. Terpulang kepada diri masing2 mana yang lebih sesuai..

Selamat menempuh Ramadhan Fasa Kedua (Fasa Pengampunan..)

Sunday, August 8, 2010

Silibus hafazan Al-Quran sekolah Al-Amin- Di mana kita??

Berikut adalah senarai surah2 yang perlu dihafal di sekolah Al-Amin... Apa yang menyedihkan ada sesetengah pelajar darjah 6 yang berada di kelab tahfiz sebelum ini dan telah menghafal hampir 4-5 juzuk Al-Quran (lebih daripada silibus Al-Amin) apabila berada dalam darjah 6 dan tidak melakukan muraja'ah (ulangan hafazan) sendiri di rumah telah mula melupakan surah2 yang mereka hafaz.. Alangkah ruginya.. Bukan mudah untuk diberikan Allah SWT kelebihan mudah menghafal Al-Quran dan dalam masa yang sama tetap berjaya di bidang akademik walaupun langsung tidak ke mana2 Maahad Tahfiz..

Sengaja saya senaraikan silibus surah2 di bawah agar dapat menjadi kayu ukur kepada diri saya sendiri terutamanya di mana kah kedudukan saya berbanding anak2 Al-Amin ini..

Rasulullah (SAW) bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang tiada di dalam dadanya sedikitpun daripada Al-Quran seperti rumah yang roboh." (Riwayat Al-Tirmidhi)

TAHUN 1

1. Al Fatihah
2. Al-Fil
3. Al-Quraish
4. Al-Ma'un
5. Al-Kauthar
6. Al-Kafirun
7. Al-Masad
8. Al-Ikhlas
9. Al-Falaq
10. An-Nas

TAHUN 2

1. Ad-Dhuha
2. As-Syarhu/ Al-Insyirah
3. At-Tiin
4. Al-A'laq
5. Al-Qadr
6. Al-Bayyinah
7. Az-Zalzalah
8. Al-A'diyat
9. Al-Qariah
10. At-Takaathur
11. Al-Asr
12. Al-Humazah
13. Surah Tahun 1

TAHUN 3

1. Al-Mutoffifin
2. Al-Insyiqaq
3. Al-Buruj
4. At-Toriq
5. Al-A'la
6. Al-Ghasiah
7. Al-Fajr
8. Al-Balad
9. As-Syams
10. Al-Lail
11. Surah Tahun 1 dan 2

TAHUN 4
1. An-Naba'
2. An-Nazi'at
3. A'basa
4. At-Takwir
5. Al-Infithor
6. Surah Tahun 1-3

TAHUN 5

1. Yasin

2. Ad-Dukhan

3. Al-Mulk

4. Al-Insan

5. Surah Tahun 1-4

TAHUN 6

1. As-Sajadah

2. Al-Waqia'h

3. Al-Juma'h

4. Surah Tahun 1-5

JUMLAH = 44 Surah (Tinggal hanya 70 surah untuk mengkhatamkan Al-Quran...) ..

Surah Tahun 1-4 (tidak termasuk Al-Fatihah) berjumlah 36 surah adalah surah2 yg terkandung dalam Juzuk 30 (Juzuk Amma).. Manakala di tahun 5 dan 6 pelajar2 diminta menghafaz surah2 pilihan dan kemudiannya jika telah habis bagi pelajar2 Kelab Tahfiz mereka akan mula menghafaz Juzuk 29, 28 dan kemudiannya Juzuk 1, 2, 3 .. Saya kurang apakah juzuk yg perlu dihafaz selepas itu kerana anak2 saya sedang menghafaz Juzuk 29. Tapi menurut apa yang saya pernah baca, di Turki yang mementingkan hafalan Quran berbanding khatam Al-Quran yg menjadi kelaziman di Malaysia mempraktikkan hafazan belakang dan hadapan dan akhirnya bertemu di bahagian tengah dan ia dikatakan merupakan kaedah terbaik menghafaz Al-Quran Wallahu'alam..

