Kad daripada Adik
Cuma ibu suka sgt bulan Mei.. Sejak sekolah rendah lagi sbb byk cuti He3x.. Hari Buruh, Hari Guru, Hari Wesak.. Pehtu ada makan free kat sekolah and tak yah belajar masa Hari Guru.. B'day ibu pun bulan Mei (14 Mei), annivesary pun bulan Mei (25 Mei), b'day abah ibu 15 Mei and b'day anak ibu along 27 Mei...
Sedang ibu asyik membaca magazine kesayangan ibu ANIS, ibu tertarik tentang topik Hari Ibu iaitu "Lidah Mengangkat Wanita Ke Syurga", maka dengan itu terfikir gak ibu lidah juga boleh membawa wanita ke neraka.. Memanglah syurga itu di bawah tapak kaki ibu tapi kalau seorang ibu tu tak jaga lidahnya dapat ke jadi ahli syurga??.. Saja ibu nak tulis kat sini utk ingatan diri sendiri dan anak2 kesayangan ibu..
Kat sini ibu petik beberapa ingatan:
Rasulullah SAW bertanya kepada Mu'az, " Apakah engkau mahu aku khabarkan kepadamu kunci kepada segala kebaikan itu?" Aku (Mu'az) menjawab: "Tentu, ya Rasulullah". Maka Baginda memegang lidah Baginda seraya bersabda: "Peliharalah benda ini!" Aku berkata: " Ya, Nabi Allah, apakah kami akan diseksa akibat daripada ucapan lidah kami?" Nabi SAW bersabda: "Ibumu akan kehilanganmu wahai Mu'az! Tiadalah manusia itu dihumbankan mukanya (ditelungkupkan hidungnya) ke dalam api neraka kecuali kerana hasil tanaman lidah-lidah mereka." (Riwayat Imam Tirmidzi dan Hakim).
Pernah satu ketika seorang sahabat bertanya kepada Nabi SAW tentang seorang wanita Mukmin yang dikenalinya sangat kuat beribadah. Pada siang harinya wanita itu berpuasa sunat dan malamnya dia bangun bertahajud malam. Tetapi wanita berkenaan sering menyakiti jiran dengan lidahnya. Lantas Rasulullah SAW bersabda: "Tiada lagi kebaikan pada wanita itu melainkan dia ahli neraka." (Riwayat Imam Bukhari dan Ahmad)
Sabda Nabi SAW:"Simpanlah lisanmu, kecuali untuk berkata yang baik. Sebab dengan demikian itu engkau dapat mengalahkan godaan syaitan." (Riwayat Thabrani dan Ibnu Hibban)
Sabda Rasulullah SAW: "Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu semua dan hendaklah memperbanyakkan istighfar kerana aku melihat kalian sebagai penghuni neraka yang terbanyak." Bertanya kaum wanita, "Kenapa kami yang terbanyak dalam neraka wahai Rasulullah?" Nabi SAW menjawab: "Kerana kamu semua banyak mengutuk dan mengingkari budi baik suami." (Riwayat Bukhari, Muslim dan lain2). Pepatah Arab ada mengatakan "Jika hendak berbuat baik, sangatlah mudah. Cuma maniskan wajah dan lembutkan lidah." Tapi kita selalu lupa.. Oleh itu, ukirkan senyuman, maniskan wajah dan hiasi lidah dengan budi bahasa yang luhur walaupun pada orang yang bersikap kasar pada kita...
Maafkan ibu jika tersalah atau tersilap dalam berbahasa kerana ibu juga masih dalam usaha memperbaiki diri menjadi ibu yang terbaik.... untuk mendapat anak2 yang terbaik ibu juga perlu menjadi ibu yang terbaik!
SELAMAT HARI IBU to both mummies (My MIL and my mom), Mama, Umi and all my friends who read this blog..
No comments:
Post a Comment