Setakat ni menurut pengetahuan saya pernah ada seorang pelajar Kelab Tahfiz Al-Amin yang mencapai 16 juzuk hafalan.. Yang sebaya dgn Along tahun ini ada yg mencapai 9 juzuk hafalan.. Tapi semua byk bergantung kepada komimen ibu-bapa.. Tanpa komitmen yg tinggi dpd ibu atau bapa seseorang pelajar sukar utk menghafaz dgn hafazan yang baik dan mantap serta cepat.. Moga entry kali ini dapat menjadi pembakar semangat utk kita meningkatkan hafazan kita agar bukan hanya sekadar setaraf dgn pelajar tahap 1 (djh 1,2 dan 3)..Saya rasa sekolah2 ugama yg lain mungkin mempunyai silibus yang lebih kurang sama juga..

Along juga baru menghadapi peperiksaan Sistem Pentaksiran Pelajar MUSLEH (SPPM) atau PEKERTI pada 5 Julai yg lalu dan berakhir pada 8 Julai.. Moga Along dan sahabat2nya sama2 berjaya dengan kejayaan yg cemerlang Insya-ALLAH..

Antara subjek yg perlu di ambil adalah B.Arab Pemahaman, Tasawur Islami 1, Tasawur Islami 2, Tajwid, B. Arab Penulisan serta Tunas KRSM... Ada lagi yg bakal di ambil iaitu hafazan, Tilawah. PAFA serta ujian lisan untuk B. Arab dan sebagainya yg berjumlah 11 subjek.. Ramai yg bila mengetahui anak2 ini mengambil subjek2 yg banyak ini menunjukkan rasa tidak senang seolah2 kami mendera anak2.. Namun yang pasti.. Demi masa.. kita akan kerugian jika tidak memberikan ilmu ugama seawal mungkin pada anak2 kerana lihat saja kita yg kini sebok dgn pekerjaan.. dan sebagainya.. sukar sekali utk menghadap majlis2 ilmu apatah lagi kelas2 Tajwid dan sebagainya secara rutin.. Sejarah Al-Amin membuktikan ada pelajar yg mampu mencapai 16 A untuk semua subjek termasuk UPSR..

Sabda Rasululullah (SAW) yang bermaksud: "Manfaatkanlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara; dan di antaranya baginda menyebutkan- Masa mudamu sebelum datang masa tuamu"

Sebagaimana pula dikatakan, " Menghafal di usia muda bagaikan menulis di atas batu, sedang menghafal di usia tua bagaikan menulis di atas air."

Monday, August 2, 2010

Hafal Al-Quran Dalam Sebulan..part 3 -sambungan Kisah Ummu Zayid

Tidak sabar rasanya utk saya berkongsi kisah Ummu Zayid ini.. Ianya juga sebagai peringatan buat diri saya dan anak2 serta generasi saya di masa hadapan bilamana membaca blog ini..tentang harapan saya pada mereka agar mereka terus mendidik diri dan generasi masa hadapan sebagai penghafaz-penghafaz Al-Quran.. Banyak lagi yang ingin saya bicarakan di entry2 yang akan datang ..


Saya seolah2 telah menemui titik minat saya dalam dunia blogger ini.. Sahabat2 saya yang lain yg amat saya kagumi byk menulis tentang resepi2 yang byk membantu saya.. Untuk saya menulis ttg resepi agak sukar... Kerana minat saya selari dgn apa yang diminati oleh ibu DarwishnDarwisya... Saya berharap di masa hadapan dapat bertemu dgn sahabat2 blogger yang menulis tentang cara mendidik anak2 tahfiz ini dari sudut umur yang berbeza.. Zaman remaja dan sebagainya.. Untuk itu saya akan memulakan perkongsian saya yang tidak seberapa dalam mendidik anak2 saya.. Byk ilmu yang saya cedok dpd blog DarwishnDarwisya dan saya gabungkan dengan pengalaman saya yang ingin saya terus kongsikan bersama sahabat2 di luar sana.. Semoga Allah memberikan kebaikan dan kerahmatan kepada DarwishnDarwisya sekeluarga atas segala ilmu yg telah dikongsikan...


Kembali kepada kisah Ummu Zayid...


Namun ketika yang kuharapkan (tamat mengkhatamkan hafazan) belum wujud, cubaan dan ujian dari Rabb semesta alam datang padaku. Sehingga muncul pertanyaan, apakah aku akan melanjutkan hafalanku atau menghetikannya? Dan alhamdulillah aku tidak berhenti menghafal.


Terdapat hari di mana aku hanya mampu menghafal 2 halaman sahaja. Bukan tidak mampu meneruskannya tetapi kerana aku disibukkan oleh musibah yg menimpaku. Keempat anak2 ku ditimpa demam panas hingga mereka tidak tidur semalaman. Kerana itu aku berjaga utk menemani mereka. Bahkan ketika aku merasa kepayahan sedang anakku yang paling kecil terus-menerus menangis, dan tak ada seorang pun yang datang membantu. Aku pun jatuh sakit.

Alhamdulillah, walau sakit aku tak berhenti melanjutkan hafalan, dan terus berusaha hingga Allah berkenan menyembuhkan anak2ku yang sudah lama terbaring sakit. Setelah mereka sembuh, aku bertawakkal pada Allah dan berkata pada diri sendiri, " akan ku khatamkan 10 juz hafalan yang tersisa, dalam waktu yang dekat." dan Alhamdulillah sungguh Allah telah memberikan kurniaNya kepadaku hingga aku dapat menghafal dengan cepat.
Sekarang akan kuceritakan kepada kalian saat2 terindah dalam hidupku, iaitu saat aku mengkhatamkan hafalan Al-Quran. Pada pagi hari itu, aku bermimpi indah. Mimpi itu menghembuskan khabar gembira bahawa pada hari itu aku akan mengkhatamkan hafalan Al-Quran. Serta-merta aku pun teramat gembira. Kerana pada hari itu hafalanku yang tersisa hanya tinggal 3 juz.
Aku mulai menghafal dan tanpa sedar, aku menghafal dgn cepat. 1 halaman dapat kuhafal dalam waktu 8 minit, bahkan kekadang hanya 5 minit. Sehingga ketika waktu menunjukkan pukul 9 malam, aku masih tak tahu bahawa itulah saat yang kutunggu2 Itulah waktu pengkhataman hafalan. Aku terus membaca, hingga tak kusedari bahawa yang tersisa hanya tinggal beberapa halaman. Tahukah kalian bagaimana aku menyedarinya? Sungguh kalian tak akan percaya.. Aku merasakan sesuatu yang sgt aneh. Ini belum pernah kurasakan sebelumnya. Perasaan ini bahkan tak dapat digambarkan kerana begitu cepatnya menjalar ke seluruh tubuhku. Perasaan yg berupa ketenangan dan ketenteraman...
Demi Allah, seakan-akan diriku terbang kerana ringannya tubuhku. Aku merasa hairan, hingga aku bertanya pada diri sendiri, "Rasa apakah ini?" Jantungku mula berdegup kencang, seolah2 berkata padaku 'Semoga keberkatan dilimpahkan ke atasmu. Engkau telah khatam Al-Quran. Al-Quran telah bersemayam di dadamu.'
Tiba2 aku tersedar, ternyata aku sedang membaca akhir ayat di mana aku mengkhatamkan Al-Quran. Aku pun langsung menyungkurkan diri bersujud syukur di tanah, sedang air mata kegembiraan jatuh menitis ke bumi. Aku lantas berlari menemui suamiku, dan kukhabarkan berita gembira ini padanya dengan penuh sukacita.
Lalu kutatap musyaf yang telah menemaniku sepanjang perjalanan menghafal ini. Aku menangis seraya berkata,"Duhai musyafku yang tercinta...sungguh, aku telah sampai kepada saat2 terindah dalam hidupku." Ku peluk musyaf itu dgn erat, dan berulangkali kuucapkan, "Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, sesuai dgn kemuliaan wajah-Nya dan keagungan kuasa-Nya. Alhamdulillah aku telah khatam menghafal Al-Quran sebelum ajal menjemputku."
Padahal sebelumnya, aku takut jika aku mati sedangkan aku belum sempat menghafal Al-Quran dengan sempurna. Berikutnya, perasaan yg tak bisa kugambarkan. Aku ke depan komputer dan kuputar CD berisi ucapan2 takbir, yang kuimpikan sepanjang masa hafalanku. Kemudian aku dan suamiku mendengarkannya dan semua merasa gembira.
"Ya Allah, segala puji bagiMu yang telah memuliakanku dengan menghafal kitabMu. Duhai Rabbku, betapa mulianya Engkau. Kau telah menggantikan kesunyianku dengan sahabat terbaik yang bakal menemaniku dalam kehidupanku dan di dalam kuburku nanti. Wahai Rabbku, ku berdoa pada-Mu saat hatiku terkoyak lantaran kesedihan.. Kemudian Engkau menggantikannya dgn sesuatu yang lebih dari apa yang kuangan2kan dan kuharapkan. Betapa mulianya Engkau Rabb yang Maha Pengasih."
Aku ingin nyatakan kepada kalian bahawa aku adalah wanita, sebagaimana wanita yg lain. Aku memiliki suami dan anak2. Anak2ku belajar di sekolah khusus dgn mata pelajaran yang sukar. Aku hafal Al-Quran tapi aku tak melalaikan tanggungjawabku sebagai seorang ibu. Aku didik anak2ku dan berusaha mengajar mereka segala sesuatu. Bahkan t/jawabku yang paling utama adalah sebagai seorang isteri yang berusaha untuk mendapatkan kerhedhaan suami, tanpa mengurangi haknya dan dengan menunaikan kewajipanku secara sempurna. Alhamdulillah, Allah tidak menjadikanku malas dalam menghafal Al-Quran. Demi Allah, janganlah sekalipun kalian memberi alasan untuk tidak menghafal Al-Quran. Apalagi jika kalian adalah para gadis yg belum berkahwin dan belum memikul t/jawab.
Berprasangka baiklah pada Allah. Kerana dengan itu, Allah akan berprasangka baik sesuai dgn prasangka hambanya. Pada awalnya aku mengira bahawa surah Al-Baqarah dan surah Ali 'Imran sgt sukar utk dihafal dan akan memakan masa yg lama. Dan Allah pun memberikanku anugerah sesuai dgn apa yg kusangka. Iaitu menghafalnya selama 7 tahun. Itu kerana aku tidak berprasangka baik dengan Allah.
Namun selepas itu aku pasrahkan diriku pada Allah dan bersangka baik terhadap-Nya. Aku berkata pada diriku sendiri, "Aku akan menghafal keseluruhan Al-Quran dalam masa yang singkat". Allah pun memuliakanku dengan menghafal kitabNya, bahkan memudahkanku. Allah menunjuki jalan dan cara menghafal yang bermacam2. Yang tak pernah kumengerti dan kuketahui sebelumnya....
Wahai orang yang berkeinginan untuk menghafal Al-Quran, bertawakkallah pada Allah! Bersungguh2lah dalam berusaha! Dan jujurlah pada dirimu, bahawasanya engkau benar2 ingin menghafal Al-Quran! Serta berprasangka baiklah bahawa Allah akan memberikan taufikNya atas usahamu! Demi Allah, engkau akan memperolehi apa yang kau ingin dengan segera. Dan engkau akan menjadi sebahagian dari penghafal kalam yang paling agung, iaitu kalam Rabb semesta alam. Dia telah berfirman yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran itu untuk pelajaran. Maka, adakah orang yang mengambil ppelajaran?" (Al-Qamar ayat 17)
Subhanallah, mereka yang mengenaliku mengira bahwa aku selalu mengawasi anak2ku. Tetapi tanpa kujelaskan dengan kata2, mereka akan mengetahui hal yang sebenar.
Suatu hari, ketika aku duduk, anakku yang belum mencapai usia 2 tahun berjalan mendekati meja yang diatasnya terdapat beberapa musyaf. Kemudian, ia membawa musyaf yang biasa kugunakan untuk menghafal. Ia mengenali musyaf itu, dan membawanya padaku. Setelah itu, ia menyerahkannya padaku seraya mengucapkan "Mata Quran". Seakan-akan ia berkata,"Bacalah wahai ibu, dalam waktu yang dekat ibu akan selesai menghafalnya."
Subhanallah, pada hari itu tidak ada perhatiannya selain mencariku dan mencari ayahnya. Jika musyaf tidak terdapat di tangan kami, maka ia berlari untuk mengingatkan kami. Subhanallah..